Monday, November 22, 2010

KRIM MALAM

Okey. Ramai yang tak tahu bahawa terdapatnya krim malam yang kita perlu tempek kat muka kalau sebelum kita tidur. Aku dulu pun tak tahu kepentingan menggunakan krim malam. Ingatkan cuci muka je dah cukup. Jawapannya tidak. SEBAGAI WANITA YANG SUDAH MELEBIHI 30 TAHUN, PENGGUNAAN KRIM MALAM ADALAH AMAT PENTING!!!!!. Tujuan penggunaan krim malam adalah untuk membaiki tekstur kulit kita sewaktu kita tidur. Ialah kan, bila dah tua tua ni, kulit kita perlukan vitamin untuk segar dan cantik semula. Oklah, aku nak cadangkan u all guna satu krim ni. Harganya biasa-biasa je lebih kurang RM37 ke RM38 je tapi kesannya marvelous..............Aku dah try guna lebih kurang sebulan and dah boleh nampak kesannya terhadap kulit aku:

-   Kulit lebih sekata dan smooth
-   pori pori mengecil
-   Warna kulit lebih cerah

Krim malam tu namanya OlayTotal Effects Anti Aging Night Cream. Aku dah check review kat internet pasal krim ni sebelum try. Memang dah ramai orang mengakui keberkesanannya. GOOD LUCK!

Rating: 4 BINTANG

Sunday, November 14, 2010

Eye Makeup: 7 Basic Steps

Make Up mata yang aku jarang buat. Aku guna eyeliner je. Malas nak pakai kaler kaler kat mata. Tapi untuk pengetahuan (hehehehehe) boleh belajar dari minah Judy ni. Senang je kalau nak ikut....

How to Apply Lipstick

Kalau nak lipstick tahan lama cubalah ikut cara cara diajar. Bukan main tonyoh aje ye! 

Professional Makeup Tips : How to Apply Blush Like a Pro

Okies, aku memang fail bab bab pakai blusher ni. Oleh sebab itu aku tak pakai benda alah ni. Tapi kadang kadang aku teringin jugak nak try bila aku tenguk cantik je pipi orang lain bila ada blusher. Bila aku surf aku dapati cara minah Mat Salih ni ha yang paling senang untuk aku ikut. Sekali lagi JANGAN GUNA BERUS LUKISAN ANAK okey......

How to Apply Eyeliner

Ini pulak cara nak pakai eye liner. Aku tahu ramai Cik Puan Cik Puan yang fail tahap dewa bila nak guna eyeliner. Tak susah sebenarnya kalau dah selalu guna. Dulu aku guna liquid eye liner tapi sekarang aku prefer pencil. Aku rekomen korang guna brand Skin Food, Avon ataupun Elianto kalau untuk pencil eyeliner. Kalau untuk liquid pula aku selalu guna Loreal, Bobbi Brown ataupun Estee Lauder. Product product aku mentioned tadi brushnya lembut. Mmmmmm. Nak tahu satu rahsia tak? muka kita  akan nampak berseri even kita hanya guna eyeliner. Tu yang hubby aku cakaplah.......hehehehehe

Foundation

Cara pertama ni menunjukkan macamana kalau kita nak pakai foundation. Mula mula guna primer, pas tu makeup base then finally foundation. Kalau susah sangat pakai je foundation kerana tak semua tahu apa tu primer and make up base kan? Tapi kalau nak guna gak, pergi je kat kaunter MAC tanya apa kebenda tu. Oh ya, ada orang suka pakai span tapi aku rasa sebenarnya kalau guna brush lagi cantik liputannya. Tapi jangan guna berus lukisan anak kita pulak wei......hehehehe. Air yang disembur kat muka tu tak silap aku dipanggil "Mist". Kegunaanya adalah untuk menyegarkan muka......

FOR WOMEN ONLY!!!!

Ok Girls, it's time for make-up!. Ok, ramai yang tahu aku ni seorang yang amat meminati segala benda berkenaan make-up! Barang barang make-up aku punyalah banyak sampai macam boleh bukak kedai kitar semula. Aku suka je beli tapi pakainya tidak. Aku hanya apply benda benda basic jelah sebelum keluar rumah such as foundation, eyeliner dan lipstick. Tapi aku sangat bercita cita nak jadi make-up artist! So weekend ni aku pi lah surf surf internet cari make up tips yang simple. Ialah kita semua bukannya nak tempek bedak berkilo kilo kat muka sampaikan kita dipanggil "Wayang Pekji" (macam arwah mak aku selalu cakap). Tips tips yang aku dapat ni semua yang basic basic je........tapi can do lah untuk kita semua nampak seweet kat husband kita........So, Selamat Mencuba!

Friday, November 12, 2010

JAHAT - CikShida's MIMING # 4

Aku ingatkan Teacher Shida ni cikgu tipu tipu, tapi MashaAllah! dia memang Cikgu kat sebuah sekolah kat Perak! Anak aku Iman bukan main suka dengan Teacher Shida ni especially bila dia nyanyi lagu Jahat.......Kelakarlah minah ni, serious lawak gile video klip dia. Tapi kan, aku rasa aku pun ada potensi jadi macam dia ni." Loyer Dibah ", buat video klip pas tu gelak sorang sorang.......ENJOY!!!!!

Maher Zain - Insha Allah | Insya Allah | ماهر زين - إن شاء الله

aku sangat suka dengan lagu ini. Lirik lagu Maher Zain ini betul betul macam embun, dapat menyegarkan, menenangkan minda dan perasaan ini terutamanya bila aku dilanda masalah. InsyaAllah, you'll find the way....

Monday, November 8, 2010

JERAWAT BATU

Suka hatilah u all nak cakap aku ni beauty conscious ke, vain ke..........aku memang macam tu. Hari ni aku sangat fobia bila nampak 2 jerawat di bawah bibir ku ini. Puas memikir kenapa timbul sedangkan mukaku ini susah nak naik jerawat. Finally dapat jugak jawapannya. Ha! masa balik Seremban hari tu aku tertinggal cleansing bar. Main belasah je guna sabun mandi Shokubutse.......Ingatkan takpe sebab just for 2 days. Tapi rupa-rupanya naik jerawat kat muka sebesar biji guli.

Okey, routine penjagaan muka carca merbaku pada setiap hari adalah seperti berikut:

Pagi:

- cuci muka guna cleasing bar Clinique
- sapu Miracle Water SKII
- apply sun protector Loreal
- apply foundation
- apply compact powder
- apply eyeliner
- kalau ada mood pakai lipstick

Kalau time boleh sembahyang sila cuci segala benda yang ada kat muka tu yer. Guna Facial wipe. Jenama SIMPLE paling aku suka. Lepas sembahyang jangan lupa apply balik sun protector kat muka and pas tu pakai bedak balik. Tak payahlah nak makeup segantang kalau dah lepas zuhur and asar. Alah sape nak tengokkan? Setakat receptionist and clerk dalam office je!

Malam:

- cuci muka guna pencuci muka
- apply toner (kalau ikut pakar kulit, untuk kulit yang sensitif macam muka aku ni, guna toner sekali je sehari coz takut muka merah kalau guna 2-3 kali)
- sapukan Miracle Water SKII
- apply Night Cream (aku guna Olay Anti Aging Total Effects)

So, tak susah sebenarnya nak jaga muka sebenarnya. Kene istiqamah dan rajin. Nak kata kulit aku macam Lisa Surihani tipulah kan? Tapi oraitlah, aku tak alami masalah jerawat kalau aku ikut sifir di atas. Pada pandangan aku, ikut nasib sebenarnya. Ada orang tu guna sabun FAB cuci muka pun takde apa apa......tapi muka aku jangan haraplah kan.......

Sunday, November 7, 2010

SKIN FOOD

Aku ni suka membaca majalah majalah berkenaan fesyen. Contohnya macam majalah EH, IN TREND, WOMEN'S WEEKLY, COSMOPOLITAN etc, etc......Dalam satu part tu one of the magazines telah categorized mask oleh SKIN FOOD sebagai salah satu mask sheet yang terbaik. Memandangkan aku selalu lalu depan outlet SKIN FOOD kat The Curve and One Utama, so aku decided to trylah. First time aku masuk ke kedai tu rasa very the chinese.....pelayan dia sangat the korean mukanya. I ngeri okey.....tapi sebenarnya amoi cantik tu baik je. Aku je perasan lebih.

First thing aku attack ialah bahagian mask dialah. Memandangkan aku wanita matang, aku pun carilah mask untuk anti kedut. Aku baca dalam magazine mask dia yang sangat bagus adalah "Gold Caviar Mask Sheet" yang mana fungsinya adalah seperti berikut:

"Russian caviar and gold properties make your skin lustrous and give an elastic feel to it. This nourishing mask sheet with superb moistness also contains coenzyme Q10 to provide an anti-aging effect"

Wow, selepas memakainya di muka, terasa best sangat. Muka rasa lembab and terasa muda. Beberapa hari selepasnya kulit rasa macam lembab and bersinar. Puas hati sangat. Harganya pun tak mahal dalam RM8.90 (kalau tak silap). So bolehlah beli 2 packs and pakai 2 x jugak dalam seminggu.


Rating: 4 Bintang

Selain daripada mask sheet di atas, aku jugak beli "Eggplant Eyeliner Auto Pencil Waterproof". Harga kalau tak silap dalam RM33 hinggit....Ok, sangat puas hati sebab sangat waterproof. Sebelum ni aku guna AVON, ELIANTO, SILKY GIRL semuanya sememeh walaupun kononnya waterproof.

So sekarang frensss, cubalah produk SKIN FOOD sebab aku rasa ianya sangat berbaloi dan harganya biasa biasa saje (tak mahal, tak murah). Diri aku sendiri rasa macam dah addicted dengan produk buatan Korea ni....Manalah tahu aku ada iras iras "WONDERGIRLS" lepas guna produk ni.

Al Fatehah

Bangun je tido pagi pagi ni aku dapat sms daripada Kak Baini mengatakan Kak Raznita daripada VP Nathan Kuantan passed away. Ya Allah! berdegup jantung aku. Terbayang bayang muka Kak Raz yang comel, ceria itu. Tapi andaian aku sudah semestinya beliau seorang yang baik, sebab tu Allah sayangkan beliau. Setahu akulah kak Raz ni dah berkahwin dan berkerluarga. So aku berharap agar suami dan anak anaknya dapat menerima ujian Allah ini dengan hati yang tabah...........Innalillah.....

SKII

Okies, sebelum ni aku main hentam je sapu krim tah apa apa kat muka. Ialah tak jumpa produk yang betul betul bagus untuk muka. Macam mana aku boleh terpikat dengan produk ni ye? Ha! ada senior kat office aku yang rekomen suruh guna "Miracle Water" SKII. Sebenarnya bila dah cecah 30 tahun plus plus ini pigmentation macam dah bermaharaja lela pulak kat muka aku ni...........seram nyah, kalau tiba tiba muka aku bertompok tompok hitam!!!!. Aku pun torailah produk ni. So far bila aku dah try seminggu dah ada perubahan. Sungguh ketara ok. Kulit jadi sekata, pores jadi kecik, muka bersinar sinar....Tapi satu je kelemahan produk ni. Harganya mak datuk.......Miracle Water dia size yang besar sekali RM499 (kalau tak silap) cleansing foam je RM150 and toner pun harga lebih kurang....satu set boleh cecah RM2k....Mula mula aku layan gak, tapi lama lama aku guna "Miracle Water" je:-P

Rating: 5 Bintang
Hi, my name is Adibah Binti Ishak. 35 years old, married with one dotter. I work as a lawyer (not from Banting). Kenapa cakap orang putih pulak ni??? sebenarnya aku nak buat satu blog yang menceritakan kesukaan dan kecintaan aku kepada dunia seni.....chewahh! seni kecantikkan, kemakeupan, keglamouran dan lain lain sewaktu dengannya....So welcome to my world!!!!

Nuffnang Ads