Sunday, August 7, 2011

NAK MATA CANTEQ MACAM MATA DATO' A ???


Salam! apa buat tu? Minggu ni akak berkobar kobar nak tulis blog pasal kecantikan. Oh ya! yang menyebabkan akak nak tulis pasal topik ni hari ni sebab tadi akak terserempak dengan Dato' A, alah...... Hakim kat Mahkamah K tu......cantik sungguh dia tu. Geng geng loyer akak sure tahu sapa dia...akak tak bolehlah tulis nama dia penuh, takut kena tangkap sebab mendedahkan rahsia kecantikan seorang Hakim. Sian akak dik, kalau masuk jail dah tak boleh update blog lagi. Nanti sape nak ajar uoolsss cantik cantik??

Ok, kalau kita nak mata kita canteq ala ala Rozita Che Wan, kita kena pakai bulu mata pelesu.....ngeri??? Dun be takut, dia ada banyak jenis. Kalau U all nak selebat and selentik bulu mata lembu pun ada.....kalau macam nak pi opis je ataupun function, kita pakai yang sederhana sajalah. Jangan memandai mandai nak try yang kaler kuning or yang tebal semacam....Nanti takut uolls tak leh bukak mata sebab terlalu berat....Daripada nak cantik terus jadi hantu "CIK PON SUN MAL"......

Cara cara nak pakai bulu mata pelesu ada ditunjukkan di video di atas. Senang kan? Uolls boleh beli bulu mata palsu tu kat mana mana. Tapi yang baru nak belajar tu akak nasihatkan beli kat Elianto sebab dia orang akan ajar macamana nak guna. For the first timer belilah yang bulunya jarang jarang and panjang sebab yang tu natural.....Oh ya, akak suggest you all beli gam berasingan, sebab selalunya gam yang dibagi free dengan bulu mata pelesu tu tak kuat and tak melekat.... gam tu ada kat Sinma or Sasa.

Dah reti pakai mestilah tahu nak cabut pulak......SILA JANGAN BAWAK TIDO......takut esok bangun uolls kena hantar asben pegi ospital sebab kena stroke - bangun pagi tenguk mata bini dah macam mata zombie...

Nak tanggalkan bulu mata tu senang je, uollss boleh guna eye makeup remover or baby oil sapu kat bulu mata tu and tarik dari hujung perlahan lahan......Easykan? Bulu mata tu boleh dibasuh dengan sabun mandi........

Oklah, sampai di sini saje tutorial akak.........jom pi terawih....

Saturday, August 6, 2011

Gila Foundation Part 2

Aloooooo.........bulan puasa ni bolehlah akak berblog blog selain mengaji dah solat sunat (cewah!!!!! overkan???). Takpe akak beribadah nak kasi u all jadi canteq untuk asben (niat kena betul). Sebelum akak mengarut sampai uollss pening kepala, akak nak review satu lagi fondesen yang sangat marvellous aka marveles.......iaitu "NATURACTOR FOUNDATION". Fondesen ni juga sering digunakan oleh mak mak andam dan juga artis artis. Coverage dia meletopsss u!!! Standard muka uoolss akan lebih up dari muka Kak Nita Serawak! tak payah pergi injek injek botox or suntik kolagen sana sini....yang ni akak tak tipu sebab akak pun guna fondesen ni sekarang.....

APA ITU NATURACTOR FOUNDATION?
Bedak asas yang berasaskan tumbuhan organik (japanese white flower).
Bedak asas ini keluaran meiko cosmetic Inc.
Anda akan kelihatan cantik dan menawan.

:::Dalam sekelip mata seperti artis ataupun model::::


KELEBIHAN NATURACTOR FOUNDATION CREAM:

--- Anti kilauan / tidak berminyak.
---100% menutupi pegmentasi, parut, cela, jerawat, dan noda hitam
--- Ringan dan lembut pada kulit seakan-akan anda tidak memakainya

INFO MENGENAI 100% JAPAN MEIKO NATURACTOR:
Naturactor merupakan keluaran Meiko, daripada Jepun yang
merupakan bedak yang berasaskan tumbuhan organik.
Ia mengandungi ekstrak bunga sakura. Orang Jepun selalu
keringkan bunga sakura ni untuk diminum bersama teh. Selain itu,
ia juga ada perlindungan dari UV. Ini sangat penting sebab matahari
adalah punca penuaan kulit yang no.1.Bunga sakura merupakan
bunga yang boleh memberi kebaikan kepada kulit kita.
Antaranya adalah :
1. Membantu kulit menjadi lebih lembut
2. Membantu menghidratkan kulit
3. Mengurangkan masalah kulit ( Sesuai unttuk kulit berjerawat)

KELEBIHAN NATURACTOR?
- Anti kilauan/tidak berminyak -100% menutupi pegmentasi,
parut, cela, jerawat & noda hitam
- Ringan & lembut pada kulit seakan-akan anda tidak memakai foundation
- Melindungi kulit dari sinar uv yang boleh menyebabkan pigmentasi
- Senang digunakan, cepat & yang penting tidak melekit
- Tahan sehingga 12 jam
- Tidak menutup pori-pori
- Digunakan oleh makeup artis professional & mak anda
- Kulit terasa ringan, tidak melekit & kelihatan gebu,
  confirm cantik macam artis you :))
- Sesuai untuk majlis pertunangan, perkahwinan,
  photoshoot dan lain-lain.Hasil solekan akan nampak
  flawless dan natural.






Fondesen ni tak ada dijual di watson, guardian maupun di Midvalley.....kebiasaanya ianya ada di kedai menjual barangan pengantin (contoh kat plaza city one sebelah semua house). Tapi dun worry, online berlambak lambak.....Google je "Naturactor" akan keluar lah apa yang uolls cari.....kat FB pun banyak.Akak nasihatkan uolls beli yang dibuat oleh Meiko Japan. Harga pun okey in between RM39 - RM60 plus........alah, mesti mampu.....beli cincin diamond sebesar mangga pintu boleh takkan RM60 henggit pun tak boleh kan.....Ahaksss

Gila Foundation

Lately ni akak sangat mementingkan keflawlessan muka agar nampak gorjess.......so, apa kita nak buat kalau muka kita tak secantik kulit Nora Danish ataupun Kate Middleton? Jawapannya adalah dengan menutup muka kita yang bersopak sopak ala ala bulan tu dengan fondesen@foundation. Pemilihan fondesen (bahasa akak) ni pun kenalah berhati hati.........jangan main hentam je....kalau kulit tu berminyak ala ala boleh buat goreng sebijik telor, janganlah guna fondesen yang berminyak, carilah fondesen yang tak oily and tahan lama contohya macam Revlon color stay.....
Fondesen ni i tell u..........marveles!!!!!! tahan berjam jam, tapi yang ni sesuai untuk orang yang suka make up dia tak cair cair walaupun duduk dalam over bakar kueh....maybe dia sedikit cakey kalau dipakai oleh orang orang yang berkulit kering, so sekali lagi akak nak ingatkan ianya sesuai untuk orang yang berkulit berminyak ataupun kombinasi saje......kalau yang kulit kering ala ala padang pasir sahara, jangan sesekali cuba fondesen ni, sebab akak takut nanti orang tak dapat bezakan samada u tu orang or patung pagoda yang kena simbah cat warna cokelat....





Ok, uolls ingat tak time kita nak bersanding dolu dolu?????alah! malu malu pulaksss......akak bukan nak tanya cerita cinta uollss sampai boleh nikah dengan Mr Asben tapi akak nak tanya korang suka tak mekap mak andam uollsss???? apa? tak suka? suka? whateverlah.......apa yang akak nak discuss di sini uollss perasan tak kenapa muka uollsss nampak licin gilosss.........tak kiralah walaupun puteh melepak macam pelakon wayang cina PEK JI ataupun uollss rasa canteq sangat macam Fasha Sendat ....yang penting kenapa segala lubang kawah kacau dodol kat muka lansung takde....even yang muka berjerawat macam tak hengat dunia pun tiba tiba hilang jerawatnya???? aaaaaa...........jawapannya kebanyakkan mak andam uollsss guna fondesen ni..........Krayolan Tv Paint Stick....Fondesen ni ye akak nak story, kalau tsunami datang dan habis semua rumah tenggelam (termasuk uollss) muka u all tetap maintain flawless bila terapung...boleh bayangkan tak? Kebanyakkan pembaca tv pun guna benda alah ni....harganya memang mahal sikitlah nak dekat RM100 tapi puas atilah bila pakai. Tambah tambah lagi kalau lepas setengah jam tempek kat muka and waktu tu muka dah pecah minyak (alah dah blend),korang akan jadi perempuan yang paling canteq di dunia fana ini............ Tapi yang tak bagusnya benda alah ni dia dibuat daripada mineral oil iaitu salah satu bahan chemical ala ala Vaseline. So boleh bayangkan tak? muka korang macam ditutup satu lapisan plastik........tak dapat serap oxygen semua....nanti jerawat kecik akan mula tumbuh di muka. Kesimpulanya fondesen ni hanya sesuai untuk dipakai sekali sekala contohnya, nak bersanding sekali lagi ataupun uollsss dapat tawaran berlakon dengan Aaron Aziz dalam Nora Elena Part 2......Ahaksss

Avon Anew Rejuvenate Flash Facial Revitalizing Concentrate & Night Cream

I bought this product to help with the size of my pores on and around my nose and to help even out my skintone.
When you first use the product, it feels very cool on your skin. It made my skin feel instantly tightened and smoother. Little blemishes and scars looked much less visible. However, these immediate results do not last. You have to keep applying the product every morning to get long lasting results.
I have been using the product for nearly a month now. My pores look much smaller and even some small lines by my eyes have disappeared. I have a few sun spots across my cheek bones and those have dsappeared as well.
All in all, I'm pretty happy with this product. The product works wonders!!!!!

Nuffnang Ads