Saturday, February 23, 2013

Kalau cantik akan kahwin orang kaya and kalau tak cantik akan kahwin orang miskin ataupun tak kahwin langsung!!

Akak baru je menonton rancangan "Raikan Cinta" dekat Astro Ria, perkahwinan sangat gilang gemilang, teruja ahkak menengoknya.. Lavish betul! So target akak mesti pengantin perempuan tu superb and cantik gila, maklumlah kahwin dengan orang kaya...kat Malaysia ni persepsi masyarakat pengantin lelaki muka pecah tembok takpe asalkan kaya! Tapi perempuan kena santeqqqqq! Kalau tak, nanti dapat drebar lori...

Tunggu punya tunggu keluarlah pengantinnya. Mmmm personal opinion akak biasa biasa saja. Pakai tudung lagi! But then i have to envy herlah kan, she's a doctor!

Kesimpulan yang ahkak boleh buat ialah, kalau dah jodoh tak kemana dan persepsi mak mak kita yang kononnya kalau anak kita cantik sure akan cekup orang kaya tak terpakai lagi untuk zaman yang canggih ini. Kenapa? Sebabnya kebiasaannya orang orang kaya ni akan pegang jawatan besar besar di dalam sebuah organisasi, so peluang untuk berjumpa dengan depa ni lebih cerah kalau kita ni salah seorang rakan kerja depa, sealiran dengan depa... So, nakjadi satu line dengan mereka kita kenalah ada sama kelayakkan yang sama..

Maksud pandai bagi akak ialah tak semestinya kita sepandai rocket scientist. Pandai adalah apabila kita pandai membawa diri, bijak berkata kata, dress up well dan boleh berfikir secara rasional. Bodoh pula adalah seperti bimbo, alah kalau cerita omputeh ala ala perempuan rambut blond yang tergedik gedik tu...

So kepada yang kurang cantik tu jangan ingat anda hanya akan kahwin dengan abang posmen, sebabnya kalau anda cantik macamana tapi bodoh, lama lama pasangan anda akan fed up juga. Dia cerita pasal peperangan kat Syria awak pulak cerita pasal nak pi shopping beli baju and kasut baru...

TAPI KALAU MEMANG DAH BEAUTY WITH BRAIN MACAM AHKAK NAK BUAT MACAMANA KAN????? Muarghahhahahahahahaha (gurau je)... But still akak tak kahwin dengan anak tokey lori balak!

Saturday, February 16, 2013

Sunblock


Sekarang ni tengah berkobar pulak nak bagi nasihat pasal beauty beauty ni. So setelah difikir fikir topik ni yang paling penting untuk kaum wanita... Iaitu pemakaian tabir suria ataupun sunblock.

Ok kakak and adik adik semua, kita sekarang ni tinggal si Malaysia yg beriklimkan khatulistiwa (erk! Ada yg tak tahu apa khatulistiwa ke? For sure Ianya bukan makanan ye). Suhu kadang kadang boleh jadi sangat panas, so tak payahlah kita dok berangan yg kalau kulit kita terdedah kat matahari kulit kita akan jadi tan and cantik macam JLo sebab for sure kita memang tak akan jadi cantik macam dia. Sebaliknya nasib tak baik, kulit kita akan jadi seperti kulit Oprah Winfrey...

Ok pernah tak kita nampak kulit orang yang tiba tiba macam ada tompok hitam bulat bulat kat muka? Itu namanya jeragat ye... orang yang kulit cerah yang selalu kena. Tapi ada juga yang sawo matang and gelap ada jeragat..

Nak tahu tak kenapa kita boleh dapat jeragat ni? Jawapannya kerana kulit kita terdedah kat matahari terlalu lama. Jeragat tak boleh hilang ye, cuma boleh dipudarkan sedikit. So sebelum kita ada tompok 50 sen kat muka, baiklah kita cuba untuk mencegahnya.

Apa caranya? Mulai sekarang belajar belajarlah pakai sunblock ye... Yg ada spf tu... Paling kurang 20 spf. Tolonglah apply setiap kali kita nak keluar rumah. Its a must !!!!!Tak nak pakai bedak pun takpe tapi sunblock adalah satu kemestian!

Akak sebenarnya pernah guna macam macam sunblock, tapi yang paling akak suka yang jenis dalam gambar di atas sebab spf dia tinggi and dia lightweight tak pekat macam kita tepek jenis lotion... So far result dia memuaskan hati.. Muka akak taklah banyak jeragat, bolehlah..

Terdapat banyak pilihan sunblock pasaran. Pilihlah yang terbaik iaitu yang tak akan buat muka allergic and tumbuh jerawat..... Satu lagi sila cari sunblock yang khusus untuk muka bukannya badan!

Selamat mencuba!!

Whitening Masks by Sasa


GeoTagged, [N3.16822, W101.57850]

Hi hi hi! Ages kan ahkak tak update blog ni?? Memandangkan kita masih di tahun baru 2013, so akak dengan azam baru jugak nak menulis and mereview kembali barang barang makeup and skincare ni... Biasalah takkan nak cantik sorang sorang kan??? Ahakssss

Okey, sebenarnya dengan situasi pekerjaan akak sekarang akak rasa muka akak akan seperti 50 tahun walaupun akak masih belum pun reached 40 tahun. Lagi satu akak noticed, kulit akak tak seputeh zaman anak dara dulu, so something must be done... Ramai dah orang ingat akak ni makcik cleaner....:(

Last few weeks akak pi ke Sasa, tertarik lak dengan promotion kat kedai tu yang kata "buy 5 masks fo RM11".. So akak tanyalah dengan amoi salesgirl tu "amoi ini mask bagus tak"? Op kos lah amoi tu kata baguskan? Pas tu dia siap tunjuk muka dia yg licin ala ala yoona penyanyi girls generation tu...."aunty, (apa? Aunty??????) saya pakai ini mask tiap tiap hari tau, u tengok muka saya..."

OMG!!! Sangat teruja akak mendengarnya... Apalagi terus grab 10 keping...balik terus tepek.....pakai 3 hari berturut turut..... Marbeles hokey!!muka jadi glowing and cerah sikit... Bohonglah kalau terus puteh macam snow white.... Conclusionnya, akak sangatlah puas hati and nak restock lagi nanti....

Rating: 4/5
P/s: akak tak kose nak pakai tiap hari tp akak cuba pakai 3 x seminggu...so far so good

Nuffnang Ads