Saturday, April 6, 2013

Produk Pemuteh (betul ke spelling pemuteh tu? Hentam jelah!)


Ok lama jugak akak tak mereview produk dalam blog ni. Maklumlah busy sikit masa penghujung bulan lepas. Company tutup akaun. So bulan ni bolehlah start balik kan.

Hari ni akak nak citer pasal produk pemuteh yang akak rasa sangat berkesan untuk abad ini.... Over kan statement tu walhal tak dapat bayaran pun...

Produk yang akak maksudkan adalah "Olay White Radiance". Sumpah! Akak tak tipu sebab akak dah cuba selama sebulan and the result is.... So overwhelming, so unbelievable!!
Yang paling akak chenta ialah water essence dia, baru pakai seminggu dah nampak hasilnya.hasil yg dimaksudkan bukannya kulit kita tiba tiba jadi puteh tapi hasil yang dimaksudkan adalah: kulit kita akan jadi jernih, transperant and crystal clear.... ( marah skii guna tagline depa). Lagi satu yang paling akak noticed jeragat kat kulit akak semakin pudar, parut pun macam ala ada takde dah kat muka akak.

Ok, oleh kerana tersangatlah puas hati dengan skin range ni, akak sangat sangat mensuggest uolls try and for your info set dia adalah seperti di bawah:

a) facial cleanser - dalam RM18
b) water essence - lebih kurang RM100
c) serum - RM45
d) essence - RM100 (kalau nak guna serum x yah guna ni)
e) night restore cream - RM45 ( guna malam je)

Cara guna, waktu siang akak hanya guna facial cleanser, water essence, serum, lepas tu guna moisturizer. Malam pulak, akak pakai facial cleanser, water essence and night cream....ingat! 2 kali je guna sehari ye, tak perlu habiskan sebotol dalam seminggu sebab kalau nak cantik pun tak perlu hover!

So ini saja review akak kali ni! Yang mana muka ada banyak jeragat akak sangat sangat rekomen guna produk ni. Tapi satu akak nak ingatkan, kalau muka yang ada masalah jerawat yang teruk, sila selesaikan masalah jerawat tu dulu sebelum cuba any whitening product. Sebab nanti effect nya jadi lain pulak.... therefore, Bubyyyyyy!!!!

Nuffnang Ads