Saturday, May 4, 2013

Mineral Makeup - Bare Minerals dan Ronasutra

Halooo..... post terbaru akak sebelum election. Akak sekarang semenjak dah kertu ni nak go for natural products... maybe kita selalu dengar orang selalu sebut mineral makeup. Tapi apa yang dimaksudkan dengan mineral makeup?

Secara saintifiknya... (walaupun subjek sain dulu akak x berapa nak pandai), mineral mekap ni adalah bahan bahan untuk membuat mekap itu adalah daripada bahan bahan asli mineral... (jangan nak tanya lebih lebih pasal mineral yo sebab selain mekap den hanya tau air mineral spritzer)...bahan bahan mineral ni maybe dalam bentuk keras macam batu yang ada dalam perut bumi. So apabila bahan mineral ni dikeluarkan ianya dihancurkan seperti serbuk dan diproses menjadi mekap...dalam ertikata lain mekap mineral ni sangat baik untk kulit sebab ianya tak banyak mengandungi chemical macam mekap yang biasa biasa ni.

Dulu akak macam tak ambil port pasal mineral makeup ni sebab akak rasa tah apa apa...dahlah kebanyakkannya dalam bentuk serbuk...bila nak guna berterabur merata rata...buat semak meja solek je..

Tapi semenjak akak try Ronasutra persepsi akak berubah terhadap mekap mineral ni. Semenjak guna mekap mineral ni banyak perubahan berlaku kat muka akak. Sekadar berbedak berbanding dahulu guna foundation berkilo. Muka dah tak berminyak walau guna sampai ke petang... tekstur kulit juga semakin licin. Parut berkurangan dan pori pori semakin kecil. Yang paling best kalau terlupa cuci terbawa tidur pun jerawat tak naik....

Tadi akak sempat ke Sephora KlCC dan memborong mekap mineral " Bare Minerals". Masih dengan konsep yang sama iaitu datang dalam bentuk serbuk cuma yang ni dia matte (x berminyak) dan ada SPF 15 (pelindung matahari). Harga boleh tahan jugaklah tapi untuk bakal mak andam terlampau macam akak ni tu semua tolak ke tepi. Nanti bila akak dah guna seminggu akak tulis review lagi ok....

Oh ya, mineral powder ni nak sapu kena guna span muka ( kering) ataupun berus muka yang ada kat gambar bawah ni.....

Nuffnang Ads