Sunday, June 15, 2014

KEMBALI MENJADI PUAN PEGUAM

Salam uolls,

Rasa rasanya sapa sapa yang follow blog akak ni tahu yang akak dah bersara menjadi Pn Loyar dalam tahun 2012......lepas dah berbelas belas tahun menjadi peguam, akak mendapat tawaran untuk join sebuah kampeni insuran ni......bukan jual insuran ye tapi koroje kat dalam tu.......

Sebenarnya cita cita akak nak menjadi Peguam bermula daripada akak sekolah rendah lagi....bila cikgu tanya besar nak jadi apa? Akak konpiden gila jawab "saya nak jadi Peguam cikgu"....relakkk je jawab....masa tu ingat jadi Peguam best gila, glamer gila....tetapi selepas berbelas tahun berkecimpung dalam bidang tu....hambek!!! Boleh gugur rambut!!

Bila dapat satu kes kita kena baca semua dokumen yang ada kat dalam fail tu, semuaaaaa..........lepas tu kena advise klien, sediakan kertas kerja, bina kes untuk perbicaraan.....macamana tak mereng macam tu? Akak dulu sampai nak tido pun masih fikirkan pasal kes kes yang akak kendalikan.....OMG!


Maaflah gambo lama.......cuba uolls tengok fail fail akak masa jadi loyar dulu.......ni kira sikit tau....satu hari boleh dapat 3-4 file untuk perbicaraan


Akak 3-4 tahun lepas....kurus kan? hahhahhahahh..busy kemain....sampai tudung pun senget.....seriously memang busy dik......nak layan klien lagi, nak layan boss lagik.....hahhahhaha

So sapa kata jadi loyar glamour? Maybe for the first few years glamerlah....orang tanya kerja apa? owh....saya Peguam, pakai baju hitam putih ke sana sini.....tambah lagi kalau pakai blazer hitam tu.....berebut rebut makcik makcik nak buat menantu.....ahakssss

Tetapi!!!!!

Bila dah masuk 5-6 tahun.....perasaan loya a.k.a nak muntah hijau pun timbul......tak tahan uolls......pressure, stress dan lain lain lagi.......masa tu berangan "bestnya kalau dapat join corporate world, gaji besar, banyak benefits, glamour and boleh pakai baju kaler kaler....."




Gambar masa akak kerja kat kampeni......badan naik macam di pam pam....hahhahaha.....seronok kerja kampeni ni.......tak perlu fikir pasal orang lain, kita buat kerja kita je.....tambah tambah lagi kampeni yang akak kerja ni sangat menerapkan nilai nilai Islam dalam setiap perbuatan kami....so Alhamdulillah walaupun sekejap banyak nilai nilai murni yang akak dapat di sini........Rakan sekerja akak (bukan Soo Wincci) pun semuanya baik baik.....

Tetapi.......akak rasa memang tuhan telah takdirkan akak untuk menjadi seorang Peguam....sebab dari kecik nak jadi peguam, arwah mak ayah pun sangat bangga bila akak menjadi seorang peguam......mungkin masin doa mereka berdua, akak rasa nature akak memang lebih kepada khidmat masyarakat ni.....sebab tulah akak kembali menulis blog yang dah lama bersawang ni.....akak rasakan masyarakat kita masih belum didedahkan dengan undang undang......bila sebut pasal undang undang, mahkamah semua naik bulu roma..........

Setelah berfikir panjang akak rasa sememangnya akak seorang yang suka menegakkan keadilan dan mempunyai kebebasan bersuara......prinsip akak tidak sesuai dipraktikkan di syarikat akak bekerja.......so akak rasa its better for me to make a comeback........dan menerima hakikat bahawasanya akak sememangnya ditakdirkan untuk membantu masyarakat dan bukannya berkhidmat hanya untuk sesebuah organisasi sahaja.......


Maka, akhirnya akak membuat keputusan untuk menjadi Puan Peguam kembali....... Doakan akak ye.......



Gambar ni akak ambil semasa akak kendalikan kes rayuan di Mahkamah Rayuan di Istana Kehakiman Putrajaya......dan guess what??? akak menang kes....

Terima kasih sebab sudi baca kisah akak ni...untuk adik adik yang bercita cita nak jadi Peguam tu teruskan usaha anda.....memang dulu selalu kita dengar orang kata...jadi peguam masuk neraka.....oh tuhan! mana depa dapat perumpamaan macam tu......di zaman Nabi Muhammad S.A.W sendiri ada sistem keadilan yang mana ada hakimnya, ada tukang penegak undang undangnya....kalau tidak takkan ada sistem undang undang syariah dalam agama Islam sendiri....cuba bayangkan hidup kita ni tiada wakil yang boleh mewakili kita menegakkan kebenaran....tak salah pun dituduh salah......

Haru birukan jadinya???

Wallahualam.....



Shokubutsu Spa Day Out


Hi uolls,

Pernah dengar pasal mandian Shokubutsu tak? Alah yang selalu keluar iklan kat tv tu.......

Baru baru ni akak telah dijemput untuk menghadiri "Shokubutsu Spa Day Out"yang bertempat di Villa Manja Spa di Jalan Tun Razak.......Best you..........yelah untuk akak yang memang tak pernah mendekati dunia spa ni.....first time dapat treatment teruja habis.....hahhahhahha

Oklah, sebelum akak bercerita dengan lebih panjang, akak nak tanya uolls sikit....apakah yang dimaksudkan dengan Shokubutsu?? yelah selama ni tahu guna je kan?? maksud nya langsung tak tahukan???

Shokubutsu dalam bahasa Jepun membawa maksud tumbuh tumbuhan......bukan makanan ye.....hahhahhaha. Shokubutsu juga merupakan sebuah jenama yang menggunakan tumbuhan sebagai bahan aktif pembersih....so tak yah risau kut kut ada DNA *tut* *tut* dalam tu.......hahhahaha!

Dalam erti kata lain juga, status halal produk Shokubutsu tidak boleh diragukan...tambahan pula ianya mendapat STATUS HALAL daripada JAKIM Malaysia.....tu dia......la ni memang penting status HALAL ni dik......maklumlah kan ramai umat Islam di Malaysia ni. Oh ya! syarikat pengeluar sabun mandian Shokubutsu ni merupakan Syarikat Lion Malaysia....selain cecair mandian, Shokubutsu juga menghasilkan sabun mandi dan juga sabun cecair pencuci tangan.

Oklah, berbalik kepada jemputan ke Villa Manja Spa, Shokubutsu sebenarnya buat majlis ini semata mata untuk meraikan pemenang pemenang peraduan "Manjakan Dirimu Bersama Shokubutsu" yang pernah dijalankan dengan kerjasama Majalah Penerbitan Kumpulan Karangkraf, MIDI dan Seri Dewi Keluarga di sekitar awal tahun ni.

Hadiahnya?

Pakej Spa yang merangkumi sesi urutan relaxation, urutan hot stone, scrub badan, terapi mata serta mandian relaxation yang menggunakan siri mandian dunia terkemuka Shokubutsu dan seluruh pakej bernilai RM599 di Vila Manja Spa Kuala Lumpur (Vila Manja Spa - klik sini )

Bertemakan "Kebebasan Alami, Setiap Hari Dengan Shokubutsu" pemenang dan uools semua boleh merasai sendiri aroma dan kebaikan tradisi mandian terkenal daripada Jepun, Bali dan Timur Tengah.....setiap hari okey......sekiranya uolls menggunakan siri mandian ini every day....

So wanita wanita dan lelaki lelaki yang berkerjaya....cara untuk menghilangkan kepenatan, balik rumah sila mandi menggunakan mandian ini....dijamin best!!!!!




Akak Ratu bergambar tak hengat dunia......hahhahha! memandangkan nature pekerjaan akak yang sangat stress ini, akak centakan mandian yang berwarna purple, so head to toe semua kena kaler purple okey!


Variasi produk mandian "World Famous Bathing Series":
a) Ohsen Therapy (purple) ramuan istimewanya Mineral Ohsen dan Hinoki Cypress dan kebaikkannya adalah untuk mengembalikan tenaga melalui kekayaan kandungan mineral kolam air panas. Hinoki Cypress pula merupakan pohon yang biasa digunakan dalam penghasilan kolam mandi air panas di Jepun yang berupaya melegakan tekanan harian dan membantu pernafasan
b) Balinese Escape (hijau) yang mana ramuan istimewanya adalah frangipani dan sweet basli. Dua bahan ini dapat merannsangkan dan aroma terapinya yang hebat untuk menyerlahkan lagi kecantikan luaran di samping memberikan anda ketenangan dan kedamaian yang sepenuhnya
c) Oriental Charm (merah) yang mana mengandungi orange peel dan goji yang mana fungsinya dapat melegakan dan menyegarkan. Ianya juga membantu anti penuaan.

Boleh didapati dalam pek 3 saiz....pek botol 220 ml - RM6.50, pek isian 500 ml - RM7.95 dan pek botol 650 ml - RM14.90



Upacara pembukaan oleh Cik Fara Nazri, wakil Syarikat Lion, pengeluar Shokubutsu


Perlancaran majlis di antara bos bos syarikat pengeluar Shokubutsu dan juga pemilik spa Vila Manja Spa Pn Mary

Pemenang pemenang peraduan dan juga blogger blogger sensasi abad ini....termasuk akak.....muarghahahhahha!

Yang ni wartawan wartawan dari majalah majalah terbitan Karangkraf...hebat hebat diaorang uolls....editor Hijabista pun ada

Ni antara dekorasi dalaman spa.....best you....yang berenang renang tu ikan ye bukan buaya....kalaulah Iman ikut ni mau dia main lompat lompat kat batu tu....


calming and soothing.....rasa nak tidur je bila masuk dalam spa ni....
akak dengar retis retis pun datang sini....antaranya Azwan Ali.....hahhahhah kerlaszzzz!!!





Muka muka keriangan kanak kanak ribena bila menang salah satu game yang dianjurkan


Yang ni Kak Rohaya....ahli terapi spa a.k.a tukang urut akak.......sambil dia urut sempat dia bebel....."kerasnya badan kau dik".......hahhahhahhahha biasalah kak....dulu i ahli sukan lontar peluru....6 pax badan.....hahhahhahah....

Pakar pakar spa di Vila Manja Spa.....Sumpah! diaorang ni memang hebat....


Pn Melissa (boss Southern Lion) dan Pn Mary Anne pemilik spa...Pn Mary ni sebijik muka mak mertua akak....cantik uolls.....walaupun dah nak dekat 60 tahun.....hasil berspa katanya...


Dah penat men "spa" kan orang kan.....mestilah berhak dapat free gift jugak.....

Oklah uolls, jangan lupa nak mencuba mandian terbaru ni......sangat berbaloi baloi.....akak sekarang kalau kat opis tak sabar sabar nak balik rumah semata mata nak mandi menggunakan mandian Shokubutsu terbaru ni......uolls pulak bagaimana????

Sooooooooo jooooooommmmmmm SHOKUBUTSU!!!!!!

Sunday, June 1, 2014

PEMBAHAGIAN HARTA PUSAKA UNTUK MUSLIM. FARAID, WASIAT ATAUPUN HIBAH?

Assalamualaikum,

Berkurun rasanya akak tak update blog kan? 

Maklumlah MALAS + TAKDE IDEA = SENGAL........hahhahhaha

Tengah hari tadi berboraklah dengan seorang Peguam Syarie ni....adalah dia cerita sikit sikit pasal harta pusaka untuk orang Islam ni....so akak fikir why not akak buat satu entry pasal post ni kan....Boleh kita semua belajar dan luaskan ilmu....Akak zaman belajar dulu  pun ada belajar sikit sikit pasal Pembahagian Harta secara Islam ni...sesiapa yang memang ada masalah pasal pembahagian pusaka ni boleh email kat akak...nanti akak cuba dapatkan maklumat untuk uolls....


Kalau cerita pasal harta pusaka ni dari zaman dulu sampailah sekarang ianya memang  satu topik yang sangat sangat hangat.....ada orang tu sampai bertetak tetak sesama adik beradik semata mata berebutkan harta sekangkang kera milik arwah ayah ........

MasyAllah!!!! sedihnya.......harta kita tak bawak masuk dalam kubur yang oiiiii............so bawak mengucap banyak banyak.....

Oklah, untuk mengelakkan akak merapu lebih lebih....jom akak cerita beza antara faraid, wasiat dan hibah.....kalau ada tersilap fakta maaf ye.....

Maksud Faraid:
(Kredit kepada Laman Web USM (KLIK SINI) )



"Berdasarkan istilah syarak, Faraid adalah pembahagian harta seorang Islam yang telah meninggal dunia sama ada beliau meninggalkan wasiat atau tidak sebelum kematiannya. Maka harta peninggalannya akan dibahagikan kepada ahli warisnya (seperti  anak, isteri, suami, ibu, dll), menurut hukum Islam" 


a) Please ingat satu perkara ye....

" MESTILAH HARTA SEORANG ISLAM YANG TELAH MENINGGAL DUNIA"

Kalau masih hidup sistem faraid tak terpakai ye....jangan memandai nak pi Pejabat Agama mintak sijil faraid dikeluarkan sedangkan bapak kita hidup lagi tengah relaks kat rumah tengok ASTRO.......anak derhaka tu namanya....hahhahhahha

b) Harta yang dibahagikan kepada ahli waris adalah baki harta yang ditinggalkan setelah ditolak  segala pembiayaan pengurusan jenazah, hutang pewaris (zakat, nazar dll) dan juga wasiat yang dibenarkan syarak iaitu 1/3 daripada jumlah harta

Sekiranya pewaris semasa hidupnya ada buat/bagitahu uolls wasiat bahawa "abah nak bagi 1/3 daripada harta abah kepada si polan si polan tu".... Uolls kena tolak wasiat 1/3 tersebut bersama sama jumlah hutang hutangnya  terlebih dahulu. Selepas tu barulah pembahagian secara faraid terhadap waris boleh dimulakan.

c) Bentuk harta yang boleh dibahagikan secara Faraid ialah: 

  1. Tanah 
  2. Bangunan (rumah). 
  3. Barang kemas (emas, perak dll). 
  4. Insurans dan Wang tunai (sama ada dilaburkan atau tidak). 
  5. Binatang ternakan seperti kambing, lembu, unta, kerbau dll.


d) Sekiranya waris yang berhak untuk mendapat faraid sudahpun diwasiatkan untuk menerima harta 1/3 oleh si mati, beliau tidak boleh lagi menuntut untuk bahagian faraidnya pula.....dah jadi double claim pulak.....mana aci......hehhehheheh....

Maksud Wasiat (Untuk orang Islam)

Merujuk kepada Enakmen Wasiat Orang Islam 1999, wasiat membawa maksud:

Ertinya iqrar seseorang yang diperbuat pada masa hayatnya ke atas hartanya atau manfaat untuk menyempurnakan sesuatu bagi maksud kebajikan atau apa-apa maksud yang dibenarkan menurut Hukum Syarak, selepas dia mati.

Faham kan? maksudnya seseorang tu berikrar dihadapan saksi saksi bahawa dia hendak berbuat sesuatu terhadap hartanya selepas dia tiada....contohnya macam nak wakafkan tanah, nak sedekah duit kat anak yatim , bla bla.....

TETAPI

Wasiat yang dibenarkan oleh syarak hanyalah setakat 1/3 dari jumlah harta. 

HATI HATI YE>>>> HANYA 1/3.....sayang macamana pun kita kat isteri muda kita, dia hanya boleh diberi wasiat sebanyak 1/3 sahaja daripada harta kita....sekiranya lebih....waris waris boleh memfailkan contest/pertikaikan wasiat tersebut di Mahkamah/Pejabat Agama

Sekali lagi akak nak ingatkan....

KALAU UOLLS DAH TERIMA WASIAT, UOLLS DAH TAK BOLEH TERIMA PEMBAHAGIAN HARTA SECARA FARAID

Ingat tu!!!!!!! Jangan nak tamak.....

Ada pulak yang menanya...

"Kak nak tanya sikit, kalau bapak saya nak bagi juga lebih daripada 1/3 harta melalui wasiat....takkan saya nak tolak kak??"

Boleh, sapa kata tak boleh.....TETAPI waris waris lain kena setuju ye......kalau tak........... depa boleh pertikaikan pasal ni di Mahkamah........

Konklusinya......

Semasa penulisan Wasiat, pewasiat boleh menyatakan hasrat dan kehendaknya dalam pembahagian harta pusaka tetapi selepas kematiannya, waris-waris mempunyai hak mereka terhadap harta pusaka pewasiat mengikut Faraid. Sekiranya mereka bersetuju untuk membahagikan harta pusaka mengikut kehendak Pewasiat, maka pembahagian akan dijalankan mengikut Wasiat (Persetujuan Waris).Sekiranya ada di kalangan waris yang tidak bersetuju dengan pemberian yang dibuat dalam Wasiat, mereka berhak mendapat hak mereka mengikut Faraid. 

Kredit kepada blog Pintar Pusaka klik sini

Maksud Hibah
Kredit kepada anizyn.blogspot.com klik sini

Hibah ialah suatu akad mengandungi pemberian milik seseorang secara sukarela terhadap hartanya kepada seseorang yang lain pada masa hidupnya tanpa balasan (iwad). Hibah diberi atas dasar kasih sayang sesama manusia.

Hibah dibolehkan sama ada kepada ahli keluarga (waris) atau bukan ahli keluarga, hatta kepada bukan Islam. Islam juga tidak menetapkan kadar atau had tertentu bagi harta yang hendak dihibahkan kerana harta yang hendak dihibahkan daripada milik pemberi hibah.

Terpulanglah kepada pemberi hibah membuat pertimbangan terhadap kadar harta yang ingin dihibahkan. Walaupun begitu, jika harta hendak dihibahkan kepada anak-anak, Islam menggalakkan ia dibuat secara adil.

Dalam erti kata lain ianya merupakan "Hadiah" dan dibuat semasa Pewaris masih hidup......cuma ada rukun dan syarat syarat yang perlu diikuti seperti:

  • pemberi hibah (al-Wahib); 
  • penerima hibah (al-Mawhub lahu); 
  • barang atau harta yang dihibahkan (al-Mawhub) 
  • sighah iaitu ijab dan kabul. 


Senang cerita...tak payah bergaduh gaduh...suka hatilah mak pak kita nak bagi harta dia kepada sapa sapa yang dia suka.....

So akak harap uolls semua dapat fikir secara rasional apa yang perlu dibuat terhadap harta harta uolls bagi mengelakkan pergaduhan antara waris waris sekiranya kita tiada nanti......

Apa apa pun Hukum Allah perlu diikuti....bukannya hukum yang kita cipta sendiri....

Kalau akak sendiri, akak akan pilih hibah......

Wallahuallam....














Nuffnang Ads