Salam uolls,
Rasa rasanya sapa sapa yang follow blog akak ni tahu yang akak dah bersara menjadi Pn Loyar dalam tahun 2012......lepas dah berbelas belas tahun menjadi peguam, akak mendapat tawaran untuk join sebuah kampeni insuran ni......bukan jual insuran ye tapi koroje kat dalam tu.......
Sebenarnya cita cita akak nak menjadi Peguam bermula daripada akak sekolah rendah lagi....bila cikgu tanya besar nak jadi apa? Akak konpiden gila jawab "saya nak jadi Peguam cikgu"....relakkk je jawab....masa tu ingat jadi Peguam best gila, glamer gila....tetapi selepas berbelas tahun berkecimpung dalam bidang tu....hambek!!! Boleh gugur rambut!!
Bila dapat satu kes kita kena baca semua dokumen yang ada kat dalam fail tu, semuaaaaa..........lepas tu kena advise klien, sediakan kertas kerja, bina kes untuk perbicaraan.....macamana tak mereng macam tu? Akak dulu sampai nak tido pun masih fikirkan pasal kes kes yang akak kendalikan.....OMG!
Maaflah gambo lama.......cuba uolls tengok fail fail akak masa jadi loyar dulu.......ni kira sikit tau....satu hari boleh dapat 3-4 file untuk perbicaraan
Akak 3-4 tahun lepas....kurus kan? hahhahhahahh..busy kemain....sampai tudung pun senget.....seriously memang busy dik......nak layan klien lagi, nak layan boss lagik.....hahhahhaha
So sapa kata jadi loyar glamour? Maybe for the first few years glamerlah....orang tanya kerja apa? owh....saya Peguam, pakai baju hitam putih ke sana sini.....tambah lagi kalau pakai blazer hitam tu.....berebut rebut makcik makcik nak buat menantu.....ahakssss
Tetapi!!!!!
Bila dah masuk 5-6 tahun.....perasaan loya a.k.a nak muntah hijau pun timbul......tak tahan uolls......pressure, stress dan lain lain lagi.......masa tu berangan "bestnya kalau dapat join corporate world, gaji besar, banyak benefits, glamour and boleh pakai baju kaler kaler....."
Gambar masa akak kerja kat kampeni......badan naik macam di pam pam....hahhahaha.....seronok kerja kampeni ni.......tak perlu fikir pasal orang lain, kita buat kerja kita je.....tambah tambah lagi kampeni yang akak kerja ni sangat menerapkan nilai nilai Islam dalam setiap perbuatan kami....so Alhamdulillah walaupun sekejap banyak nilai nilai murni yang akak dapat di sini........Rakan sekerja akak (bukan Soo Wincci) pun semuanya baik baik.....
Tetapi.......akak rasa memang tuhan telah
takdirkan akak untuk menjadi seorang Peguam....sebab dari kecik nak jadi
peguam, arwah mak ayah pun sangat bangga bila akak menjadi seorang
peguam......mungkin masin doa mereka berdua, akak rasa nature akak memang lebih
kepada khidmat masyarakat ni.....sebab tulah akak kembali menulis blog yang dah
lama bersawang ni.....akak rasakan masyarakat kita masih belum didedahkan
dengan undang undang......bila sebut pasal undang undang, mahkamah semua naik
bulu roma..........
Setelah berfikir panjang akak rasa
sememangnya akak seorang yang suka menegakkan keadilan dan mempunyai kebebasan
bersuara......prinsip akak tidak sesuai dipraktikkan di syarikat akak bekerja.......so akak rasa its better for me to make a comeback........dan
menerima hakikat bahawasanya akak sememangnya ditakdirkan untuk membantu
masyarakat dan bukannya berkhidmat hanya untuk sesebuah organisasi
sahaja.......
Maka, akhirnya akak membuat keputusan untuk menjadi Puan Peguam kembali....... Doakan akak ye.......
Gambar ni akak ambil semasa akak kendalikan kes rayuan di Mahkamah Rayuan di Istana Kehakiman Putrajaya......dan guess what??? akak menang kes....
Terima kasih sebab sudi baca kisah akak ni...untuk adik adik yang bercita cita nak jadi Peguam tu teruskan usaha anda.....memang dulu selalu kita dengar orang kata...jadi peguam masuk neraka.....oh tuhan! mana depa dapat perumpamaan macam tu......di zaman Nabi Muhammad S.A.W sendiri ada sistem keadilan yang mana ada hakimnya, ada tukang penegak undang undangnya....kalau tidak takkan ada sistem undang undang syariah dalam agama Islam sendiri....cuba bayangkan hidup kita ni tiada wakil yang boleh mewakili kita menegakkan kebenaran....tak salah pun dituduh salah......
Haru birukan jadinya???
Wallahualam.....