Friday, February 28, 2014

Jom makan di Ombak Steamboat, Kota Damansara

Salam....dah 2-3 hari akak x menulis. Rasa semacam pulak lama berhenti....sebenarnya post pasal Korea ada 2-3 entry lagi. Nak kena duduk quietly depan pc and menaip..biasalahkan....akak kan mak datin in the making...konon konon busy benor kalau hari bekerja..

Oklah hari ni akak cerita pasal makan lagi..biasalah kami kan family Doraemon, op koz ada alat ajaib boleh teropong kedai makan mana yang sedap...tengoklah size kami yang kiut miut ni....ahaksss!

Ceritanya macam ni, semalam mimpi apa ntah asben akak sibuk nak belanja makan steamboat...tapi sebab malas nak pergi tempat makan yang jauh so kami decide nak makan kat Ombak Steamboat yang terletak kat depan Giant Kota Damansara.

Feeling Akak sebenarnya biasa biasa je pasal restoran ni..yelah, nak compare den Johnny ataupun Seoul Garden...jauhlah bezanya kannnnn. Tapi frankly speaking oklah untuk bajet yang biasa biasa, contohnya nak makan luar time bulan mengambang a.k.a tengah bulan. Harga untuk pelanggan dewasa RM29 dan kanak kanak RM12. Oh ya kita juga ada pilihan samada nak makan secara steamboat ataupun bbq...


Kedai makan ni senang je nak cari....bangunan dekat The Strand mengadap Giant Kota Damansara


sorry ye agak blur...motip? entah...hahhahhahahha

For your information,  agak banyak jugak pilihan untuk steamboat, ada udang, siput buluh, ketam, ayam, daging dan bla bla bla.......
ketam....

Ni namanya siput buluh.....x perlu buat muka geli geleman...cuba rasa....sedappppppp....bakar kemudian cicah dengan air assam...

Come on lah,  rugi tau hidup lama lama tapi - "tu tak makan", "ni tak makan"......?????? baik uolls duduk dalam jail je...hari hari makan sardin...apa???????sardin pun tak makan????


Janganlah kutuk gambar akak ni....ni semua pasal hand phone SAMSUNG NOTE 2 YANG MASIH BELUM MAMPU DITUKAR KEPADA NOTE 3333333333333!!!!!!!!!!! Sedih taw....so every time baca blog akak tolonglah klik kat iklan tepi tepi tu.....nanti akak dapat point, seringgit tak cukup......hahhahhahahhaha

 Selections of heavy food...ada kuetiaw, nasi goreng, mee hoon/mee goreng, ayam panggang


kuetiaw goreng...not bad rasanya..


Oh tuhan! kalau ginilah cara ekau makan nak......bermenantukan omputeh jolah mama....konpem tak de Melayu ala ala Aaron Aziz nak kat mu.


Dah macam Dinasour lagaknya.....kekenyangan overloaded...


Dua beranak tengah fikir nak attack mana dulu???



Pilihan sos...akak tekak Melayu so i pilih air assam...cicah pulak dengan sotong bakar....


Ni akak punya...very little kan???.....jangan tertipu, yang ni  round ke empat ye........hahhahhahha


Can do lah kan?......sapa yang larat bersteamboat ala ala cam ni kat rumah??kalau akak sorilah....pergi makan kedai je... tak kose nak beraluminium foil berbagai...(anak dara jangan ikut perangai akak....nanti lambat kawen)

Sebut betul betul Ni "dessert" ye bukan "desert" ....Oh My English! jangan buat malu akak...


Sekian Terima Kasih...jangan lupa bayar..makan tak leh lupa lupa bayar....nanti perut buncit.....hahhahhaha

Uolls mesti heran mana Kak Adib Ratu Longchampnya?? saje je akak tak nak overshadow Iman....hehehhe..

Selamat mencuba.
Jangan lupa baca Bismillah.
Jangan lupa bayar...




Monday, February 24, 2014

Jom makan mee sup daging Vietnam di Restoran Pho Hoa

Salammmmmm! hari ni akak nak cerita pasal makan makan pulak.....asyik cerita pasal travel je...apa kata kita cerita pasal makanan pulak. Sesuai dengan intro akak iaitu "Lets Eat, Love, Travel and Pray". Kat sini akak review based on my own selera....so kalau tak sedap tu mintak mahaplah.....

Sebenarnya akak tak pernah ke Vietnam so tak dapatlah beri komen samada makanan kat sini sama dengan yang kat sana...tapi kalau yang kat sini pun dah sedap......apatah lagi kalau makan yang dimasak terus di Vietnam.

Moh akak nak cerita macamana percintaan akak dengan mee daging Pho ni bermula...Satu hari  yang indah akak dengan Iman  berlenggang kangkung berjalan jalan kat The Curve. Tiba tiba perut berkeroncong pulak..Tekak pulak tak boleh masuk western food...maklumlah...jawa...hahahhahhaha.

Punyalah teringin nak makan sup sebijik macam orang mengandung.....pusing punya pusing jumpalah kedai ni...agak terceruk sikit ke belakang..kalau uolls tahu lokasi Teh Tarik Place mesti akan nampak kedai ni sebab ianya bersebelahan saja..



Hiasan dalaman kedai.....sangat menarik


PHO dalam bahasa Vietnam bermaksud mee sup daging. Mula mula skeptikal gak nak rasa...maklumlah akak kan perasan high class....kalau mee daging USA ke, mee daging UK ke mesti akak serbu....perasan Diva tak hengat kan???

Tapi sebab food  Vietnam pun sound ala ala international, maka tergeraklah hati nak mencubanya....ada jugak kawan kawan yang dah ke Vietnam bercerita tentang keenakkan Pho...

Bila masuk je mee sup ni ke dalam mulut....MasyaAllah!!! Lazat sangat...serious bukan saja mak mertua, boipren lama lalu depan mata pun konpem tak nampak!!!

Kita ada pilihan untuk memilih  bahagian manakah yang hendak dimasak bersama sup:

a) Beginner iaitu sup dan daging semata. 
b) Regular iaitu campuran daging dan urat
c) Adventurer iaitu babat, urat dan daging

Pilihan akak semestinya...."Adventurer"

OMG!  Kesedapannya tak dapat digambarkan dengan kata kata...kesemua daging dan elemen tambahan dimasak empuk sekali diikuti dengan rasa sup yang amat lazat..mungkin disebabkan oleh pati daging yang bercampur bersama kuah sup tersebut...

Supnya simple je... hanya bawang dan daun sup diletakkan sebagai perasa tambahan...tak ada rasa rempah yang menyengat ketika makan...

Harga untuk Adeventurer adalah kurang dari RM25 untuk semangkuk mee .....(besaq periuk dek non, banyak pulak daging ....akak share 2 orang dengan Iman)

Bersama sama mee sup tersebut disediakan juga sambal, taugeh dan daun pudina sebagai penyedap makanan...
Akak doesn't like taugeh tapi sangat sukakan daun pudina....bila campuq sekali dengan sambal tu dalam sup......Sumpah! sedappppppp......


Time makan kenalah ada ayaq kan???? apa kelas kopi cap dacing......hehehhee kita minum pulak kopi Vietnam......patutlah akak tak boleh nak kuruskan?? Maklumlah selera gajah....

Harga kopi ni lebih kurang RM6.++ segelas

Pencuci mulut pulak akak order Vietnamese Rice Cake...Harga pun dalam RM6 lebih je....dalam ada daging kisar.....yang ni pun........sedapnya tak boleh storylah, memang lazat sampai tak tahu nak kata apa.....

Bagi Muslim, jangan risau...ada tanda Halal dekat kedai ni...

Uolls dont play play tau.....dekat U.S.A kedai Pho Hoa ni sangat famous dan banyak cawangan. Akak memang ketagih dengan makanan kat kedai ni.....cuba hangpa pi try sekali.....especially for soup lovers....Harga pun sedang sedang sahaja.....Selamat Mencuba!!!





Sunday, February 23, 2014

How to go to a.k.a macamana ke Nami Island

Sebelum akak ke Korea., semua orang duk sibuk pesan "jangan lupa ke Pulau Nami, cantik sangat, bla bla bla"...so akibat terpengaruh akak masukkan pulau tu dalam itenary...yelahkan winter sonata punya pasal...walhal akak tak pernah pun tengok drama tu sebab akak tak sanggup sampai bengkak bengkak mata menangis semata mata kerana hero mati...heroin merana...pas tu jumpa lak hero no. 2.....heroin rejek hero no 2 sebab setia dengan hero no1!

Pleaseeeeelah....!!! Life goes on kan?? Paw jelah yang no 2 tu, at least ada gak orang yang masih syiok kat kita...hahhahahhahaha (jahat kan philosophy akak)

Berbalik kepada drama Winter Sonata, in real life hero no. 2 yang mati....muka sikit punya ensem tapi last last bunuh diri...what a waste...nama 2nd hero tu Park Yoong Ha.

hensem kan??

Akak pernah terbaca artikel yang orang Korea memang suka bunuh diri...ada problem sikit bunuh diri. Mmmm akak no komen sebab suka hati diaoranglah..derang ingat bunuh diri boleh masuk sorga kut...whatever!!

Frankly speaking, akak rasa biasa biasa je Nami  Island ni....takdak apa pun yang menarik selain pokok pokok yang cantik itew...
Its all about pokok pokok ni jelah...nothing interesting...maybe untuk yang tengah bercintan cintun tu bestlah kut..tapi untuk akak yang dah lupa pun macamana nak cintan cintun....feeling penat berjalan adalah...lagipun pulau ni kocik jo...dalam setengah jam dah abis jalan....

Macamana nak ke sana? Banyak cara sebenarnya, tapi akak nak bagitahu uolls cara yang paling mudah sekali...first sekali uols kena naik cab or subway ke Cheongyangni Station...

Sebagai contoh,kami dari Dongdaemon naik cab ke Cheongnyangni Station...tambang taxi adalah sebanyak Won 3200 (RM9.60)...Sebut je "Cheongyangni" drebar taxi tu sure faham. Macam akak haritu tunjuk je gambar kat bawah ni...

Sesungguhnya we all dah x kuasa nak naik subway...penat, sakit kaki and nak muntah kena tukar tukar station...lagipun untuk 3 beranak tambangnya sama gak macam naik teksi...
Sape peminat drama Secret Garden? Heronya si Hyun Bin tu..Kan dia jadi CEO LOEL Shopping Complex...sebenarnya Loel Shopping Complex tu adalah Lotte Shopping Complex.. Famous taw syarikat Lotte ni kat Korea...biskut lottelah, hotel lottelah...So Lotte Shopping Complex ni sebelah je Cheongyangni Station...

Station Cheongyangni ni agak besar and lebih kurang macam KL Sentral Kita..cuma lebih canggih dan bersih...

Bila sampai sini, masuk ke dalam dan beli tiket melalui mesin. Rasanya instruction mesin tu in Korean...tapi jangan risau kerajaan Korea tahu ramai ahjumma ahjumma gediks macam akak yang sibuk nak pergi ke Namison. So depa letaklah mamat mamat kiut miut kat tepi mesin tu. Dapatlah uolls feeling feeling heroin kan?? Diaorang yang akan beli tiket untuk uolss..

Lupa pulak nak cerita...uolls kena naik train KTX dari Cheongyanngni and stop kat station Gapyeong..sebut je Gapyeong kat mamat pembantu tadi and dia akan belikan tiket  kat mesin...setiap tiket ada seat no..so tak perlulah risau kena berdiri macam kat dalam subway.... train sangat cantik dan bersih...siap ada orang menjual makanan lagik....


Faham? Ntah apa benda yang ditulisnya... alih alih kuar no je...... harga asal tiket Won 5700 setelah  ditolak diskaun Won 1700 maka harga tiket yang sebenarnya adalah Won 4000 (RM12)...kanak kanak pulak lepas diskaun dapat Won 2000 (RM6)

Bila sampai kat Station Gapyeong sila keluar ye...jangan tertidur lak...sedar sedar sampai Malaysia...Bila uolls keluar naanti ada hentian teksi macam kat gambar atas ni. Cakap je kat driver tu "Namisom"...diaorang tahu and faham..

Tambang adalah lebih kurang Won 3200 ke Won 3500 (RM9.60 ke RM14.50)..lebih dari tu konpem kena tipu...hahahhaha sabar jelah...bukannya boleh bertekak dengan driver tu pun sebab depa speaking Korea..uolls pulak nak jawab camne?? tak best gaduh kalau sorang sorang je faham...hahhahahha

Bila sampai je terus pergi ke "Immigration Ticket Counter" sila tunjuk passport, nanti dapat diskaun untuk tiket ..just for foreigner..Dewasa Won 8000, kanak kanak Won 4000...lepas tu terus pi naik feri tu....lebih kurang 10 minit sampai..
(rujuk gambar atas..camtulah rupo tompek boli tiket...and feri yang kono naik)


Ada satu cara lagi ke Namisom...naik ZIP WIRE...akak angkat bendera putih ye..konpem arwah kalau jatuh kat tengah laut tu...

Bila dah sampai amik amiklah gambo kenang kenangan....bukannya senang nak datang balikkan? Makanan? Jangan risau ada restoran halal dalam tu....dia dekat sebelah tepi (kanan) bangunan kuning library Pulau Nami...kat situ ada musolla jugak..uolls tanya je dekat pekerja kedai kedai kat situ nanti diaorang akan tunjukkan....nama makanan tu "lunch box" ataupun nasi goncang...nanti next entry akak akan ceritakan pasal makanan and tempat makan untuk muslim macam kita...



Ni musolla dan library kat Pulau Nami. Kalau dari depan korang jalan ke kanan sampailah ke hujung bangunan...lepas tu belok ke kanan lagi....nanti jumpa kedai yang ada lambang ni...

inilah kodainya...

Famous sebab nasi goncang...nanti bila akak dah habis entry pasal Korea..i will write about kedai and makanan kat sana pulak. Kedai makanan ni salah satu daripadanya...

Oklah....nanti akak cerita pasal N tower pulak....
Kedai yang ada signboard tu tau...tepi (belakang) bangunan kuning tadi
Walaupun halal tapi dia takdelah langsung bersih macam kedai halal kat Malaysia...jangan order lak wine tu...

Bubye....

Thursday, February 20, 2014

PULAU NAMI a.k.a NAMISON


Gambar gambar ni masa we all ke Pulau Nami...kat Korea depa panggil Namison

Nilah pokok pokok yang Hero dan Heroin Winter Sonata sambil berchenta...tengoklah dua beranak ni....ada dia pedulikan mak dia yang ala ala siput khinzir berjalan kat belakang???

Sungai tu beku hokei!!!

Seriously mak tak tahu fungsi statute ni...agak lucah okey....tapi akak nak jugak  gambo tepi dia..lepas niat sebab dulu Iman sempat nyusu badan 3 bulan je.....tapi takdelah sampai nak campak semua pakaian bila nak menyusu! otak jangan nak blue ye....akak ni wanita lindungan kaabaah...Hahhahahahhaha...
Bang.....hero tu rambut dia banyak...

Kapel winter sonata yang dah tak berapa nak Sonata.....

Tak tahulah kenapa si Iman tu...nampak JU ON agaknya...

Salah sebuah rumah traditional Korea...



Omakkau!!!



Bawah tu sungai yang beku...


Lagi Sungai beku

Chewah!!! Lomantik weh...iman tukang amik gambo..dia tak kasik dekat dekat lelaki perempuan...ustazah kata berdosa 
@#$*&?



Kalau anda gembira angkat tangan!!

Anak and suami sapalah buat aksi x senonoh ni..malu akak maluuuuu!!!!!


                         Geng bas sekolah










Nasib baik ada boot Phua Chu Kang ni..licin









Suka akak tengok gambo ni.....sejuk mata memandangkan??? Kahkahkah

Next entry nanti akak cerita camne nak ke Namison dari Seoul...time keje susah sikit nak melekat dengan pc...

see ya!!!

Nuffnang Ads