Thursday, February 20, 2014

PULAU NAMI a.k.a NAMISON


Gambar gambar ni masa we all ke Pulau Nami...kat Korea depa panggil Namison

Nilah pokok pokok yang Hero dan Heroin Winter Sonata sambil berchenta...tengoklah dua beranak ni....ada dia pedulikan mak dia yang ala ala siput khinzir berjalan kat belakang???

Sungai tu beku hokei!!!

Seriously mak tak tahu fungsi statute ni...agak lucah okey....tapi akak nak jugak  gambo tepi dia..lepas niat sebab dulu Iman sempat nyusu badan 3 bulan je.....tapi takdelah sampai nak campak semua pakaian bila nak menyusu! otak jangan nak blue ye....akak ni wanita lindungan kaabaah...Hahhahahahhaha...
Bang.....hero tu rambut dia banyak...

Kapel winter sonata yang dah tak berapa nak Sonata.....

Tak tahulah kenapa si Iman tu...nampak JU ON agaknya...

Salah sebuah rumah traditional Korea...



Omakkau!!!



Bawah tu sungai yang beku...


Lagi Sungai beku

Chewah!!! Lomantik weh...iman tukang amik gambo..dia tak kasik dekat dekat lelaki perempuan...ustazah kata berdosa 
@#$*&?



Kalau anda gembira angkat tangan!!

Anak and suami sapalah buat aksi x senonoh ni..malu akak maluuuuu!!!!!


                         Geng bas sekolah










Nasib baik ada boot Phua Chu Kang ni..licin









Suka akak tengok gambo ni.....sejuk mata memandangkan??? Kahkahkah

Next entry nanti akak cerita camne nak ke Namison dari Seoul...time keje susah sikit nak melekat dengan pc...

see ya!!!

Tuesday, February 18, 2014

MIRACLE DOES EXIST

Malam ni ahkak nak story sikit pasal miracle dan rezeki.....untuk anak kampung macam akak ni tidak pernah terbayang untuk diberikan rezeki oleh Allah untuk ke luar negara apatah lagi untuk bergelumang dengan salji....

Dulu masa zaman kanak kanak akak , akak selalu comparekan diri akak dengan cousins akak yang dapat ke luar negara, sehinggakan bila pergi ke Singapore pun akak merasakan mereka sangat bertuah..... Pakcik dan Makcik akak sememangnya belajar tinggi...hampir kesemuanya bertitlekan doktor...tak kiralah samada Dr. PHD mahupun Dr....
I guess uolls mesti kenal isteri Dr Sheikh Muszaphar Syukor iaitu Dr. Halina? Dia juga merupakan salah seorang sepupu akak dan ibunya merupakan salah seorang adik kepada arwah ibu akak.....Hanya ayah dan mak akak sahaja yang belajar setakat darjah 6. Berkorban demi memberi peluang kepada adik adik yang lain untuk sambung belajar.

Tapi kita jangan ingat nasib kita akan sentiasa
MALANG
sentiasa tanamkan semangat nak ubah nasib dan takdir kita
sebabnya

MIRACLE DOES EXIST

hujung 2003, akak kehilangan ayah tercinta....sedih....

tapi 2004, diberikan rezeki mengandungkan Iman ( 4 tahun menunggu)....

sekali lagi, sebelum ke Korea akak terima berita sedih

Akak merintih....menyalahkan diri sendiri, putus harap

*hari keempat akak di sana salji turun dengan lebatnya*

kawan akak yang pernah ke sana selama 2 minggu pun tak pernah pun sekali salji turun

ALLAH MAHA ADIL

Conclusion:

SABAR DAN TAWAKAL

"Jnngan bersedih Allah bersama kita"






















Monday, February 17, 2014

Holiday ke oversea tanpa kad kredit?

Sorry lah ye...kita off topik sikit dari posting about Korea....banyak lagi yang perlu akak story sebenaqnya...tapi dun worry. .esok lusa akak sambung.

Oklah....sebenarnya ramai yang takut nak pi holiday ke luar negara atas alasan takde kad kredit. Dah jadi macam kemestian pulak kalau nak bercuti kena swipe sana sini....

Laling...salah konsep tu. Uolls tahu tak akak dah nearly 10 tahun tak guna kredit kad. Pergi sana sini samada guna cash ataupun kad debit.

Dulu akak pun pikiaq camtu...camne ni? Nak jalan jalan tapi kredit kad? Kalau negara canggih macamana?  Nak bawak duit banyak banyak takut.. tak cukup duit cash nak buat macamana?  Semua tu dalam kepala otak akak...last last, cuti duduk rumah..paling jauh pun pergi Port Dickson je...

Memang dah suratan takdir agaknya pada tahun lepas kami sekeluarga teragak untuk bercuti ke luar negara iaitu Hong Kong. Agak takut juga kerana akan kesana bergantung kepada duit simpanan yang ala ala kadar kerana kami berdua dah stopped menggunakan kad kredit beberapa tahun yang lalu. Oleh yang sedemikian akak terpaksa membuat research online thoroughly demi memastikan we all mempunyai duit yang cukup sepanjang percutian kami.

Moh akak cerita "style" akak....

First of all akak akan buat itenary tempat tempat yang akak akan pergi. Semua akan masuk dalam listing akak...location sesebuah tempat, harga makanan, tambang transport, entrance fee, berapa ringgit sekepala, etc...biasanya akak dapat info dari blog blog orang lain.

Selepas akak dah kira yang atas tadi akak akan buat bajet sehari berapa RM yang perlu di allocate masa kita bercuti berdasarkan cost of living dan currency tempat yang kita nak pi. Research dan google dari experience orang yang pernah pergi ke tempat tu... Macam ke Korea haritu, bajet asas akak RM500 sehari je...  So calculation akak untuk lima hari bercuti ke Korea  hanyalah sebayak RM2500 sahaja!!! Akak akan make sure follow strictly bajet tersebut. Jangan ngengada nak belanja lebih.

Takde duit nak shopping ke kak? Eeee mana boleh takde! Dielah if no shopping!!!!! Macam akak...lepas dah tolak RM2500 untuk expenses...barulah akak akan tambah sikit duit dari RM2500 ke RM3000 untuk shopping dan cenderahati...RM500 tu tak campur lagi lebihan dari bajet asal RM2500 tadi...see??? Sapa kata x leh sopping kalau travel secara berbajet.....kang balik kena sumpah lak ngan kenkawan dan adik beradik sebab tak belikan souvenirkan??? Jadi batu macam si tanggang..semata mata tak belikan keychain....hahahahha.

Bila dah buat bajet cantik cantik akak akan kira pulak berapa cash nak tukar dekat money changer and berapa nak simpan dalam akaun yang nak guna debit kad. Nasihat akak untuk kad debit yang nak guna diluar negara sila letak cukup cukup je untuk tampung kos kita kat sana. Janganlah letak berjuta kat dalam tu...sebab kalau hilang...kat oversea babe...nak guna tepon depa nak kol bank pun ntah ntah tak reti. Macam akak yang tak apply untuk roaming...pas tu dapat pulak polis yang tak reti cakap omputeh...mau gila dibuatnya...lupa nak bagitahu, kalau u all nak guna debit card di luar negara, prosesnya sama macam kad kredit iaitu:

A) call helpline bank tersebut
B) bagitahu yang anda nak aktifkan kad untuk kegunaan keluar negara
C) bagitahu tarikh perjalanan tersebut dari bila ke bila ianya perlu diaktifkan
D) jangan lupa juga bagitahu had limit keluaran sehari di luar negara

Sebenarnya pengaktifan boleh juga dibuat di mesin mesin ATM tapi first timer lagi senang kalau terus call help line..

Berapa banyak duit nak tukar ke matawang asing?? Bergantung kepada negara yang hendak dikunjungi dan ikut bajet....macam ke Korea better terus tukar duit ke matawang depa sebab RM susah didapati di money changer sana. Masalah komunikasi lagik...

Lagi satu cara, sebelum bertolak tukar dulu duit kita ke USD, bila sampai sana boleh gradually tukar ke matawang asing sekiranya diperlukan..

Sekiranya ada duit lebihan ketika nak habis tempoh bercuti, sama jugak, tukar dulu di sana duit lebihan ke USD , balik Malaysia barulah tukar ke RM...kedua dua cara ini akan memberikan kita kadar tukaran balik yang tinggi...

Berdasarkan pengalaman akak bank yang mudah kegunaan kad debitnya di luar negara adalah Maybank dan juga  RHB...so bijaklah berbelanja di luar negara...jangan ikut nafsu ketika bershopping....

Nuffnang Ads