![]() |
| Masa kendalikan kes di Mahkamah Rayuan di Istana Kehakiman di Putra Jaya. Rayuan Penuh Pihak Perayu ditolak dengan kos.....yeay Kak Ratu menang kes!!! Tahun 2008... |
Sunday, December 18, 2016
KERJAYA SEBAGAI PEGUAM?
Friday, December 16, 2016
MENJADI TETAMU JEMPUTAN DI RADIO BERNAMA DALAM PROGRAM "KITA & UNDANG UNDANG"
Well disebabkan hampir setiap hari Kak Ratu mendapat email daripada readers yg kebanyakkannya bermasaalah so Kak Ratu decided nak hidupkan kembali blog ni....Jangan tak tahu email nak berkenalan pun ada......itu konpem Kak Ratu bagi makan selipar ek....hahhahah!
Sebagai makhluk ciptaan Allah, Kak Ratu rasa inilah sahaja amal jariah yang dapat Kak Ratu lakukan iaitu dengan membantu masyarakat awam berkenaan persoalan undang-undang...Nak sedekah duit Kak Ratu tak berdaya....hahahha! Semoga apa yang Kak Ratu buat ni sedikit sebanyak dapat menolong pembaca di luar sana....Insya Allah....
Lagi satu Kak Ratu nak ingatkan di sini..adalah lebih baik uolls emailkan pertanyaan uolls direct ke email Kak Ratu daripada uolls tinggalkan komen di sini sebab i tak buka blog ni setiap hari...Kak Ratu juga busy dengan kerja-kerja di office dan juga sibuk mengendalikan kes kes di Mahkamah...Email uolls juga akan dibalas ikut kepentingan kes yang dialami..sekiranya kes yang mudah mudah tak perlukan khidmat guaman Kak Ratu akan terus jawab ye.....kalau disebaliknya juga Kak Ratu akan nasihatkan uolls dapatkan khidmat guaman..
Oh ya! awal bulan haritu Kak Ratu mendapat undangan daripada Radio Bernama untuk menjadi Peguam jemputan bersama rakan Kak Ratu, Pn Nurul Balqis yang comey lote tapi dah beranak pinak...ahahha jangan nak cuba nasib nak berkenalan jugak eh! suaminya abang tentera kalau berani nak kena tembak cubalah...ahahhah! Kami diminta untuk berdiskusi berkenaan kes kes kemalangan jalanraya dan juga menjawab soalan pemanggil pemanggil.....
Perasaannya mula mula hijau jugak muka dan kebas kaki tangan sebab takut tak pernah on air tetapi bila Kak Ratu dah selesa di dalam konti iolls jadi naik syeikh pulak....nak caras DJ DJ tu!!!..... (DJ sila keluar konti biar ai seorang je kendalikan slot bual bicara tersebut)......hahahha............serious iolls gila kuasa...hahhaha!!
Perasaan??? Sesungguhnya Kak Ratu merasa amat terharu dan bertuah sekali...yelah....selama hampir 17 tahun berkecimpung dalam bidang guaman, inilah pencapaian terbaik yang Kak Ratu pernah capai dalam kerjaya seorang Peguam selain gembira menang kes....(kadang kadang ada yang kalah jugak!) kah kah kah!....Yes mungkin uolls akan kata ramai lagi Peguam Peguam lain yang lebih handal dan meletop, pernah keluar tv dan radio yang agak terkenal.........tetapi for me this is something to be proud of dalam kerjaya akak gitewwwww.....hahhaha
Kesibukkan di Mahkamah Kuala Lumpur

Sunday, October 23, 2016
Segalanya Berkenaan Kebangkrapan dan Muflis (Part 1)
Saturday, August 27, 2016
Remaja 18 tahun bernikah dengan Janda 42 tahun..dari mata kasar Kak Ratu
Ok biar akk clear the water pasal posting ni.....berita yg tengah meletop pasal budak lelaki berumur 18 thn menikah dgn janda 42 thn tu...ramai yg kata akk pertikaikan jodoh yg Allah tetapkan..please jangan salah faham ye...yes betul jodoh tu Allah tetapkan..cakap banyak terkena kat batang hidung sendiri baru tahukan? Betul tu........
Jangan salah faham uolls....maksud akk yg sebenarnya adalah berkenaan umur budak tu...dia br 18 thn, BUKANNYA 25 OR 30 TAHUN... kalau dia dah 25 tahun ke atas dan dia memilih nak menikah dengan wanita umur 60 tahun sekalipun...itu akk x halang and x pelik coz dia dah matang dan boleh bezakan yg baik dan yg buruk.. bab hati dan perasaan ni kita tak boleh nak halang...ada lelaki yg nak pasangan perempuan muda tapi ada pulak yg suka yg tua sebab perempuan berumur ni selalunya caring caring ala ala mak mak..tambah tambah lagi yg dah ada anak lima...mesti pengalaman dia banyak membela manusia manusia....haha...
Tapi apa yg akk rasa x lojiknya apabila budak tu br berusia 18 tahun? Kemonlah...cinta sangat pun biarlah dia reached umur 20 plus...and honestly kalau akk di pihak wanita tersebut mesti akan pikir 80x sebelum buat keputusan untuk menikah dengan dia walaupun akk cintakan dia separuh mati ...bukannya apa...akk kasihan kan dia, tak tahu macam mana masa depan dia nak berdepan masyarakat kerana memilih masa depan yg sebegitu...mampukah dia sayangkan akk lagi sekiranya akk dah 60 thn bongkok tp di ketika itu dia baru 30 tahun??? Masa tulah dia dia akan nampak ramai lg perempuan perempuan muda dan berkata...ohhh tuanya isteri aku sekarang....tu jer......tp yelah jodoh Allah yg tetapkan....kita doakan yg terbaik untuk pasangan ini...
Kembali berblogging
Ok uolls nantikan latest post ahkak pasal...
Terima Notis Kebangkrapan daripada Mahkamah.....apa nak buat???
Thursday, October 22, 2015
Jangan jadi Wanita Lembek!
Sunday, October 11, 2015
YA AMPUNNNNNN!!!!!! Lama x hapdet......
Ampun ya dah bersarang spider dinasour blog ahkak ni.....
Kesian sungguh dengan readers yang ada masalah tapi akak tak reply reply....
Rasa bersalah sebab tak dapat menolong uolls yang dalam kesusahan....
Kerjaya akak sebagai seorang Pn Peguam memang super duper busy sayang.....
InsyaAllah akan akk cuba hidupkan kembali blog ni walaupun tak dapat nak reply ASAP
Sapa sapa yang ada urgent problem tu silalah request friend akak kat FB sebab akak aktif Ber FB....
Maaf Ye sekali lagik.....
Sunday, June 15, 2014
KEMBALI MENJADI PUAN PEGUAM
Shokubutsu Spa Day Out
Sunday, June 1, 2014
PEMBAHAGIAN HARTA PUSAKA UNTUK MUSLIM. FARAID, WASIAT ATAUPUN HIBAH?
Hibah dibolehkan sama ada kepada ahli keluarga (waris) atau bukan ahli keluarga, hatta kepada bukan Islam. Islam juga tidak menetapkan kadar atau had tertentu bagi harta yang hendak dihibahkan kerana harta yang hendak dihibahkan daripada milik pemberi hibah.
Terpulanglah kepada pemberi hibah membuat pertimbangan terhadap kadar harta yang ingin dihibahkan. Walaupun begitu, jika harta hendak dihibahkan kepada anak-anak, Islam menggalakkan ia dibuat secara adil.
- pemberi hibah (al-Wahib);
- penerima hibah (al-Mawhub lahu);
- barang atau harta yang dihibahkan (al-Mawhub)
- sighah iaitu ijab dan kabul.
Senang cerita...tak payah bergaduh gaduh...suka hatilah mak pak kita nak bagi harta dia kepada sapa sapa yang dia suka.....
Saturday, May 24, 2014
LAMA TAK BERBLOGGING
Apa khabar semua? rasanya macam dah berkurun tak berblogging....selalunya every week mesti tangan ni gatal je nak menaip.....yelah, betul jugak kata kata sesetengah orang yang kalau nak menulis even for topic yang mengarut pun mesti nak kena ada idea...
Masalahnya otak aklak blank......tak dak mood nak taip....tak dak mood nak tengok lap top.....pokok pangkalnya semua tak dak mood.....
Tapi mood makan still ada.......hahhahhaha
"Lamb Chop satu!!!!!
Oh ya, walaupun akak lama tak menulis ramai jugak yang still dok baca blog ni dan followwwww..........
Terima kasih uolss....*sambil buat tangan macam Miss World*
Ada reader suruh akak tulis pasal Hanez Suraya saman MAS pulak, tapi sorrylah...akak tak berminatlah nak tulis pasal minah tu lagi....
Akak rasa cerita pasal dia tak dak classsssss...........
Akak jugak dapat banyak email tanya pasal tu pasal ni......especially pasal undang undanglah.....
One thing for sure, akak akan cuba jawab masalah uolls.....kesian dik, walaupun kadang kadang masalah akak sendiri pun tak settle........
Akak percaya kalau akak tolong orang satu hari nanti orang akan tolong akak pulak....InsyaAllah....
So enough for today sebab akak masih tak dak idea.....tapi kalau uolls ada idea nak akak tulis pasal apa bolehlah bagi cadangan ye.....akan ku usahakan buat research... dan bagi penyelesaian dan jawapan untuk masalah uolls tu.....
Bubye.....
Thursday, May 1, 2014
PENYEWA TAK BAYAR SEWA RUMAH? APA TINDAKAN TUAN RUMAH?
Salam,
SIAPA YANG SEWA RUMAH SIAPA NI????
Hahhahhahha........
Sunday, April 20, 2014
ANDA DIISYTIHARKAN BANKRUP / MUFLIS....ADAKAH DUNIA ANDA SUDAH BERAKHIR?
- hendak dibankrapkan oleh si pemberi hutang
- ada jugak yang tak tahu langsung yang sebenarnya mereka telahpun dibankrapkan, sehinggalah bila mereka nak melakukan transaksi di bank, tiba tiba akaun dibekukan (freeze) dan duit tidak boleh dikeluarkan
- Apabila orang yang bagi uolls hutang tu memohon kepada mahkamah untuk membankruplkan uolls.
- Uolls sendiri memohon untuk dimufliskan. Selalunya apabila uolls dah tak tahan lagi dengan gangguan gangguan yang dibuat oleh si pemiutang....contoh: ejen bank duk bertungku tangga kat depan rumah kita sibuk nak mintak hutang.....cuma dia tak simbah cat merah je...
- jumlah hutang uolls mestilah melebihi RM30,000. Yang ni kena hati hati.....walaupun jumlah hutang uolls kurang daripada RM30,000 TETAPI sekiranya dicampur tolak interest jumlah keseluruhan sudah mencapai RM30,000.....tindakan bankrapsi boleh diambil terhadap anda
- jumlah hutang mestilah sesuatu yang boleh dinilai (ascertainable). Contoh terbaik adalah hutang berbentuk duit
- uolls tak bayaq hutang sekurang kurangnya 6 bulan sebelum Notis Bankrupsi difailkan
- Mesti tinggal di Malaysia selama setahun sebelum tarikh petisyen difailkan
- Mestilah terdapatnya penghakiman asal terlebih dahulu sebelum tindakan bankrapsi difailkan






















