Saturday, February 16, 2013

Sunblock


Sekarang ni tengah berkobar pulak nak bagi nasihat pasal beauty beauty ni. So setelah difikir fikir topik ni yang paling penting untuk kaum wanita... Iaitu pemakaian tabir suria ataupun sunblock.

Ok kakak and adik adik semua, kita sekarang ni tinggal si Malaysia yg beriklimkan khatulistiwa (erk! Ada yg tak tahu apa khatulistiwa ke? For sure Ianya bukan makanan ye). Suhu kadang kadang boleh jadi sangat panas, so tak payahlah kita dok berangan yg kalau kulit kita terdedah kat matahari kulit kita akan jadi tan and cantik macam JLo sebab for sure kita memang tak akan jadi cantik macam dia. Sebaliknya nasib tak baik, kulit kita akan jadi seperti kulit Oprah Winfrey...

Ok pernah tak kita nampak kulit orang yang tiba tiba macam ada tompok hitam bulat bulat kat muka? Itu namanya jeragat ye... orang yang kulit cerah yang selalu kena. Tapi ada juga yang sawo matang and gelap ada jeragat..

Nak tahu tak kenapa kita boleh dapat jeragat ni? Jawapannya kerana kulit kita terdedah kat matahari terlalu lama. Jeragat tak boleh hilang ye, cuma boleh dipudarkan sedikit. So sebelum kita ada tompok 50 sen kat muka, baiklah kita cuba untuk mencegahnya.

Apa caranya? Mulai sekarang belajar belajarlah pakai sunblock ye... Yg ada spf tu... Paling kurang 20 spf. Tolonglah apply setiap kali kita nak keluar rumah. Its a must !!!!!Tak nak pakai bedak pun takpe tapi sunblock adalah satu kemestian!

Akak sebenarnya pernah guna macam macam sunblock, tapi yang paling akak suka yang jenis dalam gambar di atas sebab spf dia tinggi and dia lightweight tak pekat macam kita tepek jenis lotion... So far result dia memuaskan hati.. Muka akak taklah banyak jeragat, bolehlah..

Terdapat banyak pilihan sunblock pasaran. Pilihlah yang terbaik iaitu yang tak akan buat muka allergic and tumbuh jerawat..... Satu lagi sila cari sunblock yang khusus untuk muka bukannya badan!

Selamat mencuba!!

No comments:

Post a Comment

Nuffnang Ads