Saturday, March 8, 2014

MISTERI KEHILANGAN PESAWAT MH370




Salam, selamat bercuti dan berholiday kepada semua yang bercuti pada hari ini....

Pagi ni bila akak tersedar dari tiduq, bukak tibi, dapat berita yang salah satu kapal terbang milik MAS MH370 telah hilang..........zassssssss!!!!! rasa nak jatuh jantung ni bila cek dengaq. Walaupun tak ada saudara mara yang terlibat, tetapi sebagai salah seorang rakyat Malaysia, akak rasa berita ni adalah yang paling shocking selain daripada berita murahan Hanez Suraya dan Mr R.

Kapal terbang MH370 tersebut berlepas pada pukul 12 lebih malam semalam, dan dijangka sampai ke China pada pagi tadi.....tapi sebelum sampai kapal terbang telah didapati hilang dan tidak dapat dikesan. Misteri sungguh!!!

Pedulikan kisah sindir menyindir Chef Wan terhadap Nasi Lemak yang disediakan dalam kapal terbang MAS, kita semua tak dapat menafikan bahawa harga tiket kapal terbang MAS adalah sedikit mahal daripada AIR ASIA dan mungkin disebabkan itu perkhidmatan yang disediakan adalah lebih berkualiti daripada pesaing pesaingnya....

Akak selalu dengar kalau kawan kawan akak nak ke luar negara, mesti akan cakap macam ni..."alah, aku tak mampu nak naik MAS mahal....aku mampu naik AIR ASIA je....so bila akak dengaq berita MH 370 hilang akak pun jadi lost...........apa?????? Lebih mengharukan terdapat 239 penumpang dan 12 anak kapal....di dalam pesawat tersebut...

Oh tuhan, di waktu ini kita semua patut berdoa kepada tuhan agar pesawat tersebut selamat, penumpang penumpang di dalamnya selamat,....Seperti yang dimaklumkan, juruterbang pesawat tersebut adalah seorang yang amat berpengalaman, Pengalaman beliau membawa kapal terbang adalah selama 18,365 jam. Beliau juga telah memulakan kerjaya dengan MAS semenjak 1981 lagik....... (Fuyoooooo!!! lama tu.......)

Tujuan akak menulis ni nak menasihati anda semua pembaca blog ini agar jangan mengeruhkan keadaan dengan memuat naik berita berita yang tidak benar di Facebook, Twitter mahupun media masa lain yang konon kononnya kapal terbang ini dah terhempas, dah dijumpai secara rahsialah dan lain lain lagi.....fikirkan keluarga mangsa mangsa yang terlibat......biarlah berita yang mereka dapat adalah berita yang sahih daripada pihak yang berkuasa dan bukannya daripada kita yang pandai pandai meramal apa apa yang kita sendiri tak tahu kebenarannya........


Wallahualam.....


Wajah Fariq Abdul Hamid pembantu juruterbang MH370, bergambar dengan wartawan CNN minggu lepas

No comments:

Post a Comment

Nuffnang Ads