Sunday, October 23, 2016

Segalanya Berkenaan Kebangkrapan dan Muflis (Part 1)

Salam.... kebelakangan ini Kak Ratu banyak dapat email berkenaan prosiding kebankrapan dan berkenaan status muflis....so demi pembaca blog ini, akk kongsikan sedikit prosedur-prosedur yang perlu dibuat oleh si peminjam (digelar sebagai "Plaintif") setakat artikel ini ditulis pada 23.10.2016.

Gelaran gelaran terpakai di kertas/suratcara Mahkamah....

Pemberi Pinjaman/Bank = "Plaintif /Judgment Creditor"
Si Peminjam = "Defendan/Judgment Debtor"

Ok first step...Apabila Plaintif berjaya mendapatkan penghakiman (perintah Mahkamah) ke atas Defendan bagi jumlah melebihi RM30,000 (beserta faedah) dan Defendan gagal membuat bayaran dalam tempoh masa yang ditetapkan, pihak Plaintif selalunya akan meneruskan dengan tindakan kebankrapan. Perlu diingati bahawa tindakan saman perlu difailkan terlebih dahulu dan setelah penghakiman diperolehi terhadap defendan barulah prosiding bankrupsi boleh dimulakan terhadap beliau...

Satu lagi, mungkin hutang asal anda RM20,000 tetapi setelah dikira secara keseluruhan termasuk faedah dan jumlahnya sudah melebihi RM30,000 tindakan bankrapsi juga sudah boleh dimulakan terhadap uollssss.....so hati hati.....

Second step.....apabila tindakan kebankrapan sudah difailkan di Mahkamah, gelaran "Plaintif" akan bertukar menjadi "Pemiutang Penghakiman"/(JC). Manakala Defendan akan jadi "Penghutang Penghakiman" / (JD).

JC akan memfailkan Notis Kebankrapan. Sebaik sahaja Notis Kebankrapan tersebut telah dimeterai oleh Mahkamah, undang2 memperuntukkan supaya Notis Kebankrapan ini diserahkan secara kediri dimana JC kena serahkan Notis tersebut melalui tangan kepada JD sendiri.

Sekiranya JC gagal menyerahkan Notis tersebut secara kediri, makanya JC kena meminta perintah Mahkamah untuk sampaikan Notis tersebut secara penyampaian ganti iaitu dengan menampal sesalinan notis di pintu premis, di papan maklumat Mahkamah dan juga disiarkan di surat khabar.

Notis Kebankrapan ini mempunyai tempoh masa sah selama 3 bulan sahaja dari tarikh pemfailan.
Jika tempoh sah Notis telah hampir tamat dan Notis belum berjaya disampaikan, maka JC perlu buat permohonan di Mahkamah untuk lanjutan masa.

Sebaik sahaja menerima Notis, JD hendaklah terus berhubung dgn pihak JC atau pihak peguam untuk mengelakkan dari tindakan kebankrapan diteruskan. Jika perlu lawan, maka lawan terus lawan! Maksudnya jika uolls tak puas hati dengan jumlah ataupun cara Notis kebangkrapan diserahkan, maka dinasihatkan anda melantik peguam untuk membantah perkara tersebut...

Tetapi sekiranya  Notis telah diserahkan dan JD tidak berbuat apa2, maka dalam tempoh lebih kurang 14 hari atau 21 hari (bergantung pada perintah) dari tarikh notis disampaikan, maka JD dianggap telah melakukan Perbuatan Kebankrapan (act of bankruptcy- AOB). Apabila JD telah melakukan perbuatan kebankrapan, JC mempunyai masa selama 6 bulan dari tarikh AOB untuk failkan Petisyen Pemiutang.

Nantikan Part 2 berkenaan Petisyen Pemiutang ye uollsss.......tak sempat Kak Ratu nak tulis malam ni.......

Apa apa pertanyaan sila email Kak Ratu di adibahashak@gmail.com



Saturday, August 27, 2016

Remaja 18 tahun bernikah dengan Janda 42 tahun..dari mata kasar Kak Ratu

Ok biar akk clear the water pasal posting ni.....berita yg tengah meletop pasal budak lelaki berumur 18 thn menikah dgn janda 42 thn tu...ramai yg kata akk pertikaikan jodoh yg Allah tetapkan..please jangan salah faham ye...yes betul jodoh tu Allah tetapkan..cakap banyak terkena kat batang hidung sendiri baru tahukan? Betul tu........

Jangan salah faham uolls....maksud akk yg sebenarnya adalah berkenaan umur budak tu...dia br 18 thn, BUKANNYA 25 OR 30 TAHUN... kalau dia dah 25 tahun ke atas dan dia memilih nak menikah dengan wanita umur 60 tahun sekalipun...itu akk x halang and x pelik coz dia dah matang dan boleh bezakan yg baik dan yg buruk.. bab hati dan perasaan ni kita tak boleh nak halang...ada lelaki yg  nak pasangan perempuan muda tapi ada pulak yg suka yg tua sebab perempuan berumur ni selalunya caring caring ala ala mak mak..tambah tambah lagi yg dah ada anak lima...mesti pengalaman dia banyak membela manusia manusia....haha...

Tapi apa yg akk rasa x lojiknya apabila budak tu br berusia 18 tahun? Kemonlah...cinta sangat pun biarlah dia reached umur 20 plus...and honestly kalau akk di pihak wanita tersebut mesti akan pikir 80x sebelum buat keputusan untuk menikah dengan dia walaupun akk cintakan dia separuh mati ...bukannya apa...akk kasihan kan dia, tak tahu macam mana masa depan dia nak berdepan masyarakat kerana memilih masa depan yg sebegitu...mampukah dia sayangkan akk lagi sekiranya akk dah 60 thn bongkok tp di ketika itu dia baru 30 tahun??? Masa tulah dia dia akan nampak ramai lg perempuan perempuan muda dan berkata...ohhh tuanya isteri aku sekarang....tu jer......tp yelah jodoh Allah yg tetapkan....kita doakan yg terbaik untuk pasangan ini...

Kembali berblogging

SALAM SEJAHTERA SEMUA......

Ampun beribu ribu ampun sebab ahkak menyepi dah nak dekat lebih setahun... semenjak kembali berkecimpung dalam bidang guaman ahkak memang sibuk....ke mahkamah sana sini satu Malaysia...al maklumlah akk buat kes kes kemalangan...mana ada tuntutan insurans berkenaan kemalangan di situlah uolls boleh jumpa muka akk.....hhahhahha

Ahkak juga nak mintak maaf sekiranya banyak persoalan undang undang tak dapat jawapan daripada ahkak.... sebabnya ahkak lama tak view blog ahkak ni....tak sompek......kesian uolls kan?
Aduhai semoga segala permasalahan uolls telahpun selesai dan menemui jalan penyelesaian....

Oklah...InsyaAllah akan akan aktif semula sekiranya diizinkan tuhan..... oh ye...kalau uolls ada pertanyaan yg urgent antara hidup dan matilah omputeh kata....hahahha tolong add ahkak kat FB sebab ahkak sangat aktif di sana......setiap hari 2-3 posts.... maka silalah addlah ahkak kat FB:

"Ahkak Ratu Adib Ishak" - sila search nama ni di FB....

Ok uolls nantikan latest post ahkak pasal...
Terima Notis Kebangkrapan daripada Mahkamah.....apa nak buat???


Bye....

Thursday, October 22, 2015

Jangan jadi Wanita Lembek!

Tajuknya jangan jadi perempuan lembek!

Walaupun akk anak tunggal and style cam mak datin sikit tapi ai telah dididik untuk jadi tabah kental and kuat semangat.. Sampai ada orang kata akak garang. Tambah lagi kalau akak kendalikan perbicaraan dan soal saksi. Kalau tak macamana akk boleh survived tanpa parents and siblings selama ni? Yes i have husband tp i tak rely 100% on him to do everything for me! X suka nak menyusahkan dia all the time.. Bantu selagi yg termampu..In fact one of my parents dah x ada 2-3 thn sebelum akak kawen. Boipren pun x dak masa tu..Arwah abah bekas tentera. Katanya Kalau nak fikir semua masalah dengan hanya duduk meratap dan menangis mengenang masalah diri samada dari segi kerjaya, kesihatan or keluarga x kan menyelesaikan masalah.. Menangis boleh tapi jangan meleret mengenang nasib diri..Rimas!! Cuba bangun dan cari solusi.. Cuba cakap dengan akak siapa yg takde masalah dalam dunia ni?? Akk kalau cerita problem akk mau uolls akan sujud syukur rasa bertuahnya uolls x de masalah macam akk! Be strong and be tough! x suka dengan orang yang lemah..Solat dan doa jangan tinggal, yakin 100% dengan kuasa Allah! Rezeki, jodoh dan ajal hanya Allah yang tentukan..

Tujuan akk tulis ni bukan nak mintak pujian, cuma nak uolls dengar cakap akak, bangun! Jangan asik nak fikir negative je... Be positive! Life goes on! Yang penting kita bantu orang yg dlm kesusahan, rajin bersedekah, jangan berdengki dan jangan suka aniaya makhluk Allah yg lain..itu sahaja kunci kalau nak dapat jiwa yg tenang.. InsyaAllah

P/s: am sure TMJ pun ada problem tau nak fikir nak kaler apa rambut dia hari ni? Blond? Brunette or pink?

Sunday, October 11, 2015

YA AMPUNNNNNN!!!!!! Lama x hapdet......

Salam Uolls,

Ampun ya dah bersarang spider dinasour blog ahkak ni.....

Kesian sungguh dengan readers yang ada masalah tapi akak tak reply reply....

Rasa bersalah sebab tak dapat menolong uolls yang dalam kesusahan....

Kerjaya akak sebagai seorang Pn Peguam memang super duper busy sayang.....


InsyaAllah akan akk cuba hidupkan kembali blog ni walaupun tak dapat nak reply ASAP

Sapa sapa yang ada urgent problem tu silalah request friend akak kat FB sebab akak aktif Ber FB....

Maaf Ye sekali lagik.....



Sunday, June 15, 2014

KEMBALI MENJADI PUAN PEGUAM

Salam uolls,

Rasa rasanya sapa sapa yang follow blog akak ni tahu yang akak dah bersara menjadi Pn Loyar dalam tahun 2012......lepas dah berbelas belas tahun menjadi peguam, akak mendapat tawaran untuk join sebuah kampeni insuran ni......bukan jual insuran ye tapi koroje kat dalam tu.......

Sebenarnya cita cita akak nak menjadi Peguam bermula daripada akak sekolah rendah lagi....bila cikgu tanya besar nak jadi apa? Akak konpiden gila jawab "saya nak jadi Peguam cikgu"....relakkk je jawab....masa tu ingat jadi Peguam best gila, glamer gila....tetapi selepas berbelas tahun berkecimpung dalam bidang tu....hambek!!! Boleh gugur rambut!!

Bila dapat satu kes kita kena baca semua dokumen yang ada kat dalam fail tu, semuaaaaa..........lepas tu kena advise klien, sediakan kertas kerja, bina kes untuk perbicaraan.....macamana tak mereng macam tu? Akak dulu sampai nak tido pun masih fikirkan pasal kes kes yang akak kendalikan.....OMG!


Maaflah gambo lama.......cuba uolls tengok fail fail akak masa jadi loyar dulu.......ni kira sikit tau....satu hari boleh dapat 3-4 file untuk perbicaraan


Akak 3-4 tahun lepas....kurus kan? hahhahhahahh..busy kemain....sampai tudung pun senget.....seriously memang busy dik......nak layan klien lagi, nak layan boss lagik.....hahhahhaha

So sapa kata jadi loyar glamour? Maybe for the first few years glamerlah....orang tanya kerja apa? owh....saya Peguam, pakai baju hitam putih ke sana sini.....tambah lagi kalau pakai blazer hitam tu.....berebut rebut makcik makcik nak buat menantu.....ahakssss

Tetapi!!!!!

Bila dah masuk 5-6 tahun.....perasaan loya a.k.a nak muntah hijau pun timbul......tak tahan uolls......pressure, stress dan lain lain lagi.......masa tu berangan "bestnya kalau dapat join corporate world, gaji besar, banyak benefits, glamour and boleh pakai baju kaler kaler....."




Gambar masa akak kerja kat kampeni......badan naik macam di pam pam....hahhahaha.....seronok kerja kampeni ni.......tak perlu fikir pasal orang lain, kita buat kerja kita je.....tambah tambah lagi kampeni yang akak kerja ni sangat menerapkan nilai nilai Islam dalam setiap perbuatan kami....so Alhamdulillah walaupun sekejap banyak nilai nilai murni yang akak dapat di sini........Rakan sekerja akak (bukan Soo Wincci) pun semuanya baik baik.....

Tetapi.......akak rasa memang tuhan telah takdirkan akak untuk menjadi seorang Peguam....sebab dari kecik nak jadi peguam, arwah mak ayah pun sangat bangga bila akak menjadi seorang peguam......mungkin masin doa mereka berdua, akak rasa nature akak memang lebih kepada khidmat masyarakat ni.....sebab tulah akak kembali menulis blog yang dah lama bersawang ni.....akak rasakan masyarakat kita masih belum didedahkan dengan undang undang......bila sebut pasal undang undang, mahkamah semua naik bulu roma..........

Setelah berfikir panjang akak rasa sememangnya akak seorang yang suka menegakkan keadilan dan mempunyai kebebasan bersuara......prinsip akak tidak sesuai dipraktikkan di syarikat akak bekerja.......so akak rasa its better for me to make a comeback........dan menerima hakikat bahawasanya akak sememangnya ditakdirkan untuk membantu masyarakat dan bukannya berkhidmat hanya untuk sesebuah organisasi sahaja.......


Maka, akhirnya akak membuat keputusan untuk menjadi Puan Peguam kembali....... Doakan akak ye.......



Gambar ni akak ambil semasa akak kendalikan kes rayuan di Mahkamah Rayuan di Istana Kehakiman Putrajaya......dan guess what??? akak menang kes....

Terima kasih sebab sudi baca kisah akak ni...untuk adik adik yang bercita cita nak jadi Peguam tu teruskan usaha anda.....memang dulu selalu kita dengar orang kata...jadi peguam masuk neraka.....oh tuhan! mana depa dapat perumpamaan macam tu......di zaman Nabi Muhammad S.A.W sendiri ada sistem keadilan yang mana ada hakimnya, ada tukang penegak undang undangnya....kalau tidak takkan ada sistem undang undang syariah dalam agama Islam sendiri....cuba bayangkan hidup kita ni tiada wakil yang boleh mewakili kita menegakkan kebenaran....tak salah pun dituduh salah......

Haru birukan jadinya???

Wallahualam.....



Shokubutsu Spa Day Out


Hi uolls,

Pernah dengar pasal mandian Shokubutsu tak? Alah yang selalu keluar iklan kat tv tu.......

Baru baru ni akak telah dijemput untuk menghadiri "Shokubutsu Spa Day Out"yang bertempat di Villa Manja Spa di Jalan Tun Razak.......Best you..........yelah untuk akak yang memang tak pernah mendekati dunia spa ni.....first time dapat treatment teruja habis.....hahhahhahha

Oklah, sebelum akak bercerita dengan lebih panjang, akak nak tanya uolls sikit....apakah yang dimaksudkan dengan Shokubutsu?? yelah selama ni tahu guna je kan?? maksud nya langsung tak tahukan???

Shokubutsu dalam bahasa Jepun membawa maksud tumbuh tumbuhan......bukan makanan ye.....hahhahhaha. Shokubutsu juga merupakan sebuah jenama yang menggunakan tumbuhan sebagai bahan aktif pembersih....so tak yah risau kut kut ada DNA *tut* *tut* dalam tu.......hahhahaha!

Dalam erti kata lain juga, status halal produk Shokubutsu tidak boleh diragukan...tambahan pula ianya mendapat STATUS HALAL daripada JAKIM Malaysia.....tu dia......la ni memang penting status HALAL ni dik......maklumlah kan ramai umat Islam di Malaysia ni. Oh ya! syarikat pengeluar sabun mandian Shokubutsu ni merupakan Syarikat Lion Malaysia....selain cecair mandian, Shokubutsu juga menghasilkan sabun mandi dan juga sabun cecair pencuci tangan.

Oklah, berbalik kepada jemputan ke Villa Manja Spa, Shokubutsu sebenarnya buat majlis ini semata mata untuk meraikan pemenang pemenang peraduan "Manjakan Dirimu Bersama Shokubutsu" yang pernah dijalankan dengan kerjasama Majalah Penerbitan Kumpulan Karangkraf, MIDI dan Seri Dewi Keluarga di sekitar awal tahun ni.

Hadiahnya?

Pakej Spa yang merangkumi sesi urutan relaxation, urutan hot stone, scrub badan, terapi mata serta mandian relaxation yang menggunakan siri mandian dunia terkemuka Shokubutsu dan seluruh pakej bernilai RM599 di Vila Manja Spa Kuala Lumpur (Vila Manja Spa - klik sini )

Bertemakan "Kebebasan Alami, Setiap Hari Dengan Shokubutsu" pemenang dan uools semua boleh merasai sendiri aroma dan kebaikan tradisi mandian terkenal daripada Jepun, Bali dan Timur Tengah.....setiap hari okey......sekiranya uolls menggunakan siri mandian ini every day....

So wanita wanita dan lelaki lelaki yang berkerjaya....cara untuk menghilangkan kepenatan, balik rumah sila mandi menggunakan mandian ini....dijamin best!!!!!




Akak Ratu bergambar tak hengat dunia......hahhahha! memandangkan nature pekerjaan akak yang sangat stress ini, akak centakan mandian yang berwarna purple, so head to toe semua kena kaler purple okey!


Variasi produk mandian "World Famous Bathing Series":
a) Ohsen Therapy (purple) ramuan istimewanya Mineral Ohsen dan Hinoki Cypress dan kebaikkannya adalah untuk mengembalikan tenaga melalui kekayaan kandungan mineral kolam air panas. Hinoki Cypress pula merupakan pohon yang biasa digunakan dalam penghasilan kolam mandi air panas di Jepun yang berupaya melegakan tekanan harian dan membantu pernafasan
b) Balinese Escape (hijau) yang mana ramuan istimewanya adalah frangipani dan sweet basli. Dua bahan ini dapat merannsangkan dan aroma terapinya yang hebat untuk menyerlahkan lagi kecantikan luaran di samping memberikan anda ketenangan dan kedamaian yang sepenuhnya
c) Oriental Charm (merah) yang mana mengandungi orange peel dan goji yang mana fungsinya dapat melegakan dan menyegarkan. Ianya juga membantu anti penuaan.

Boleh didapati dalam pek 3 saiz....pek botol 220 ml - RM6.50, pek isian 500 ml - RM7.95 dan pek botol 650 ml - RM14.90



Upacara pembukaan oleh Cik Fara Nazri, wakil Syarikat Lion, pengeluar Shokubutsu


Perlancaran majlis di antara bos bos syarikat pengeluar Shokubutsu dan juga pemilik spa Vila Manja Spa Pn Mary

Pemenang pemenang peraduan dan juga blogger blogger sensasi abad ini....termasuk akak.....muarghahahhahha!

Yang ni wartawan wartawan dari majalah majalah terbitan Karangkraf...hebat hebat diaorang uolls....editor Hijabista pun ada

Ni antara dekorasi dalaman spa.....best you....yang berenang renang tu ikan ye bukan buaya....kalaulah Iman ikut ni mau dia main lompat lompat kat batu tu....


calming and soothing.....rasa nak tidur je bila masuk dalam spa ni....
akak dengar retis retis pun datang sini....antaranya Azwan Ali.....hahhahhah kerlaszzzz!!!





Muka muka keriangan kanak kanak ribena bila menang salah satu game yang dianjurkan


Yang ni Kak Rohaya....ahli terapi spa a.k.a tukang urut akak.......sambil dia urut sempat dia bebel....."kerasnya badan kau dik".......hahhahhahhahha biasalah kak....dulu i ahli sukan lontar peluru....6 pax badan.....hahhahhahah....

Pakar pakar spa di Vila Manja Spa.....Sumpah! diaorang ni memang hebat....


Pn Melissa (boss Southern Lion) dan Pn Mary Anne pemilik spa...Pn Mary ni sebijik muka mak mertua akak....cantik uolls.....walaupun dah nak dekat 60 tahun.....hasil berspa katanya...


Dah penat men "spa" kan orang kan.....mestilah berhak dapat free gift jugak.....

Oklah uolls, jangan lupa nak mencuba mandian terbaru ni......sangat berbaloi baloi.....akak sekarang kalau kat opis tak sabar sabar nak balik rumah semata mata nak mandi menggunakan mandian Shokubutsu terbaru ni......uolls pulak bagaimana????

Sooooooooo jooooooommmmmmm SHOKUBUTSU!!!!!!

Sunday, June 1, 2014

PEMBAHAGIAN HARTA PUSAKA UNTUK MUSLIM. FARAID, WASIAT ATAUPUN HIBAH?

Assalamualaikum,

Berkurun rasanya akak tak update blog kan? 

Maklumlah MALAS + TAKDE IDEA = SENGAL........hahhahhaha

Tengah hari tadi berboraklah dengan seorang Peguam Syarie ni....adalah dia cerita sikit sikit pasal harta pusaka untuk orang Islam ni....so akak fikir why not akak buat satu entry pasal post ni kan....Boleh kita semua belajar dan luaskan ilmu....Akak zaman belajar dulu  pun ada belajar sikit sikit pasal Pembahagian Harta secara Islam ni...sesiapa yang memang ada masalah pasal pembahagian pusaka ni boleh email kat akak...nanti akak cuba dapatkan maklumat untuk uolls....


Kalau cerita pasal harta pusaka ni dari zaman dulu sampailah sekarang ianya memang  satu topik yang sangat sangat hangat.....ada orang tu sampai bertetak tetak sesama adik beradik semata mata berebutkan harta sekangkang kera milik arwah ayah ........

MasyAllah!!!! sedihnya.......harta kita tak bawak masuk dalam kubur yang oiiiii............so bawak mengucap banyak banyak.....

Oklah, untuk mengelakkan akak merapu lebih lebih....jom akak cerita beza antara faraid, wasiat dan hibah.....kalau ada tersilap fakta maaf ye.....

Maksud Faraid:
(Kredit kepada Laman Web USM (KLIK SINI) )



"Berdasarkan istilah syarak, Faraid adalah pembahagian harta seorang Islam yang telah meninggal dunia sama ada beliau meninggalkan wasiat atau tidak sebelum kematiannya. Maka harta peninggalannya akan dibahagikan kepada ahli warisnya (seperti  anak, isteri, suami, ibu, dll), menurut hukum Islam" 


a) Please ingat satu perkara ye....

" MESTILAH HARTA SEORANG ISLAM YANG TELAH MENINGGAL DUNIA"

Kalau masih hidup sistem faraid tak terpakai ye....jangan memandai nak pi Pejabat Agama mintak sijil faraid dikeluarkan sedangkan bapak kita hidup lagi tengah relaks kat rumah tengok ASTRO.......anak derhaka tu namanya....hahhahhahha

b) Harta yang dibahagikan kepada ahli waris adalah baki harta yang ditinggalkan setelah ditolak  segala pembiayaan pengurusan jenazah, hutang pewaris (zakat, nazar dll) dan juga wasiat yang dibenarkan syarak iaitu 1/3 daripada jumlah harta

Sekiranya pewaris semasa hidupnya ada buat/bagitahu uolls wasiat bahawa "abah nak bagi 1/3 daripada harta abah kepada si polan si polan tu".... Uolls kena tolak wasiat 1/3 tersebut bersama sama jumlah hutang hutangnya  terlebih dahulu. Selepas tu barulah pembahagian secara faraid terhadap waris boleh dimulakan.

c) Bentuk harta yang boleh dibahagikan secara Faraid ialah: 

  1. Tanah 
  2. Bangunan (rumah). 
  3. Barang kemas (emas, perak dll). 
  4. Insurans dan Wang tunai (sama ada dilaburkan atau tidak). 
  5. Binatang ternakan seperti kambing, lembu, unta, kerbau dll.


d) Sekiranya waris yang berhak untuk mendapat faraid sudahpun diwasiatkan untuk menerima harta 1/3 oleh si mati, beliau tidak boleh lagi menuntut untuk bahagian faraidnya pula.....dah jadi double claim pulak.....mana aci......hehhehheheh....

Maksud Wasiat (Untuk orang Islam)

Merujuk kepada Enakmen Wasiat Orang Islam 1999, wasiat membawa maksud:

Ertinya iqrar seseorang yang diperbuat pada masa hayatnya ke atas hartanya atau manfaat untuk menyempurnakan sesuatu bagi maksud kebajikan atau apa-apa maksud yang dibenarkan menurut Hukum Syarak, selepas dia mati.

Faham kan? maksudnya seseorang tu berikrar dihadapan saksi saksi bahawa dia hendak berbuat sesuatu terhadap hartanya selepas dia tiada....contohnya macam nak wakafkan tanah, nak sedekah duit kat anak yatim , bla bla.....

TETAPI

Wasiat yang dibenarkan oleh syarak hanyalah setakat 1/3 dari jumlah harta. 

HATI HATI YE>>>> HANYA 1/3.....sayang macamana pun kita kat isteri muda kita, dia hanya boleh diberi wasiat sebanyak 1/3 sahaja daripada harta kita....sekiranya lebih....waris waris boleh memfailkan contest/pertikaikan wasiat tersebut di Mahkamah/Pejabat Agama

Sekali lagi akak nak ingatkan....

KALAU UOLLS DAH TERIMA WASIAT, UOLLS DAH TAK BOLEH TERIMA PEMBAHAGIAN HARTA SECARA FARAID

Ingat tu!!!!!!! Jangan nak tamak.....

Ada pulak yang menanya...

"Kak nak tanya sikit, kalau bapak saya nak bagi juga lebih daripada 1/3 harta melalui wasiat....takkan saya nak tolak kak??"

Boleh, sapa kata tak boleh.....TETAPI waris waris lain kena setuju ye......kalau tak........... depa boleh pertikaikan pasal ni di Mahkamah........

Konklusinya......

Semasa penulisan Wasiat, pewasiat boleh menyatakan hasrat dan kehendaknya dalam pembahagian harta pusaka tetapi selepas kematiannya, waris-waris mempunyai hak mereka terhadap harta pusaka pewasiat mengikut Faraid. Sekiranya mereka bersetuju untuk membahagikan harta pusaka mengikut kehendak Pewasiat, maka pembahagian akan dijalankan mengikut Wasiat (Persetujuan Waris).Sekiranya ada di kalangan waris yang tidak bersetuju dengan pemberian yang dibuat dalam Wasiat, mereka berhak mendapat hak mereka mengikut Faraid. 

Kredit kepada blog Pintar Pusaka klik sini

Maksud Hibah
Kredit kepada anizyn.blogspot.com klik sini

Hibah ialah suatu akad mengandungi pemberian milik seseorang secara sukarela terhadap hartanya kepada seseorang yang lain pada masa hidupnya tanpa balasan (iwad). Hibah diberi atas dasar kasih sayang sesama manusia.

Hibah dibolehkan sama ada kepada ahli keluarga (waris) atau bukan ahli keluarga, hatta kepada bukan Islam. Islam juga tidak menetapkan kadar atau had tertentu bagi harta yang hendak dihibahkan kerana harta yang hendak dihibahkan daripada milik pemberi hibah.

Terpulanglah kepada pemberi hibah membuat pertimbangan terhadap kadar harta yang ingin dihibahkan. Walaupun begitu, jika harta hendak dihibahkan kepada anak-anak, Islam menggalakkan ia dibuat secara adil.

Dalam erti kata lain ianya merupakan "Hadiah" dan dibuat semasa Pewaris masih hidup......cuma ada rukun dan syarat syarat yang perlu diikuti seperti:

  • pemberi hibah (al-Wahib); 
  • penerima hibah (al-Mawhub lahu); 
  • barang atau harta yang dihibahkan (al-Mawhub) 
  • sighah iaitu ijab dan kabul. 


Senang cerita...tak payah bergaduh gaduh...suka hatilah mak pak kita nak bagi harta dia kepada sapa sapa yang dia suka.....

So akak harap uolls semua dapat fikir secara rasional apa yang perlu dibuat terhadap harta harta uolls bagi mengelakkan pergaduhan antara waris waris sekiranya kita tiada nanti......

Apa apa pun Hukum Allah perlu diikuti....bukannya hukum yang kita cipta sendiri....

Kalau akak sendiri, akak akan pilih hibah......

Wallahuallam....














Saturday, May 24, 2014

LAMA TAK BERBLOGGING

HI Uolls,

Apa khabar semua? rasanya macam dah berkurun tak berblogging....selalunya every week mesti tangan ni gatal je nak menaip.....yelah, betul jugak kata kata sesetengah orang yang kalau nak menulis even for topic yang mengarut  pun mesti nak kena ada idea...

Masalahnya otak aklak blank......tak dak mood nak taip....tak dak mood nak tengok lap top.....pokok pangkalnya semua tak dak mood.....



Tapi mood makan still ada.......hahhahhaha

"Lamb Chop satu!!!!!

Masalahnya akak tak kurus macam perempuan ni...and i hate vegetables


Oh ya,  walaupun akak lama tak menulis ramai jugak yang still dok baca blog ni dan followwwww..........

Terima kasih uolss....*sambil buat tangan macam Miss World*



Ada reader suruh akak tulis pasal Hanez Suraya saman MAS pulak, tapi sorrylah...akak tak berminatlah nak tulis pasal minah tu lagi....

Akak rasa cerita pasal dia tak dak classsssss...........

Akak jugak dapat banyak email tanya pasal tu pasal ni......especially pasal undang undanglah.....

One thing for sure, akak akan  cuba jawab masalah uolls.....kesian dik, walaupun kadang kadang masalah akak sendiri pun tak settle........

Akak percaya kalau akak tolong orang satu hari nanti orang akan tolong akak pulak....InsyaAllah....


So enough for today sebab akak masih tak dak idea.....tapi kalau uolls ada idea nak akak tulis pasal apa bolehlah bagi cadangan ye.....akan ku usahakan buat research... dan bagi penyelesaian dan jawapan untuk masalah uolls tu.....

Bubye.....


Nuffnang Ads