Sunday, June 15, 2014

KEMBALI MENJADI PUAN PEGUAM

Salam uolls,

Rasa rasanya sapa sapa yang follow blog akak ni tahu yang akak dah bersara menjadi Pn Loyar dalam tahun 2012......lepas dah berbelas belas tahun menjadi peguam, akak mendapat tawaran untuk join sebuah kampeni insuran ni......bukan jual insuran ye tapi koroje kat dalam tu.......

Sebenarnya cita cita akak nak menjadi Peguam bermula daripada akak sekolah rendah lagi....bila cikgu tanya besar nak jadi apa? Akak konpiden gila jawab "saya nak jadi Peguam cikgu"....relakkk je jawab....masa tu ingat jadi Peguam best gila, glamer gila....tetapi selepas berbelas tahun berkecimpung dalam bidang tu....hambek!!! Boleh gugur rambut!!

Bila dapat satu kes kita kena baca semua dokumen yang ada kat dalam fail tu, semuaaaaa..........lepas tu kena advise klien, sediakan kertas kerja, bina kes untuk perbicaraan.....macamana tak mereng macam tu? Akak dulu sampai nak tido pun masih fikirkan pasal kes kes yang akak kendalikan.....OMG!


Maaflah gambo lama.......cuba uolls tengok fail fail akak masa jadi loyar dulu.......ni kira sikit tau....satu hari boleh dapat 3-4 file untuk perbicaraan


Akak 3-4 tahun lepas....kurus kan? hahhahhahahh..busy kemain....sampai tudung pun senget.....seriously memang busy dik......nak layan klien lagi, nak layan boss lagik.....hahhahhaha

So sapa kata jadi loyar glamour? Maybe for the first few years glamerlah....orang tanya kerja apa? owh....saya Peguam, pakai baju hitam putih ke sana sini.....tambah lagi kalau pakai blazer hitam tu.....berebut rebut makcik makcik nak buat menantu.....ahakssss

Tetapi!!!!!

Bila dah masuk 5-6 tahun.....perasaan loya a.k.a nak muntah hijau pun timbul......tak tahan uolls......pressure, stress dan lain lain lagi.......masa tu berangan "bestnya kalau dapat join corporate world, gaji besar, banyak benefits, glamour and boleh pakai baju kaler kaler....."




Gambar masa akak kerja kat kampeni......badan naik macam di pam pam....hahhahaha.....seronok kerja kampeni ni.......tak perlu fikir pasal orang lain, kita buat kerja kita je.....tambah tambah lagi kampeni yang akak kerja ni sangat menerapkan nilai nilai Islam dalam setiap perbuatan kami....so Alhamdulillah walaupun sekejap banyak nilai nilai murni yang akak dapat di sini........Rakan sekerja akak (bukan Soo Wincci) pun semuanya baik baik.....

Tetapi.......akak rasa memang tuhan telah takdirkan akak untuk menjadi seorang Peguam....sebab dari kecik nak jadi peguam, arwah mak ayah pun sangat bangga bila akak menjadi seorang peguam......mungkin masin doa mereka berdua, akak rasa nature akak memang lebih kepada khidmat masyarakat ni.....sebab tulah akak kembali menulis blog yang dah lama bersawang ni.....akak rasakan masyarakat kita masih belum didedahkan dengan undang undang......bila sebut pasal undang undang, mahkamah semua naik bulu roma..........

Setelah berfikir panjang akak rasa sememangnya akak seorang yang suka menegakkan keadilan dan mempunyai kebebasan bersuara......prinsip akak tidak sesuai dipraktikkan di syarikat akak bekerja.......so akak rasa its better for me to make a comeback........dan menerima hakikat bahawasanya akak sememangnya ditakdirkan untuk membantu masyarakat dan bukannya berkhidmat hanya untuk sesebuah organisasi sahaja.......


Maka, akhirnya akak membuat keputusan untuk menjadi Puan Peguam kembali....... Doakan akak ye.......



Gambar ni akak ambil semasa akak kendalikan kes rayuan di Mahkamah Rayuan di Istana Kehakiman Putrajaya......dan guess what??? akak menang kes....

Terima kasih sebab sudi baca kisah akak ni...untuk adik adik yang bercita cita nak jadi Peguam tu teruskan usaha anda.....memang dulu selalu kita dengar orang kata...jadi peguam masuk neraka.....oh tuhan! mana depa dapat perumpamaan macam tu......di zaman Nabi Muhammad S.A.W sendiri ada sistem keadilan yang mana ada hakimnya, ada tukang penegak undang undangnya....kalau tidak takkan ada sistem undang undang syariah dalam agama Islam sendiri....cuba bayangkan hidup kita ni tiada wakil yang boleh mewakili kita menegakkan kebenaran....tak salah pun dituduh salah......

Haru birukan jadinya???

Wallahualam.....



Shokubutsu Spa Day Out


Hi uolls,

Pernah dengar pasal mandian Shokubutsu tak? Alah yang selalu keluar iklan kat tv tu.......

Baru baru ni akak telah dijemput untuk menghadiri "Shokubutsu Spa Day Out"yang bertempat di Villa Manja Spa di Jalan Tun Razak.......Best you..........yelah untuk akak yang memang tak pernah mendekati dunia spa ni.....first time dapat treatment teruja habis.....hahhahhahha

Oklah, sebelum akak bercerita dengan lebih panjang, akak nak tanya uolls sikit....apakah yang dimaksudkan dengan Shokubutsu?? yelah selama ni tahu guna je kan?? maksud nya langsung tak tahukan???

Shokubutsu dalam bahasa Jepun membawa maksud tumbuh tumbuhan......bukan makanan ye.....hahhahhaha. Shokubutsu juga merupakan sebuah jenama yang menggunakan tumbuhan sebagai bahan aktif pembersih....so tak yah risau kut kut ada DNA *tut* *tut* dalam tu.......hahhahaha!

Dalam erti kata lain juga, status halal produk Shokubutsu tidak boleh diragukan...tambahan pula ianya mendapat STATUS HALAL daripada JAKIM Malaysia.....tu dia......la ni memang penting status HALAL ni dik......maklumlah kan ramai umat Islam di Malaysia ni. Oh ya! syarikat pengeluar sabun mandian Shokubutsu ni merupakan Syarikat Lion Malaysia....selain cecair mandian, Shokubutsu juga menghasilkan sabun mandi dan juga sabun cecair pencuci tangan.

Oklah, berbalik kepada jemputan ke Villa Manja Spa, Shokubutsu sebenarnya buat majlis ini semata mata untuk meraikan pemenang pemenang peraduan "Manjakan Dirimu Bersama Shokubutsu" yang pernah dijalankan dengan kerjasama Majalah Penerbitan Kumpulan Karangkraf, MIDI dan Seri Dewi Keluarga di sekitar awal tahun ni.

Hadiahnya?

Pakej Spa yang merangkumi sesi urutan relaxation, urutan hot stone, scrub badan, terapi mata serta mandian relaxation yang menggunakan siri mandian dunia terkemuka Shokubutsu dan seluruh pakej bernilai RM599 di Vila Manja Spa Kuala Lumpur (Vila Manja Spa - klik sini )

Bertemakan "Kebebasan Alami, Setiap Hari Dengan Shokubutsu" pemenang dan uools semua boleh merasai sendiri aroma dan kebaikan tradisi mandian terkenal daripada Jepun, Bali dan Timur Tengah.....setiap hari okey......sekiranya uolls menggunakan siri mandian ini every day....

So wanita wanita dan lelaki lelaki yang berkerjaya....cara untuk menghilangkan kepenatan, balik rumah sila mandi menggunakan mandian ini....dijamin best!!!!!




Akak Ratu bergambar tak hengat dunia......hahhahha! memandangkan nature pekerjaan akak yang sangat stress ini, akak centakan mandian yang berwarna purple, so head to toe semua kena kaler purple okey!


Variasi produk mandian "World Famous Bathing Series":
a) Ohsen Therapy (purple) ramuan istimewanya Mineral Ohsen dan Hinoki Cypress dan kebaikkannya adalah untuk mengembalikan tenaga melalui kekayaan kandungan mineral kolam air panas. Hinoki Cypress pula merupakan pohon yang biasa digunakan dalam penghasilan kolam mandi air panas di Jepun yang berupaya melegakan tekanan harian dan membantu pernafasan
b) Balinese Escape (hijau) yang mana ramuan istimewanya adalah frangipani dan sweet basli. Dua bahan ini dapat merannsangkan dan aroma terapinya yang hebat untuk menyerlahkan lagi kecantikan luaran di samping memberikan anda ketenangan dan kedamaian yang sepenuhnya
c) Oriental Charm (merah) yang mana mengandungi orange peel dan goji yang mana fungsinya dapat melegakan dan menyegarkan. Ianya juga membantu anti penuaan.

Boleh didapati dalam pek 3 saiz....pek botol 220 ml - RM6.50, pek isian 500 ml - RM7.95 dan pek botol 650 ml - RM14.90



Upacara pembukaan oleh Cik Fara Nazri, wakil Syarikat Lion, pengeluar Shokubutsu


Perlancaran majlis di antara bos bos syarikat pengeluar Shokubutsu dan juga pemilik spa Vila Manja Spa Pn Mary

Pemenang pemenang peraduan dan juga blogger blogger sensasi abad ini....termasuk akak.....muarghahahhahha!

Yang ni wartawan wartawan dari majalah majalah terbitan Karangkraf...hebat hebat diaorang uolls....editor Hijabista pun ada

Ni antara dekorasi dalaman spa.....best you....yang berenang renang tu ikan ye bukan buaya....kalaulah Iman ikut ni mau dia main lompat lompat kat batu tu....


calming and soothing.....rasa nak tidur je bila masuk dalam spa ni....
akak dengar retis retis pun datang sini....antaranya Azwan Ali.....hahhahhah kerlaszzzz!!!





Muka muka keriangan kanak kanak ribena bila menang salah satu game yang dianjurkan


Yang ni Kak Rohaya....ahli terapi spa a.k.a tukang urut akak.......sambil dia urut sempat dia bebel....."kerasnya badan kau dik".......hahhahhahhahha biasalah kak....dulu i ahli sukan lontar peluru....6 pax badan.....hahhahhahah....

Pakar pakar spa di Vila Manja Spa.....Sumpah! diaorang ni memang hebat....


Pn Melissa (boss Southern Lion) dan Pn Mary Anne pemilik spa...Pn Mary ni sebijik muka mak mertua akak....cantik uolls.....walaupun dah nak dekat 60 tahun.....hasil berspa katanya...


Dah penat men "spa" kan orang kan.....mestilah berhak dapat free gift jugak.....

Oklah uolls, jangan lupa nak mencuba mandian terbaru ni......sangat berbaloi baloi.....akak sekarang kalau kat opis tak sabar sabar nak balik rumah semata mata nak mandi menggunakan mandian Shokubutsu terbaru ni......uolls pulak bagaimana????

Sooooooooo jooooooommmmmmm SHOKUBUTSU!!!!!!

Sunday, June 1, 2014

PEMBAHAGIAN HARTA PUSAKA UNTUK MUSLIM. FARAID, WASIAT ATAUPUN HIBAH?

Assalamualaikum,

Berkurun rasanya akak tak update blog kan? 

Maklumlah MALAS + TAKDE IDEA = SENGAL........hahhahhaha

Tengah hari tadi berboraklah dengan seorang Peguam Syarie ni....adalah dia cerita sikit sikit pasal harta pusaka untuk orang Islam ni....so akak fikir why not akak buat satu entry pasal post ni kan....Boleh kita semua belajar dan luaskan ilmu....Akak zaman belajar dulu  pun ada belajar sikit sikit pasal Pembahagian Harta secara Islam ni...sesiapa yang memang ada masalah pasal pembahagian pusaka ni boleh email kat akak...nanti akak cuba dapatkan maklumat untuk uolls....


Kalau cerita pasal harta pusaka ni dari zaman dulu sampailah sekarang ianya memang  satu topik yang sangat sangat hangat.....ada orang tu sampai bertetak tetak sesama adik beradik semata mata berebutkan harta sekangkang kera milik arwah ayah ........

MasyAllah!!!! sedihnya.......harta kita tak bawak masuk dalam kubur yang oiiiii............so bawak mengucap banyak banyak.....

Oklah, untuk mengelakkan akak merapu lebih lebih....jom akak cerita beza antara faraid, wasiat dan hibah.....kalau ada tersilap fakta maaf ye.....

Maksud Faraid:
(Kredit kepada Laman Web USM (KLIK SINI) )



"Berdasarkan istilah syarak, Faraid adalah pembahagian harta seorang Islam yang telah meninggal dunia sama ada beliau meninggalkan wasiat atau tidak sebelum kematiannya. Maka harta peninggalannya akan dibahagikan kepada ahli warisnya (seperti  anak, isteri, suami, ibu, dll), menurut hukum Islam" 


a) Please ingat satu perkara ye....

" MESTILAH HARTA SEORANG ISLAM YANG TELAH MENINGGAL DUNIA"

Kalau masih hidup sistem faraid tak terpakai ye....jangan memandai nak pi Pejabat Agama mintak sijil faraid dikeluarkan sedangkan bapak kita hidup lagi tengah relaks kat rumah tengok ASTRO.......anak derhaka tu namanya....hahhahhahha

b) Harta yang dibahagikan kepada ahli waris adalah baki harta yang ditinggalkan setelah ditolak  segala pembiayaan pengurusan jenazah, hutang pewaris (zakat, nazar dll) dan juga wasiat yang dibenarkan syarak iaitu 1/3 daripada jumlah harta

Sekiranya pewaris semasa hidupnya ada buat/bagitahu uolls wasiat bahawa "abah nak bagi 1/3 daripada harta abah kepada si polan si polan tu".... Uolls kena tolak wasiat 1/3 tersebut bersama sama jumlah hutang hutangnya  terlebih dahulu. Selepas tu barulah pembahagian secara faraid terhadap waris boleh dimulakan.

c) Bentuk harta yang boleh dibahagikan secara Faraid ialah: 

  1. Tanah 
  2. Bangunan (rumah). 
  3. Barang kemas (emas, perak dll). 
  4. Insurans dan Wang tunai (sama ada dilaburkan atau tidak). 
  5. Binatang ternakan seperti kambing, lembu, unta, kerbau dll.


d) Sekiranya waris yang berhak untuk mendapat faraid sudahpun diwasiatkan untuk menerima harta 1/3 oleh si mati, beliau tidak boleh lagi menuntut untuk bahagian faraidnya pula.....dah jadi double claim pulak.....mana aci......hehhehheheh....

Maksud Wasiat (Untuk orang Islam)

Merujuk kepada Enakmen Wasiat Orang Islam 1999, wasiat membawa maksud:

Ertinya iqrar seseorang yang diperbuat pada masa hayatnya ke atas hartanya atau manfaat untuk menyempurnakan sesuatu bagi maksud kebajikan atau apa-apa maksud yang dibenarkan menurut Hukum Syarak, selepas dia mati.

Faham kan? maksudnya seseorang tu berikrar dihadapan saksi saksi bahawa dia hendak berbuat sesuatu terhadap hartanya selepas dia tiada....contohnya macam nak wakafkan tanah, nak sedekah duit kat anak yatim , bla bla.....

TETAPI

Wasiat yang dibenarkan oleh syarak hanyalah setakat 1/3 dari jumlah harta. 

HATI HATI YE>>>> HANYA 1/3.....sayang macamana pun kita kat isteri muda kita, dia hanya boleh diberi wasiat sebanyak 1/3 sahaja daripada harta kita....sekiranya lebih....waris waris boleh memfailkan contest/pertikaikan wasiat tersebut di Mahkamah/Pejabat Agama

Sekali lagi akak nak ingatkan....

KALAU UOLLS DAH TERIMA WASIAT, UOLLS DAH TAK BOLEH TERIMA PEMBAHAGIAN HARTA SECARA FARAID

Ingat tu!!!!!!! Jangan nak tamak.....

Ada pulak yang menanya...

"Kak nak tanya sikit, kalau bapak saya nak bagi juga lebih daripada 1/3 harta melalui wasiat....takkan saya nak tolak kak??"

Boleh, sapa kata tak boleh.....TETAPI waris waris lain kena setuju ye......kalau tak........... depa boleh pertikaikan pasal ni di Mahkamah........

Konklusinya......

Semasa penulisan Wasiat, pewasiat boleh menyatakan hasrat dan kehendaknya dalam pembahagian harta pusaka tetapi selepas kematiannya, waris-waris mempunyai hak mereka terhadap harta pusaka pewasiat mengikut Faraid. Sekiranya mereka bersetuju untuk membahagikan harta pusaka mengikut kehendak Pewasiat, maka pembahagian akan dijalankan mengikut Wasiat (Persetujuan Waris).Sekiranya ada di kalangan waris yang tidak bersetuju dengan pemberian yang dibuat dalam Wasiat, mereka berhak mendapat hak mereka mengikut Faraid. 

Kredit kepada blog Pintar Pusaka klik sini

Maksud Hibah
Kredit kepada anizyn.blogspot.com klik sini

Hibah ialah suatu akad mengandungi pemberian milik seseorang secara sukarela terhadap hartanya kepada seseorang yang lain pada masa hidupnya tanpa balasan (iwad). Hibah diberi atas dasar kasih sayang sesama manusia.

Hibah dibolehkan sama ada kepada ahli keluarga (waris) atau bukan ahli keluarga, hatta kepada bukan Islam. Islam juga tidak menetapkan kadar atau had tertentu bagi harta yang hendak dihibahkan kerana harta yang hendak dihibahkan daripada milik pemberi hibah.

Terpulanglah kepada pemberi hibah membuat pertimbangan terhadap kadar harta yang ingin dihibahkan. Walaupun begitu, jika harta hendak dihibahkan kepada anak-anak, Islam menggalakkan ia dibuat secara adil.

Dalam erti kata lain ianya merupakan "Hadiah" dan dibuat semasa Pewaris masih hidup......cuma ada rukun dan syarat syarat yang perlu diikuti seperti:

  • pemberi hibah (al-Wahib); 
  • penerima hibah (al-Mawhub lahu); 
  • barang atau harta yang dihibahkan (al-Mawhub) 
  • sighah iaitu ijab dan kabul. 


Senang cerita...tak payah bergaduh gaduh...suka hatilah mak pak kita nak bagi harta dia kepada sapa sapa yang dia suka.....

So akak harap uolls semua dapat fikir secara rasional apa yang perlu dibuat terhadap harta harta uolls bagi mengelakkan pergaduhan antara waris waris sekiranya kita tiada nanti......

Apa apa pun Hukum Allah perlu diikuti....bukannya hukum yang kita cipta sendiri....

Kalau akak sendiri, akak akan pilih hibah......

Wallahuallam....














Saturday, May 24, 2014

LAMA TAK BERBLOGGING

HI Uolls,

Apa khabar semua? rasanya macam dah berkurun tak berblogging....selalunya every week mesti tangan ni gatal je nak menaip.....yelah, betul jugak kata kata sesetengah orang yang kalau nak menulis even for topic yang mengarut  pun mesti nak kena ada idea...

Masalahnya otak aklak blank......tak dak mood nak taip....tak dak mood nak tengok lap top.....pokok pangkalnya semua tak dak mood.....



Tapi mood makan still ada.......hahhahhaha

"Lamb Chop satu!!!!!

Masalahnya akak tak kurus macam perempuan ni...and i hate vegetables


Oh ya,  walaupun akak lama tak menulis ramai jugak yang still dok baca blog ni dan followwwww..........

Terima kasih uolss....*sambil buat tangan macam Miss World*



Ada reader suruh akak tulis pasal Hanez Suraya saman MAS pulak, tapi sorrylah...akak tak berminatlah nak tulis pasal minah tu lagi....

Akak rasa cerita pasal dia tak dak classsssss...........

Akak jugak dapat banyak email tanya pasal tu pasal ni......especially pasal undang undanglah.....

One thing for sure, akak akan  cuba jawab masalah uolls.....kesian dik, walaupun kadang kadang masalah akak sendiri pun tak settle........

Akak percaya kalau akak tolong orang satu hari nanti orang akan tolong akak pulak....InsyaAllah....


So enough for today sebab akak masih tak dak idea.....tapi kalau uolls ada idea nak akak tulis pasal apa bolehlah bagi cadangan ye.....akan ku usahakan buat research... dan bagi penyelesaian dan jawapan untuk masalah uolls tu.....

Bubye.....


Thursday, May 1, 2014

PENYEWA TAK BAYAR SEWA RUMAH? APA TINDAKAN TUAN RUMAH?



Salam,

Oh tuhan!!!! dugaan betul nak tulis kali ni........dah karang panjang panjang tiba tiba terdelete...teruih akak rasa otak akak blank kejap...rasa nak pitam pun ada.....nasib baik ada asben kat sebelah boleh jadi tukang sambut......

The question is.....larat ke dia nak sambut akak?????......hahhahhhahha

Tetapi disebabkan dah lama tak update blog, nak tak nak akak gigihkan juga...hehhehhe...takut uolls merajuk...terus tak nak follow lagik.....

Sedih tau......hihihihihi..

Oklah hari ni akak nak tulis pasal masalah yang sering dialami oleh kita....apabila penyewa rumah kita dah nak dekat 5-6 bulan buat muka derk/selamba je....tak bayar bayar sewa rumah.....kalau ikutkan hati....

"Nak je aku lesing(sikukan) mamat ni......"

"Aku campak keluar barang barang yang ada dalam rumah tu baru padan muka...."

Hehhehhehe.....Samseng Kg Dususn....

Tetapi!!!

Jangan buat lagu tu cek oi......silap silap uolls yang kena tangkap kerana menceroboh rumah orang....lepas tu dituduh pulak cuba mencuri......

Apasal pulak? rumah tu rumah ai, suka hati ailah....

Kak....betul rumah tu you yang punya, tapi harta benda kat dalam tu bukan you punya.....kalau you ambil barang milik orang lain bukankah mencuri namanya tu???

Cuba fikir elok elok....

So, apa nak buat??? dahlah  6 bulan tak bayaq sewa rumah....deposit pulak cuma untuk 3 bulan je....lagi 3 bulan pulak macamana? 

Pening.......pening....

Don't worry uolls, ada 2 cara uolls boleh buat sebenarnya......senang je...tapi one thing for sure/yang pastinya uolls kenalah dapatkan kebenaran mahkamah dulu sebelum sibuk nak campak keluar barang barang penyewa tu dari rumah uolls....

Alah...mahkamah lagi....kena amik loyar lagi....

Alang alang menyeluk perkasam biarlah sampai ke pangkal lengan....

Yelah, korang duduk di dalam negara yang bertamadun...so kenalah follow undang undang kan???? Mana boleh ikut fikiran sendiri...

Oklah, sebenarnya ada 2 akta undang undang yang deal / berurusan dengan bab bab tak bayar sewa rumah ni:

a) Specific Relief Act 1950

Yang ni memberikan kembali pemilikan sepenuhnya rumah yang disewa kepada tuan rumah.....uolls kena apply kat court dulu untuk dapatkan perintah....agak leceh dan agak meleret leret sebab bukannya senang nak halau orang keluar dari rumah kan?

Kawan akak dulu sampai terpaksa mintak tolong satu balai polis untuk datang untuk menghalau keluar penyewa yang tak reti reti nak  pindah keluar walaupun mahkamah dah arahkan beliau untuk berbuat sedemikian...penyewa tu siap bawak keluar parang, buldozer dan lain lain lagi.....

SIAPA YANG SEWA RUMAH SIAPA NI????

Hahhahhahha........

b) Distress Act 1951

Proses dibawah akta ni lebih senang dan murah, yang mana uolls hanya perlu suruh peguam uolls failkan permohonan di mahkamah untuk mendapatkan perintah merampas harta benda si penyewa untuk dilelong bagi mencover jumlah sewa yang gagal dibayar...permohonan ni boleh difailkan oleh sebelah pihak sahaja iaitu uolls lah...x perlu nak inform penyewa....kalau dia tahu nanti jadi cerita lain pulak...lari tengah malam...

Bila mahkamah dah keluarkan perintah kebenaran terhadap permohonan uolls, staff mahkamah yang dipanggil "Bailiff" akan menjalankan tugas tugas merampas, menaksir dan melelong barang barang si penyewa. Kebiasaanya selepas taksiran dibuat, notis akan dikeluarkan terhadap penyewa untuk menjelaskan jumlah hutang yang tertunggak. Sekiranya gagal, harta yang dirampas akan dilelong dan duit hasil lelongan akan diberikan kepada tuan rumah.

Sekiranya terdapat duit lebihan hasil lelongan, ianya akan dipulangkan kepada penyewa tadi....

Keburukkan tindakan ini pulak apabila penyewa masih bebas tinggal di rumah tersebut walaupun hartanya bendanya telah dirampas dan dilelong....

Betterlah kan?? daripada tak dapat apa apa pun........rumah kita dah jadi macam Jabatan Kebajikan Masyarakat pulak...free of charge...pintu dapur berlubang....dinding rumah dah jadi macam kertas lukisan...

Tetapi sekiranya harta telah dirampas dan dilelong, si penyewa tadi masih buta hati dan tinggal dalam rumah sewa kita, uolls bolehlah try memohon perintah mahkamah untuk pemilikan penuh terhadap rumah anda tersebut seperti yang dinyatakan di item (a) di atas....

Dalam erti kata lain.....

"U...................... please get out from my house now!!!!!!!"

Hahhahahaha...brutal.....

Akak harap uolls fahamlah dengan penjelasan akak di atas.......

Kalau ada apa apa boleh email kat kakadib75@gmail.com

Bubye....





Sunday, April 20, 2014

ANDA DIISYTIHARKAN BANKRUP / MUFLIS....ADAKAH DUNIA ANDA SUDAH BERAKHIR?


Hi uolls,

Akak sebenarnya susah nak tidur sejak dua menjak ni.....terutamanya apabila menerima beberapa email daripada pembaca pembaca yang meluahkan masalah mereka kepada akak....

Yelah, sebagai manusia dan bukannya robot, sudah tentulah perasaan simpati sedikit sebanyak ada di dalam diri ini....

Tiba tiba rasa nak nyanyi lagu "KALAU AKU KAYA........"

Hahahhahhhahhaha!!!! Gurau jer......but seriously akak memang simpati dengan uolls.....

Antara masalah yang paling berat sekali adalah apabila ada di antara pembaca pembaca  yang sedang berada di dalam proses:

  • hendak dibankrapkan oleh si pemberi hutang 
  • ada jugak yang tak tahu langsung yang sebenarnya mereka telahpun dibankrapkan, sehinggalah bila mereka nak melakukan transaksi di bank, tiba tiba akaun dibekukan (freeze) dan duit tidak boleh dikeluarkan
Dikesempatan ini akak nak mengambil peluang untuk menerangkan kepada uolls macamana seseorang itu boleh menjadi bankrap dan macamana nak handle keadaan bila anda sudahpun dibankrapkan.....

kasi uolls faham sikit sikit so takdelah nanti muka tu jadi blur....rasa masa depan dah gelap sampai nak terjun bangunan.....

Untuk pengetahuan uolls, "BANKRUP / MUFLIS" boleh terjadi dalam dua situasi:

  1. Apabila orang yang bagi uolls hutang tu memohon kepada mahkamah untuk membankruplkan uolls. 
  2. Uolls sendiri memohon untuk dimufliskan. Selalunya apabila uolls dah tak tahan lagi dengan gangguan gangguan yang dibuat oleh si pemiutang....contoh:  ejen bank duk bertungku tangga kat depan rumah kita sibuk nak mintak hutang.....cuma dia tak simbah cat merah je...

P/S: Si Pemiutang = Pihak yang memberi hutang (Bank ke, Company ke)
       Si Penghutang = Pihak yang berhutang (kitalah sapa lagi)

Tetapi sebelum dibankrapkan,  terdapat syarat syarat yang perlu dipatuhi:
  • jumlah hutang uolls mestilah melebihi RM30,000. Yang ni kena hati hati.....walaupun jumlah hutang uolls kurang daripada RM30,000 TETAPI sekiranya dicampur tolak interest jumlah keseluruhan sudah mencapai RM30,000.....tindakan bankrapsi boleh diambil terhadap anda
  • jumlah hutang mestilah sesuatu yang boleh dinilai (ascertainable). Contoh terbaik adalah hutang berbentuk duit
  • uolls tak bayaq hutang sekurang kurangnya 6 bulan sebelum Notis Bankrupsi difailkan
  • Mesti tinggal di Malaysia selama setahun sebelum tarikh petisyen difailkan
  • Mestilah terdapatnya penghakiman asal terlebih dahulu sebelum tindakan bankrapsi difailkan 
Apabila syarat syarat di atas telah dipenuhi, Si Pemiutang akan memfailkan satu notis di  mahkamah terhadap uolls. Notis tersebut namanya " Notis Kebankrapan" ataupun dalam bahasa omputehnya dikenali sebagai "Bancruptcy Notice"

Satu perkara yang uolls kena ingat, bankrupsi ni merupakan salah satu perlaksanaan/execution penghakiman terhadap kegagalan uolls mematuhi arahan Mahkamah untuk membayar hutang terhadap penghakiman asal....

Belit macam ularkan ayat di atas? hahhahahahha

Tadi tu akak cakap Jerman, dalam bahasa melayu ceritanya macam ni Cik Kiah,

Bank ABC dah failkan saman terhadap Abu untuk menuntut bayaran hutang membeli kereta sebanyak RM40,000. Mahkamah A dalam penghakimannya memutuskan bahawa Abu dikehendaki menjelaskan hutangnya sebanyak RM40,000 tersebut kepada Bank ABC. Walaubagaimanapun, selepas 6 bulan masih tiada bayaran dibayar oleh Abu. Bank ABC pun fed up, so apa lagi depa faillah satu permohonan lagi untuk melaksanakan perintah Mahkamah A tadi. Permohonan tulah yang dipanggil Notis Kebankrapan....

Boleh faham tak penerangan akak??

Akak nak bagitahu uolls satu secret ye......

Secretlah sangatkan???? Hahahhahhahhaha

RAHSIANYA ADALAH.......JENG JENG JENG..........

Mahkamah amat strict dengan kes kes yang berkaitan bankrapsi ni...yelah, ianyakan  membabitkan masa depan orang ramai..... 

Peguam yang failkan Notis ni kena pastikan bahawa semua  prosedur berkenaan Notis Kebangkrapan seperti yang ditetapkan dalam Akta hendaklah dipatuhi dengan tegas. Contohnya, cara cara penyerahan dan kiraan hutang terkini. Tempoh sah serah Notis bankrupsi  hanyalah untuk 3 bulan sahaja. Sekiranya gagal diserahkan seperti yang diarahkan, permohonan untuk lanjutan/extension hendaklah dipohon kepada mahkamah....sekiranya gagal notis akan terbatal dan permohonan baru hendaklah difailkan...

Sekiranya terdapatnya kecacatan / kesilapan dalam penyerahan notis ataupun kiraan hutang terkini juga, uolls juga boleh memfailkan permohonan di court untuk mengenepikan tindakan bankrapsi tersebut....

Dun worry, anda mempunyai hak okey!!! 

So sebab itulah akak nak nasihatkan uolls, sekiranya ada tindakan bankrupsi terhadap uolls (sekiranya mampu) sila rujuk kepada yang pakar....iaitu Peguam....orang yang tahu nak cek samada prosedur prosedur yang ditetapkan oleh Mahkamah hanyalah Peguam sahaja, bukan pakcik ataupun saudara mara kita yang konon kononnya lagi teror dari loyar.....

Ni akak nak tegur sikit....dulu masa akak jadi loyar, ramai klien yang sibuk nak tunjuk eksen dengan mengatakan "saya ada sedara yang keje mahkamah kata kes ni bla bla bla....."

Hello! kalau sedara uolls tu lagi teror dari loyar yang memang korojenya memang tidur baring kat lantai mahkamah tu, baik uolls lantik je SEDARA yang konon kononnya tahu itu ini jadi loyar uolls....tak semua loyar menipu...kami pun tahu halal dan haram...

Geram akak gerammmmmmm...........

Hahahahhahha! sorry, mak memang suka emo........

Sekiranya uolls dah masuk ke lembah kemuflisan (bahasa akak sendiri...maafkan saya Dewan Bahasa Dan Pustaka).......fail uolls akan dipegang oleh Jabatan Insolvensi Malaysia. Depa ni merupakan salah satu pihak yang terlibat sekiranya Notis Kebangkrapan difailkan terhadap uolls...segala urusan hutang dan harta milik uolls akan diuruskan oleh Jabatan Insolvensi ni...teluslah terhadap Jabatan Insolvensi ni....sebabnya jabatan ni sangat prihatin dalam memberi bantuan khidmat nasihat kepada sesiapa sahaja yang sudah/belum diisytiharkan bankrap....

Sekiranya anda sudahpun diisytiharkan bankrup, dan dalam tempoh tertentu anda membayar hutang anda secara teratur (dalam tempoh yang ditetapkan), anda juga boleh memohon kepada Jabatan Insolvensi untuk mendischargekan/mengeluarkan nama anda daripada senarai orang yang dibankrapkan......(tertakluk kepada syarat syarat yang ditetapkan)

Jangan risau ye sayang....dunia masih belum berakhir.....ramai orang yang masih dapat meneruskan hidup dengan gembiranya walaupun sudah diisytiharkan bankrup....anda masih boleh bekerja.....hubungi Jabatan Insolvensi untuk penerangan lanjut......klik SINI

Oklah, akak harap posting akak ni sedikit sebanyak dapat melegakan hati uolls yang gundah gelana tu....

Bubbye......










Thursday, April 17, 2014

DIBENCI TETAPI DISAYANGI? KARPAL SINGH DALAM KENANGAN (1940 - 2014)



Hi uolls,

Sebenarnya akak ni dah start keje...so agak tak sempatlah nak update blog selalu....harap uolls faham...

Pagi tadi kita dikejutkan dengan berita kematian Mendiang Karpal Singh, salah seorang Peguam yang sangat terkenal di Malaysia dan juga di luar negara....

Mendiang juga dikenali sebagai salah seorang ahli poilitik terkenal mewakili parti pembankang iaitu DAP....

Harap uolls faham ye....apa yang akak nak tuliskan disini bukanlah berkenaan kisah kisah politik yang hot pernah ditimbulkan oleh Mendiang....akak tak minat nak mengulas...akak seorang Ratu uolls...i tak minat politik.....

Tetapi apa yang akak nak tulis di sini adalah story mory beliau semasa menjadi peguam dahulu...

Bagaimana beliau sangat dihormati di Mahkamah.......

Bagaimana sikap beliau sekiranya bertembung dengan orang awam....

Bagaimana tingginya pengetahuan beliau dalam bidang perundangan.....

For your information, keje as a lawyer ni bolehlah kita bahagikan kepada dua bahagian:


  • Bahagian pertama ialah apabila kita baru sahaja memulakan kerjaya sebagai Peguam (tempoh bekerja kurang daripada 7 tahun)
  • Bahagian kedua ialah apabila kita sudah boleh dikategorikan sebagai Peguam Senior ( tempoh bekerja 7 tahun ke atas)


Jika kita melihat kepada tempoh mendiang menjadi Peguam, sudah tentulah uolls dapat mengagak betapa super seniornya Mendiang....dan sudah tentu kedudukannya sebagai Peguam amatlah dihormati oleh kami kami yang baru setahun jagung ni mengendalikan kes...

Betapa hebatnya Mendiang Karpal Singh dapat dilihat daripada carabeliau mengendalikan kes...sekiranya kes beliau ditetapkan untuk perbicaraan....bilik perbicaraan akan penuh sepenuhnya dengan manusia.....bila dia start berhujah...semua akan senyap dan melopong....kebiasaannya hujah hujah yang dikemukakan amat bernas.......Hakim Hakim juga amat segan dan respect kepada beliau..pendek kata ....segala berkenaan undang undang hanya di hujung jari beliau sahaja.....

Akak jugak semasa menjadi peguam pernah banyak kali terserempak dengan Mendiang di bangunan Mahkamah Jalan Duta....beliau akan tersenyum dan menegur akak walaupun dia tak kenal siapa akak...

Walaupun akak tak pernah mempunyai kes secara personally dengan Mendiang Karpal Singh tetapi akak pernah berlawan kes dengan salah seorang peguam yang bekerja di syarikat beliau.....dek  kerana selalu berjumpa di Mahkamah, maka terjalinlah persahabatan antara akak dan Peguam tersebut......yang mana pada suatu hari akak pernah dijemput untuk ke pejabat milik Karpal Singh yang terltaknya di Jalan Pudu...seingat akak kejadian ini berlaku lebih kurang pada tahun 2004...

Akak off courselah sangat teruja apabila di ajak untuk singgah di pejabat milik seorang lawyer terkemuka...yelah nak masuk ke pejabat seorang Senior Lawyer yang sangat terkenal...sangkaan akak sudah tentu pejabatnya sangat modern dan canggih....

Tetapi,

Terperanjat badak akak apabila sampai, pejabatnya sangat simple....hanya rumah kedai....dipenuhi dengan buku undang undang dan fail fail yang tak teratur.....tidak ada lansung unsur unsur luxury/mewah  dalam susun atur pejabat tersebut....

Apa yang lebih memeranjatkan akak apabila pejabatnya juga dipenuhi oleh ramai orang.....semua bangsa ada....daripada bangsa Melayu sehinggalah ke bangsa Punjabi....semua tengah menunggu untuk dipanggil ...agak susah untuk pejabat peguam untuk mempunyai klien seramai itu....presumption/sangkaan akak pada masa tu........

"mmmm ramai klien tetapi kedekut...nak decorate opis cantik cantik pun tak nak..."

Seperti diketahui umum, akak kan Ratu lazer.....so mak soundlah kawan tadi...

"eh apalah boss u ni, femes bukan main, duit banyak..... ramai klien, tapi nak buat opis cantik cantik pun tak nak...."

Kawan akak jawab...."hello! u tahu tak boss i selalu buat pro bono untuk klien klien ni...kebanyakkan diaorang ni orang susah, nak bayar legal fee / yuran pun takde duit."

Sambil tu sempat pulak dia cakap...

"so u ingat gaji i tinggi ke???" Hahahhhahhahha....

Apa maksud PRO BONO uolls?

"Professional work undertaken voluntarily and without payment or at a reduced fees as a public service"

"Kerja kerja professional diambil secara sukarela dan tanpa bayaran ataupun dikurangi sebagai servis kepada masyarakat"

Seriously akak terperanjat......bayangkan seorang klien anda boleh charge sehingga RM10k ke atas....tetapi Mendiang bagi free??? ataupun bayaran yang murah untuk orang yang tak berkemampuan...

Daripada situ akak dah boleh faham kenapa begitu ramai orang mengagung agungkan Mendiang KARPAL SINGH...kenapa ramai orang meratapi kematian beliau walaupunt ramai juga membencinya...

YES! sebagai seorang Islam akak memang agak marah dengan tindakan Mendiang dengan lantangnya menentang Hudud.....katanya "Over My Dead Body"....

Tetapi adakah dengan  mempersendakan kematian dan mayat dia kita akan masuk syurga??

I DONT THINK SO......

Akak tak rasa ISLAM mengajar kita untuk berperangai sedemikian.......


Wallahuallam.....



Sunday, April 13, 2014

"AIR KANGEN" - PELIK TAPI BERKHASIAT

Hi,

Nak cerita satu story dengan uolls. Nak kongsi rahsia jugak....Ye lah, dulu arwah mak selalu pesan, kalau ada ilmu tu jangan kedekut....terutamanya ilmu bab bab kesihatan dan kecantikkan ni....

Apasal ketawa? Akak tahulah i ni tak secantik Lisa Surihani....tapi uolls jangan tak tahu dulu time akak moda moda ramai yang kata muka akak ada iras iras Zizzie Izzete.......

HAHHAHHAHHAHHAHAHHAHHAHHAHHA!!!!!!! statement tak boley belahkan??? sure uolls tengah terguling guling gelakkan akak kan??? .....

Hei!!! orang kata bahagian lubang hidung akak dengan dia yang sama tau....ukur lilit....

Oklah, berbalik semula kepada rahsia akak tadi.......

Dua tiga bulan sebelum ni akak ada masalah kesihatan sikit......teruk jugaklah sampai masuk sepital. Bila dah masuk hospital tu macam macamlah kena membebel dengan doktor.........

""u kena makan dengan cara yang betul........makanan tu pilih pilih sikit, banyakkan minum air kosong"

Yelah kan....akak ni spesis manusia yang tak sukakan ayaq masaq (bak kata orang utara).....akak tak boleh nak telan kalau minum air gitu gitu je.....selalu apa yang akak akan buat, akak akan perah limau kasturi or limau nipis ke kat dalam air tu....buat hilang bau......punyalah teruk kan?

Lagi satu story, at one time ni akak pernahlah berangan nak jadi Zizzie Izette balik.......so, belilah Herbalife...harga toksah ceritalah RM500 lebih....tetapi......penyudahnya jadi pameran kat dalam almari dapur......sebab utamanya kena minum berbotol botol air masak.....akak try minum air masak sebanyak mungkin untuk 3 hari, masuk hari kedua terus pening lalat, rasa badan kembang and kembung macam boya pun ye jugak.....hahhahhahha!

Kadang kadang jeles tenguk kawan kawan yang boleh minum berbotol botol air masak....yelahkan, bukan akak tak tahu kebaikkannya.....cuma memang tak boleh masuk dalam tekak ni...

2-3 minggu lepas Tiba tiba akak dapat panggilan daripada member lama, katanya nak datang rumah melawat akak......akak apa lagik, ok je.....bila dah jumpa tu macam macam ceritalah keluar.....rupa rupanya si mamat ni sekarang usahawan kecil..apa lagi sambil bercerita keluarlah segala barang barang bussiness dia kan......

hahhahhahhahha! takpelah, yang mana kita boleh support kita support kan?

Kawan akak ni sebenarnya tahu jugaklah serba sedikit masalah kesihatan akak ni....so dia cubalah usha satu barang ni dekat akak.....

Akak as usual cari alasan tak nak beli......

"Barang mahal akak tak mampu nak beli Pi"......hahhahhahhahha

"Eh kak, saya nak kasik free kat akak ni...akak try, kalau okey Alhamdulillah...."

Wah! bila dengar free je.....apa lagi....."Ha apo yang ekau nak bagi kat den tadi?"....hahhahhhaa.....terus offer nak, tadi bukan main eksen....

Terus dia keluarkan produk meniaga dia......

Ni "AIR KANGEN" kak.....

Mula mula dengar macam nak gelak pun ada.....Jawa sungguh bunyinya....

"Kak.....KANGEN tu bahasa Jepunlah...." ianya bermaksud "Kembali Kepada Asal". Sekiranya kita meminum AIR KANGEN setiap hari dalam jangka waktu yang lama, InsyaAllah tubuh kita akan kembali seperti keadaan tubuh orang orang tua dahulu yang mana kondisi kesihatan tubuh badan mereka yang amat baik sehingga sekiranya mereka jatuh sakit, sakit tersebut akan sembuh dengan sendirinya (Self Healing)"

Tak perlu nak telan ubat tu ubat ni banyak sangat....."

Produk ni kak, sangat terkenal di USA, yang mana ramai selebriti terkenal meminumnya......seperti BEYONCE, bla bla bla........



Lagiklah akak nak gelak....promosi kau dik.....kerlaszz......

"Eh kak, tak caya? sila Google "KANGEN WATER"......akak jangan terperanjat kalau akak nampak OBAMA pun minum air ni....

Hahhahhahhha....layanlah kan? Maka akak pun menggoogle..dan terjumpa website ni...

KANGEN WATER (sila klik)

Air Kangen ni  mempunyai molekul air yang tersangat kecil (micro cluster 3-5 molecul) dibandingkan dengan air biasa (16-20 molecul)...sebab tu ianya dapat diserapkan ke dalam tubuh dengan cepat dibandingkan dengan air biasa. Oleh kerana sifat molekulnya yang halus, ianya boleh meneutralkan asid dan sisa pembakaran dalam tubuh yang berasal daripada sisa makanan.

Dalam ertikata lain uolls, AIR Kangen ni boleh berfungsi sebagai detoxifikasi/ pembersihan kepada kekotoran yang ada dalam tubuh kita. Kandungan PH nya juga agak tinggi dibandingkan dengan air puteh biasa.





Antara kebaikkan-kebaikkannya adalah:


  • berkesan untuk mengurangkan kolestrol dan juga sakit sakit berkaitan saraf.
  • menghapuskan radikal radikal bebas dan mengaktifkan sel sel penting seperti DNA
  • merawat sel sel yang rosak (dengan kadar moleculnya yang tersangat kecil kadar serapan amat tinggi)
  • anti-oksidan yang tinggi baik untuk awet muda.....antioksidan yang 6-8 kali lebih kuat daripada sebijik epal. (yang ni akak suka!!!!hehhehe)
  • mengurangkan keletihan
  • kadar PH air yang tinggi bawah sikit daripada PH air zam zam 


Cuba uolls tengok gambar orang berpenyakit kulit ni....selepas minum dan sapu AIR KANGEN secara konsisten, sakit di alami pulih...




Tapi yang penting bagi akak rasanya sedap....tak plain dan payau macam air biasa.....yucks!

Bekas loyar macam akak kan....... mesti nak soal banyak banyak....sebabnya sekarang ni banyak produk yang kononnya boleh buat tu boleh buat ni....tapi at the end.....hampeh!!!!

Akak pun tanya lagik kat kawan akak, macamama air ni dihasilkan ye? Jawapannya, air ni diproses menggunakan mesin...proses enargiz ionizer....yang mana harga mesinnya boleh tahan jugaklah....kalau mampu tak salah beli...untuk kesihatan kita jugak...



Tetapi beli airnya dulu saja pun boleh....kalau dah rasa serasi, bolehlah beli mesin dia pulak.....

Cuba lihat gambar kat bawah ni.....yang ni salah satu contoh size botol yang uolls boleh beli......


Jenis jenis AIR KANGEN


Harga:

  • Drinking Water PH9.0 sebotol RM10 - 4 liter (Sesuai untuk diminum)
  • Alkaline Water PH11.5 sebotol RM20 - 4 liter (air ni sesuai untuk diminum, cuci mencuci - contoh guna untuk mencuci muka sebab tahap PH nya agak tinggi)


AIR KANGEN yang dibotolkan khusus untuk kecantikkan ni akak suka (rujuk gambar di atas). Lepas pakai akak rasa licin je muka...sama standard dengan SK11 yang dah bertahun akak guna tawwwww!!!!

Harga:
  • Strong Acidic water sebotol RM25 - sesuai untuk disemburkan ke luka dan jerawat..boleh menghapuskan bakteria 10ml
  • Beauty Water RM20 - 100ml -bertindak sebagai penyegar wajah, boleh mengecilkan pori pori, mencegah infeksi bakteria pada wajah dan juga boleh juga dijadikan perapi pada rambut
Sekiranya membeli Strong Acidic Water dan Beauty Water sekali, harga pakej adalah RM35.00...murahkan? Bayangkanlah khasiat yang dibekalkan oleh produk ini..


Apa lagi akak pun secara teratur setiap hari mula lah meminum AIR KANGEN ni.....Aalhamdulillah, rasanya pun sedap tak seteruk rasa air puteh, tapi yang pasti badan akak dah mula bertenaga tak lesu macam dahulu. Kulit akak yang dulu kusam pun dah semakin bercahaya (lagi statement perasankan???? hahhahhhaha!).

Suami akak pun amalkan minum air ni sejam sebelum sarapan pagi.....katanya lepas minum dia mesti nak ke tandas......Uish!!!! power betul kuasa detox dia.....

One thing for sure, akak akan cuba untuk consume air ni secara tetap........yelah, baru minum 2 -3 hari pun dah nampak perubahannya.... daripada akak beli air mineral berbotol botol tapi khasiat tak menentu....

Terlanjur air dicatu, apa kita terus order Air Kangen ni.....sangat sesuai digunakan untuk memasak dan juga membuat air minuman

Oklah, sekiranya uolls berminat bolehlah melawat FB En Mohd Saufi  / Pn Ina di  PENGEDAR AIR KANGEN  (sila klik) .....ataupun boleh menghubungi mereka di no. 0126211159 / 0166900763

Selamat mencuba!!!!

Friday, April 11, 2014

RAMPASAN TUDUNG TIRUAN FAREEDA DARI PERSPEKTIF UNDANG UNDANG. KEJAMKAH MAWAR FIZO?

Salam,

Baru baru ni kita dikejutkan dengan berita rampasan tudung tiruan Fareeda. Tokeynya Mawar, Isteri Fizo Omar tu.......tak kenai? takpe, takpe.....akak tahu uolls kenai akak je kan??? i kan femes...... hahhahhahha!

Uish...dasat......ramai yang memaki hamun si Mawar ni....katanya dahlah kaya lepas  tu berdengki nak tutup periuk nasik orang pulak!

Antara kata nista yang dilemparkan oleh orang ramai antaranya.....

Hei Paridah!!!!! Tudung ko tu bagus sangat ke? Dahlah jual mahal......lagi mau tamak, tak nak kongsi rezeki!...tudungnya pendek ya amat !!!!!!

Dahlah warna tudung macam warna cup cake mak tiri aku masak! Menyampah...

Akak sendiri pun bukanlah peminat tudung ni...x pernah beli yang original pun...sekali sekala pernah gak kutuk kawan kawan yang pakai.....hahhahhahhha

Tapi taste orang kan lain lain...suka hati uolls lah kan???


Sama tak kaler tudung paridah dengan cup cake ni???? Hahahhhahhaha....


Kelakar....akak pun kadang kadang tak faham orang boleh spent/belanja duit sampai beratus ratus semata mata nak beli tudung......for me lah kan, apa yang penting kita mesti pastikan yang tudung kita tu menutup aurat dan labuhnya mestilah menutupi dada...

Tapi kadang kadang akak terbabas jugak....terutama bila time pi pasar nak beli ikan....main sarung je kat kepala...

Tetapi, menyampah menyampah uolls pun kat pemilik tudung Fareeda ni, satu je soklan yang akak nak uolls fikir.....boleh tak si Mawar ni melaporkan kepada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) berkenaan berleluasanya penjualan tudung tiruan yang sebijik macam tudung asal milik syarikatnya?

Pembaca sekelian, kita janganlah berfikir sesuatu mengikut nafsu kita...bak kata orang tua, fikir dahulu sebelum berbicara, kaji baik dan buruknya...



Untuk pengetahuan uolls, akak ni kenal Mawar pun idak, beli tudung produk tu pun tak pernah...tapi akak rasa kebenaran perlu ditegakkan walaupun pahit untuk kita semua menerimanya....

So, Akak pun adalah sikit sikit baca pasal hak hak berkenaan "Intellectual Property" ni.....terutamanya undang undang berkaitan dengan kes tiru meniru ....

Niat akak satu je, ialah untuk mengajak uolls berfikir secara rasional.

Bolehkan MAWAR FIZO bertindak sedemikian? Sahkah tindakan beliau itu? Kenapa KPDNKK ikut je cakap Mawar untuk merampas tudung tudung  tersebut?

Untuk pengetahuan uolls, pemilik tudung Fareeda ni rupa rupanya telah mendaftar hak pemilikan paten terhadap tudung tudung keluaran syarikat mereka dengan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK).

Tak faham?

Ceritanya lebih kurang macam ni ye dik....

Uolls kenal Steve Jobs? Dialah yang hasilkan I Phone dan semua produk Apple kan?

Masih ingat lagi tak kes Apple saman Samsung? Salah satu sebabnya peniruan reka bentuk dan spesifikasi I Phone oleh Samsung?

Pasal apa Steve Jobs marah sangat?

Uolls tahu kan dari muda belia lagi Steve Jobs dah mengabdikan diri untuk mencipta  produk produk Apple termasuklah I Phone....tup tup esok lusa ada telepon yang rupa  sebijik macam tu.....  dijual  pulak menggunakan nama Samsung....

Kalau uolls marah tak? Ciptaan kita orang tiru sebijik sebijik? Kita ni sampai tak tido berhari hari nak cipta something yang special tup tup lepas jual ada pulak orang yang tiru patern kita tu and mengaku dia yang cipta.....

So.....sebab tulah si Mawar Fareeda ni mengamuk sakan....

Tak dapat dinafikan bahawa sebelum terciptanya tudung Fareedah ni, tak pernah pulak kita nampak orang pakai tudung sebijik rupa cup cake dalam gambar ni kan???? Lazatnyaaaa....hahhahahha.....



Tetapi Syarikat Tudung Fareeda ni cerdik....mendaftarkan paten tudung mereka ni dengan pihak yang berwajib.....tindakan ini juga sepatutnya diamalkan oleh pencipta pencipta muda yang berbakat di Malaysia ni kan? Tujuannya tak lain dan tak bukan adalah semata mata untuk melindungi  ciptaan/innovation mereka daripada ditiru oleh pihak pihak yang tidak bertanggungjawab.....

Apakah itu paten?

"Paten adalah hak eksklusif yang diberikan terhadap sesuatu rekacipta, samada suatu produk ataupun proses untuk menghasilkan cara baru bagi membuat sesuatu, ataupun untuk penyelesaian teknikal bagi sesuatu masalah. Paten dilindungi selama 20 tahun daripada tarikh pemfailan"

Dalam erti kata lain,

Syarikat tudung Fareeda selaku pemilik dan pereka paten tudung tersebut mempunyai hak sepenuhnya terhadap rekaan rekaan yang mereka hasilkan untuk tempoh 20 tahun!!!! DAN

Sapa sapa yang meniru rekaan tudung mereka, Syarikat Tudung Fareeda boleh membuat repot kepada KPDNKK...dan tindakan boleh diambil terhadap si peniru peniru tersebut!!!!

Sekarang uolls faham kan? Kenapa si Mawar isteri Fizo ni mengamuk sakan macam nak rak!!!!!Dia ada hak dari segi undang undang untuk berbuat sedemikian....

Walaupun tindakannya melaporkan perkara tersebut ke pihak berkuasa telah menyebabkan peniaga peniaga kecil terpaksa mengalami kerugian....

Tetapi, kita semua tidak dapat menafikan kenyataan bahawasanya rekaan asal tudung Syarikat Fareeda telah ditiru........

Sila ambil perhatian jugak, Syarikat Fareeda juga boleh menyaman individu yang meniru hak ciptaannya di mahkamah....

That's why, dari asal lagi akak dah nasihatkan uolls jangan terlalu emosional apabila berfikir dan bercakap........takut ianya akan memakan diri sendiri....

Dan..... semoga Mawar akan mengambil pengajaran daripada peristiwa ini......

Walaupun beliau berada di pihak yang benar....tutur katanya mesti dijaga...terutamanya apabila berhadapan dengan masyarakat...

Wallahualam.....

Selamat berhujung minggu.....









Nuffnang Ads