Tuesday, April 8, 2014

ACCIDENT PART 2 - MACAMANA NAK BUAT TUNTUTAN INSURAN SEKIRANYA TERCEDERA?

EK EK EKSIDENNNNNNNNN!!!!! A.K.A ACCIDENT



Salam......

Euwww! belum apa apa akak dah cerita soooo scary kan? Mintak dijauhkan tuhan kita semua di timpa kemalangan.....

Tapi bak kata Makcik Joyah kat sebelah rumah akak:

"Malang Tak Berbau" dib oii!!!!

Akak, as usual mulut laser pun menjawab.....Yelah acik oi....kalau berbau sure takkan berlakunya eksiden....kan???

Pas tu Makcik Joyah pandang akak semacam je.....tangan siap pegang cili api pulak tu........Hahhahah!

Ada gak yang nak kena tonyoh ni!!

Opps!! sorrylah akak mengarut jap....

Back to our story, katalah kan, uolls eksiden dan cedera...apa nak buat ye? boleh ke uolls nak saman orang yang langgar uolls tu?

Sebelum sibuk nak saman orang tu nak saman orang ni......ada beberapa perkara yang perlu yang dibuat....

a) Buat Polis Report

Yang ni wajib ye...no excuses....walaupun uolls cedera teruk sampai tak boleh bergerak sekalipun, sila pastikan yang ahli keluarga uolls pergi buat polis report bagi pihak anda terlebih dahulu. Kalau boleh dalam masa  24 jam selepas berlakunya kemalangan. Sila pastikan juga segala maklumat yang penting dicatat di dalam laporan tersebut. Sebagai contoh:
  • arah perjalanan anda.
  • kedudukan anda masa itu (samada sedang jalan terus, berhenti, membelok ke simpang dan sebagainya)
  • no kenderaan yang anda bawa dan kenderaan yang berlanggar dengan anda
  • waktu kemalangan
  • kelajuan kenderaan anda
  • keadaan jalanraya, busy, hujan, jalan lurus ataupun berbukit
  • paling penting samada lampu/isyarat kenderaan dinyalakan /berfungsi sebelum kemalangan


Selanjutnya, later sekira anda telah sihat dan sudah boleh bergerak anda perlu menyusul ke balai polis untuk membuat laporan polis bagi anda pulak......

Akak selaku guru besar yang garang dengan sukahatinya suka nak mengingatkan uolls bahawa report polis adalah penting sekiranya anda terlibat dalam kemalangan.....

Sebabnya, for sure uolls ada alasan tersendiri berlanggar dengan pihak yang lagi satu kan?

Contohnya, sekiranya uolls terlanggar penunggang motosikal yang sedang mencilok di lorong yang salah, sudah tentu uolls nak bagitahu mahkamah bahawa bukan uolls yang menyebabkan accident tu kan?? Sekiranya kes itu dibicarakan di mahkamah, selalunya Hakim akan merujuk kepada dokumen dokumen yang sedia ada dan penting sebelum keputusan dibuat....

So, adalah digalakkan untuk uolls  membuat polis report secepat yang  mungkin kerana ingatan uolls masih segar berkenaan accident tersebut. Katakanlah perbicaraan di mahkamah hanya selepas 3-4 tahun selepas kemalangan. Uolls ingat hakim nak percaya 100% keterangan yang uolls beri sekarang? Sebab tulah itulah laporan polis sangat penting dalam kes kemalangan.

b) Sejurus Selepas Kemalangan Pergi Segera Ke Hospital Dapatkan
    Rawatan

Bunyi macam kelakarkan? Tapi uolls kena ingat ye...kalau sibuk nak pergi berurut sana sini, dah sebulan baru nak pergi cek dengan dr...macamana court nak tahu yang uolls cedera akibat accident yang terjadi pada bulan lepas? Ntah ntah gigi  yang patah tu disebabkan eksiden ataupun tercabut masa uolls bergaduh laki bini? Kerana dalam masa sebulan tu macam macam boleh jadi.....

Seperkara lagi, sekiranya uolls tidak bersalah dan tercedera, uolls boleh melantik mana mana syarikat guaman wakili uolls untuk membuat tuntutan kemalanagan terhadap kecederaan yang dialami. Better carik yang pakar dalam bidang itu. Macam doktor gak...ada pakar bius, pakar jantung dan sebagainya...

Pengalaman akak sendiri yang berbelas tahun mengendalikan kes kes kemalangan, sila fikir betul betul sebelum menandatangani sebarang surat perlantikan peguam. Tanya betul betul peguam yang bakal kendalikan kes anda, berapakah yuran guaman yang akan dikenakan, bagaimana ianya dikira dan sebagainya.......jangan last last nanti nak salahkan peguam tersebut sebab bayaran pampasan yang diterima tidak setimpal dengan apa yang telah mahkamah berikan.

Satu perkara yang penting yang perlu uolls ingat adalah:

Jumlah pampasan yang Mahkamah akan berikan kepada anda bukanlah semata mata berdasarkan kecederaan anda....TETAPI ianya dikira berdasarkan berapa peratusan liabiliti kecuaian yang ditanggung oleh kedua dua pihak yang terlibat...... sebagai contoh, sekiranya mahkamah mendapati yang anda dan pihak yang berlanggar masing masing 50% bersalah dan anda mengalami kecederaan di bahu, berdasarkan kes kes yang telah diputuskan oleh mahkamah sebelum ni, jumlah pampasan yang mungkin diawadkan boleh mencecah sehingga RM15,000 (berdasarkan 100% liabiliti)

Therefore,

RM15,000 / 50% liabiliti = Jumlah yang akan anda terima adalah sebanyak RM7,500 sahaja (sebelum
                                         ditolak kos guaman dan perbelanjaan sebagainya)



Macamana pulak nak tentukan uolls orang yang "boleh mulakan saman" ataupun "orang yang di saman'?

Kebiasaannya orang yang boleh memulakan saman adalah orang yang tidak melanggar undang undang jalanraya a.k.a tidak bersalah. Sebagai contoh, kalau uolls bawak kereta di jalan yang lurus, tiba tiba ada sebuah motosikal dengan lajunya dan melanggar bahagian kiri tengah kenderaan anda. So sapa yang patut saman sapa sebenarnya?

Kacang dik, kacang!! (muka eksen)...tak tahu jawapannya? ish macamana lepas lesen memandu dulu? Mengurat abang JPJ ye?????Macam akak tak tahu taktik tu.....hahahhahhahha!

And the answer is.....Op kozlah uolss yang akan saman motosikal tu .....hang mai daripada simpang kecik, nak masuk jalan besaq aku...takdak akai ka??? Sampai patah gigi emas uollskan?

Hahhahaaha! Jangan marah bang, nanti tak ohsem!!

Orang yang kena saman pulak???orang yang tak ikut undang undang tadilah....main keluar sesuka hati....apa? dia ingat dia sorang bayar road tax???

Menjadi satu kebiasaan jugak, sekiranya anda orang yang bersalah, polis akan keluarkan saman terhadap anda. Saman polis ye....alah......yang selalunya kena pergi balai dan bayar RM300 tu...(jumlah tak menentu ikut kesalahan).

Tetapi ada jugak polis tak keluarkan saman..maybe sebab tak dapat jumpa orang yang dicari ataupun kes masih di dalam peringkat siasatan....so sabaq na....sooner or later...mesti dapat...hahhahhahhhah! Sapa suruh hang langgaq undang undang jalanraya? Padan muka! akak suka!!! (devil sangat kan)....

Lagi satu cek nak habaq.....sesiapa yang rasa bersalah sebab dah melanggar orang sampai patah riuk, sila silalah dalam masa 24 jam maklumkan kepada syarikat insurans kenderaan anda berkenaan eksiden tu.... Kalau tak habag awal awal takut nanti depa tak nak bertanggungjawab terhadap tuntutan kemalangan yang difailkan terhadap anda oleh pihak yang cedera tu....dont play play, la ni parut sikit pun boleh kena bayaq beribu ribu lemon tau....sia sia je bayar insuran kereta tiap tahun tapi depa tak nak bayarkan kalau ada claim....

But, if uolls memberi kerjasama (tertakluk kepada syarat syarat polisi) semua perbelanjaan akan ditanggung oleh syarikat insurans anda termasuklah kos guaman...so jangan risau na....

Oklah, sampai sini sajalah....harap harap dapat membantu....kalau ada apa apa, nak tanya pasai law ka, tak tahu macamana nak carik loyar ka, tak tahu macamana nak buat tuntutan ka....sila email ke kakadib75@gmail.com...akak akan cuba bantu yang mana perlu......

Bye bye....Sayonara...

No comments:

Post a Comment

Nuffnang Ads