Sunday, June 1, 2014

PEMBAHAGIAN HARTA PUSAKA UNTUK MUSLIM. FARAID, WASIAT ATAUPUN HIBAH?

Assalamualaikum,

Berkurun rasanya akak tak update blog kan? 

Maklumlah MALAS + TAKDE IDEA = SENGAL........hahhahhaha

Tengah hari tadi berboraklah dengan seorang Peguam Syarie ni....adalah dia cerita sikit sikit pasal harta pusaka untuk orang Islam ni....so akak fikir why not akak buat satu entry pasal post ni kan....Boleh kita semua belajar dan luaskan ilmu....Akak zaman belajar dulu  pun ada belajar sikit sikit pasal Pembahagian Harta secara Islam ni...sesiapa yang memang ada masalah pasal pembahagian pusaka ni boleh email kat akak...nanti akak cuba dapatkan maklumat untuk uolls....


Kalau cerita pasal harta pusaka ni dari zaman dulu sampailah sekarang ianya memang  satu topik yang sangat sangat hangat.....ada orang tu sampai bertetak tetak sesama adik beradik semata mata berebutkan harta sekangkang kera milik arwah ayah ........

MasyAllah!!!! sedihnya.......harta kita tak bawak masuk dalam kubur yang oiiiii............so bawak mengucap banyak banyak.....

Oklah, untuk mengelakkan akak merapu lebih lebih....jom akak cerita beza antara faraid, wasiat dan hibah.....kalau ada tersilap fakta maaf ye.....

Maksud Faraid:
(Kredit kepada Laman Web USM (KLIK SINI) )



"Berdasarkan istilah syarak, Faraid adalah pembahagian harta seorang Islam yang telah meninggal dunia sama ada beliau meninggalkan wasiat atau tidak sebelum kematiannya. Maka harta peninggalannya akan dibahagikan kepada ahli warisnya (seperti  anak, isteri, suami, ibu, dll), menurut hukum Islam" 


a) Please ingat satu perkara ye....

" MESTILAH HARTA SEORANG ISLAM YANG TELAH MENINGGAL DUNIA"

Kalau masih hidup sistem faraid tak terpakai ye....jangan memandai nak pi Pejabat Agama mintak sijil faraid dikeluarkan sedangkan bapak kita hidup lagi tengah relaks kat rumah tengok ASTRO.......anak derhaka tu namanya....hahhahhahha

b) Harta yang dibahagikan kepada ahli waris adalah baki harta yang ditinggalkan setelah ditolak  segala pembiayaan pengurusan jenazah, hutang pewaris (zakat, nazar dll) dan juga wasiat yang dibenarkan syarak iaitu 1/3 daripada jumlah harta

Sekiranya pewaris semasa hidupnya ada buat/bagitahu uolls wasiat bahawa "abah nak bagi 1/3 daripada harta abah kepada si polan si polan tu".... Uolls kena tolak wasiat 1/3 tersebut bersama sama jumlah hutang hutangnya  terlebih dahulu. Selepas tu barulah pembahagian secara faraid terhadap waris boleh dimulakan.

c) Bentuk harta yang boleh dibahagikan secara Faraid ialah: 

  1. Tanah 
  2. Bangunan (rumah). 
  3. Barang kemas (emas, perak dll). 
  4. Insurans dan Wang tunai (sama ada dilaburkan atau tidak). 
  5. Binatang ternakan seperti kambing, lembu, unta, kerbau dll.


d) Sekiranya waris yang berhak untuk mendapat faraid sudahpun diwasiatkan untuk menerima harta 1/3 oleh si mati, beliau tidak boleh lagi menuntut untuk bahagian faraidnya pula.....dah jadi double claim pulak.....mana aci......hehhehheheh....

Maksud Wasiat (Untuk orang Islam)

Merujuk kepada Enakmen Wasiat Orang Islam 1999, wasiat membawa maksud:

Ertinya iqrar seseorang yang diperbuat pada masa hayatnya ke atas hartanya atau manfaat untuk menyempurnakan sesuatu bagi maksud kebajikan atau apa-apa maksud yang dibenarkan menurut Hukum Syarak, selepas dia mati.

Faham kan? maksudnya seseorang tu berikrar dihadapan saksi saksi bahawa dia hendak berbuat sesuatu terhadap hartanya selepas dia tiada....contohnya macam nak wakafkan tanah, nak sedekah duit kat anak yatim , bla bla.....

TETAPI

Wasiat yang dibenarkan oleh syarak hanyalah setakat 1/3 dari jumlah harta. 

HATI HATI YE>>>> HANYA 1/3.....sayang macamana pun kita kat isteri muda kita, dia hanya boleh diberi wasiat sebanyak 1/3 sahaja daripada harta kita....sekiranya lebih....waris waris boleh memfailkan contest/pertikaikan wasiat tersebut di Mahkamah/Pejabat Agama

Sekali lagi akak nak ingatkan....

KALAU UOLLS DAH TERIMA WASIAT, UOLLS DAH TAK BOLEH TERIMA PEMBAHAGIAN HARTA SECARA FARAID

Ingat tu!!!!!!! Jangan nak tamak.....

Ada pulak yang menanya...

"Kak nak tanya sikit, kalau bapak saya nak bagi juga lebih daripada 1/3 harta melalui wasiat....takkan saya nak tolak kak??"

Boleh, sapa kata tak boleh.....TETAPI waris waris lain kena setuju ye......kalau tak........... depa boleh pertikaikan pasal ni di Mahkamah........

Konklusinya......

Semasa penulisan Wasiat, pewasiat boleh menyatakan hasrat dan kehendaknya dalam pembahagian harta pusaka tetapi selepas kematiannya, waris-waris mempunyai hak mereka terhadap harta pusaka pewasiat mengikut Faraid. Sekiranya mereka bersetuju untuk membahagikan harta pusaka mengikut kehendak Pewasiat, maka pembahagian akan dijalankan mengikut Wasiat (Persetujuan Waris).Sekiranya ada di kalangan waris yang tidak bersetuju dengan pemberian yang dibuat dalam Wasiat, mereka berhak mendapat hak mereka mengikut Faraid. 

Kredit kepada blog Pintar Pusaka klik sini

Maksud Hibah
Kredit kepada anizyn.blogspot.com klik sini

Hibah ialah suatu akad mengandungi pemberian milik seseorang secara sukarela terhadap hartanya kepada seseorang yang lain pada masa hidupnya tanpa balasan (iwad). Hibah diberi atas dasar kasih sayang sesama manusia.

Hibah dibolehkan sama ada kepada ahli keluarga (waris) atau bukan ahli keluarga, hatta kepada bukan Islam. Islam juga tidak menetapkan kadar atau had tertentu bagi harta yang hendak dihibahkan kerana harta yang hendak dihibahkan daripada milik pemberi hibah.

Terpulanglah kepada pemberi hibah membuat pertimbangan terhadap kadar harta yang ingin dihibahkan. Walaupun begitu, jika harta hendak dihibahkan kepada anak-anak, Islam menggalakkan ia dibuat secara adil.

Dalam erti kata lain ianya merupakan "Hadiah" dan dibuat semasa Pewaris masih hidup......cuma ada rukun dan syarat syarat yang perlu diikuti seperti:

  • pemberi hibah (al-Wahib); 
  • penerima hibah (al-Mawhub lahu); 
  • barang atau harta yang dihibahkan (al-Mawhub) 
  • sighah iaitu ijab dan kabul. 


Senang cerita...tak payah bergaduh gaduh...suka hatilah mak pak kita nak bagi harta dia kepada sapa sapa yang dia suka.....

So akak harap uolls semua dapat fikir secara rasional apa yang perlu dibuat terhadap harta harta uolls bagi mengelakkan pergaduhan antara waris waris sekiranya kita tiada nanti......

Apa apa pun Hukum Allah perlu diikuti....bukannya hukum yang kita cipta sendiri....

Kalau akak sendiri, akak akan pilih hibah......

Wallahuallam....














No comments:

Post a Comment

Nuffnang Ads