Tuesday, March 11, 2014

WHAT????? KENA LANGGAR A.K.A ACCIDENT? PART 1


Salam uollssss.....

Kali ni akak nak cerita sikit apa yang perlu dibuat kalau uolls mengalami kemalangan a.k.a accident.....

Maksud akak di sini ialah accident dengan kenderaan.....bukannya dengan kucing......hahhahhhahha (akak buat lawak ......ketawalah). Nauzubillah mintak dijauhkan Allah kan.....tapi malang tak berbau, kadang kadang kita tak langgar orang, orang pulak langgaq kita ......aish!!!! melayang lagi duit nak kena repair itu repair ni....

Bahagian pertama ni akak nak story pasai reaksi pertama yang perlu dibuat kalau terlibat dengan kemalangan......

First of all, apa lagi keluar dari keretalah......sinsing lengan lengan baju tu tinggi sikit kak oi !!!!hahahhahaha.......

Tak de maknanya uolls....sekalipun uolls nak ketuk kepala drebar kereta/motor yang langgar kita tu, still kereta uolls takkan kembali kepada bentuk asalkan? So jangan nak tunjuk hebat lagi kuat dari Ultraman!!!

First sekali kalau terlibat acccident........cepat cepat catat nombor kenderaan yang berlanggar dengan kita tu....kadang kadang depa langgar lari...tambah tambah lagi motosikal....baru nak keluar kete depa dah hilang......bumper kenderaan kita pulak dah kemek.....

Cuba jugak tanya saksi saksi yang kut kut nampak nombor kenderaan tu...kalau boleh catatkan juga kenderaan tu jenis apa dan warna apa....

Pasal apa kita kena catat nombor kenderaan tu?

Sebabnya, kita boleh pergi ke JPJ dan boleh trace siapakah pemilik kenderaan itu....JPJ juga boleh check samada kenderaan tu dilindungi insurans ataupun tidak.....kalau dilindungi insuran, kita boleh buat tuntutan dengan syarikat insuran tu....ada faham kakak???

Katalah drebar kenderaaan yang langgar kita tu tak lari dan dia pun sinsing lengan baju.....tak payahlah uolls bergaduh tarik rambut berguling guling semata mata nak tegakkan benang yang basah "sapa langgar sapa"....jangan nak malukan diri sendiri okeyyyyy.....kalau akak nampaklah uolls macam tu...akak takkan ngaku kenal....malu.....

Keluar dari kereta dan cuba bawak berbincang. BUT berbincang tu agak agak sikit ye....kalau depa mintak duit gantirugi, suka hati uolls lah nak bagi ke tak.....maklumlah duit dah melimpah ruah kat rumah tukan???

Nasihat akak, kalau the other side tu mintak sampai beratus ratus toksahlah layan....pasai apa? Sebabnya banyak kes yang akak pernah handle, anak guam bayar beribu ribu kat yang orang dilanggar.....ingat tutup kes, tup tup minggu depan sampai saman...patah gigi je....claim sampai 4 juta sebab nak buat gigi bertatahkan berlian....tak ke rasa macam nak &^%#$................!!!!!

Akak nasihatkan uolls dua dua pergi buat polis report....WAJIB!!! kalau tak buat polis report, susah nak buat tuntutan dekat insuran.. tak kiralah claim apa pun.....

Ada orang tanya macamana kalau pihak lagi satu langgar lari kak??? Pi balik baca part atas yang akak tulis before this.....kalau boleh dapatkan nombor plat kenderaan yang langgar tadi....walaupun dia tak buat polis report, doesn't matter....sebabnya bila nombor tu dah tulis dalam polis report kita, automatik pihak polis akan bukak file dan siasat kemalangan tersebut....kebiasaannya polis akan hantar surat pertanyaan kepada pemilik kenderaan yang langgar lari tadi suruh dia bagi jawapan betul tak depa ada terlibat dengan accident dengan kenderaan kita pada tarikh bla bla bla.....

Satu lagi akak nak tekankan di sini...... sila pastikan kenderaan milik anda dilindungi insuran.....kenapa? Kita ambik the worst scenario ye.....katakanlah anda accident dan orang yang dilanggar tu cedera teruk.......uolls tak perlu risau sebab selagi uolls tak melanggar syarat syarat polisi insuran yang dikeluarkan, segala perbelanjaan termasuk yuran guaman akan ditanggung oleh insurans uolls.....even kalau kalau kes di bawa ke mahkamah sekalipun, uolls hanya perlu beri keterangan...berapa kena bayar..... walaupun berpuluh ribu sekalipun, akan dibayar oleh syarikat insuran anda.

Tetapi sekiranya waktu accident, tak ada road tax and insurance dah mati.....Assalamualaikum lah ye, semua  kos kena tanggung sendiri..

Bayangkan, kalau patah gigi pun orang dah boleh claim sampai berpuluh ribu....bayangkan kalau the other side tu lumpuh........OMG!!!!

Lagi satu kalau terlibat dengan accident, tolonglah pergi report dekat syarikat insuran anda secepat yang mungkin, kalau boleh dalam masa 24 jam......sebabnya kalau dah 10 tahun baru nak buat report kemungkinan besaq claim hangpa kena reject adalah amat besarrrrrrrrr sekali.....

Oklah, sampai sini ja.....akak koroje esok dik non.....nanti kalau tertido kat opis sebab ngantuk...sapa yang susah??? akak dan keluarga akak jugak kan????? Part 2 nanti akak akan story pulak pasai NCB (No Claim Bonus) dan tindakan tindakan selanjutnya yang perlu dibuat...........

Stay tune ye.........





1 comment:

  1. Sis...sabtu baru Ni.sy trlibat dgn accident...org langgar blkg..sy trs buat report..tp org tu x buat trs. Byk alasan Sgt..sy dh ambik pic Ic...pic Kereta dia..maslahnye..die x report lg smpi arini...n perlu ke sy hubungi company Insuran sy?sdgkn sy nk claim Insuran dia.tq...n bgaimana kalau die x report2 jgk?kete anak PKI ni

    ReplyDelete

Nuffnang Ads