Thursday, May 1, 2014

PENYEWA TAK BAYAR SEWA RUMAH? APA TINDAKAN TUAN RUMAH?



Salam,

Oh tuhan!!!! dugaan betul nak tulis kali ni........dah karang panjang panjang tiba tiba terdelete...teruih akak rasa otak akak blank kejap...rasa nak pitam pun ada.....nasib baik ada asben kat sebelah boleh jadi tukang sambut......

The question is.....larat ke dia nak sambut akak?????......hahhahhhahha

Tetapi disebabkan dah lama tak update blog, nak tak nak akak gigihkan juga...hehhehhe...takut uolls merajuk...terus tak nak follow lagik.....

Sedih tau......hihihihihi..

Oklah hari ni akak nak tulis pasal masalah yang sering dialami oleh kita....apabila penyewa rumah kita dah nak dekat 5-6 bulan buat muka derk/selamba je....tak bayar bayar sewa rumah.....kalau ikutkan hati....

"Nak je aku lesing(sikukan) mamat ni......"

"Aku campak keluar barang barang yang ada dalam rumah tu baru padan muka...."

Hehhehhehe.....Samseng Kg Dususn....

Tetapi!!!

Jangan buat lagu tu cek oi......silap silap uolls yang kena tangkap kerana menceroboh rumah orang....lepas tu dituduh pulak cuba mencuri......

Apasal pulak? rumah tu rumah ai, suka hati ailah....

Kak....betul rumah tu you yang punya, tapi harta benda kat dalam tu bukan you punya.....kalau you ambil barang milik orang lain bukankah mencuri namanya tu???

Cuba fikir elok elok....

So, apa nak buat??? dahlah  6 bulan tak bayaq sewa rumah....deposit pulak cuma untuk 3 bulan je....lagi 3 bulan pulak macamana? 

Pening.......pening....

Don't worry uolls, ada 2 cara uolls boleh buat sebenarnya......senang je...tapi one thing for sure/yang pastinya uolls kenalah dapatkan kebenaran mahkamah dulu sebelum sibuk nak campak keluar barang barang penyewa tu dari rumah uolls....

Alah...mahkamah lagi....kena amik loyar lagi....

Alang alang menyeluk perkasam biarlah sampai ke pangkal lengan....

Yelah, korang duduk di dalam negara yang bertamadun...so kenalah follow undang undang kan???? Mana boleh ikut fikiran sendiri...

Oklah, sebenarnya ada 2 akta undang undang yang deal / berurusan dengan bab bab tak bayar sewa rumah ni:

a) Specific Relief Act 1950

Yang ni memberikan kembali pemilikan sepenuhnya rumah yang disewa kepada tuan rumah.....uolls kena apply kat court dulu untuk dapatkan perintah....agak leceh dan agak meleret leret sebab bukannya senang nak halau orang keluar dari rumah kan?

Kawan akak dulu sampai terpaksa mintak tolong satu balai polis untuk datang untuk menghalau keluar penyewa yang tak reti reti nak  pindah keluar walaupun mahkamah dah arahkan beliau untuk berbuat sedemikian...penyewa tu siap bawak keluar parang, buldozer dan lain lain lagi.....

SIAPA YANG SEWA RUMAH SIAPA NI????

Hahhahhahha........

b) Distress Act 1951

Proses dibawah akta ni lebih senang dan murah, yang mana uolls hanya perlu suruh peguam uolls failkan permohonan di mahkamah untuk mendapatkan perintah merampas harta benda si penyewa untuk dilelong bagi mencover jumlah sewa yang gagal dibayar...permohonan ni boleh difailkan oleh sebelah pihak sahaja iaitu uolls lah...x perlu nak inform penyewa....kalau dia tahu nanti jadi cerita lain pulak...lari tengah malam...

Bila mahkamah dah keluarkan perintah kebenaran terhadap permohonan uolls, staff mahkamah yang dipanggil "Bailiff" akan menjalankan tugas tugas merampas, menaksir dan melelong barang barang si penyewa. Kebiasaanya selepas taksiran dibuat, notis akan dikeluarkan terhadap penyewa untuk menjelaskan jumlah hutang yang tertunggak. Sekiranya gagal, harta yang dirampas akan dilelong dan duit hasil lelongan akan diberikan kepada tuan rumah.

Sekiranya terdapat duit lebihan hasil lelongan, ianya akan dipulangkan kepada penyewa tadi....

Keburukkan tindakan ini pulak apabila penyewa masih bebas tinggal di rumah tersebut walaupun hartanya bendanya telah dirampas dan dilelong....

Betterlah kan?? daripada tak dapat apa apa pun........rumah kita dah jadi macam Jabatan Kebajikan Masyarakat pulak...free of charge...pintu dapur berlubang....dinding rumah dah jadi macam kertas lukisan...

Tetapi sekiranya harta telah dirampas dan dilelong, si penyewa tadi masih buta hati dan tinggal dalam rumah sewa kita, uolls bolehlah try memohon perintah mahkamah untuk pemilikan penuh terhadap rumah anda tersebut seperti yang dinyatakan di item (a) di atas....

Dalam erti kata lain.....

"U...................... please get out from my house now!!!!!!!"

Hahhahahaha...brutal.....

Akak harap uolls fahamlah dengan penjelasan akak di atas.......

Kalau ada apa apa boleh email kat kakadib75@gmail.com

Bubye....





10 comments:

  1. Kalau sewa sebulan tu duit deposit boleh pulangkan balik tak? Janji mulut nak sewa lama...sebab nak layan sorang nie saya terlepas org yg betul2 nak sewa lama...

    ReplyDelete
  2. Puan ada agreement tak? selagi dia tak ingkar bayar duit deposit kena pulang balik kecuali dah ada perjanjian Pn dan Penyewa yang menyatakan dia kena sewa dalam tempoh berapa lama...sekiranya ingkar perjanjian, duit deposit boleh diambil..

    ReplyDelete
  3. Salam kenalan... payah jugak kali dapat penyewa macam nih ek kak... poning kepala tuan rumah...
    btw, jemput lawat blog sy yer:
    http://pearlbeautymomma.blogspot.com

    ReplyDelete
  4. very informative. saya baca semua kak adib (akak ke adik ye hehe) punya entry. mcm ni punya tenant, mampoih la tuan rumah

    ReplyDelete
  5. Bagus. Capai objektif nak cerita law secara fun...akak mantop..patut dah masuk mhi...tak lah boring sgt tv

    ReplyDelete
  6. Assalam kak Adib,

    Time kasih atas makluman yg sangat berguna nie...nak minta pendapat akak...saya ada penyewa yang tak bayar sewa dekat 6-7 bulan, saya dah terminate dia bulan 31 Mei 2013, buat laporan polis bulan sept 2013 dan mula failkan kes dalam mahkamah dalam bulan Sept 2013. Saya dah dapat perintah mahkamah bulan Jun 2014, perintah ingkar dan kosongkan rumah....saya dah pecah masuk rumah tu...dia tiada pun kat rumah tu, ikut kata jiran kali terakhir dia balik 3 bulan lepas...itu pun cuma beberapa minit sahaja...barang2 rumah tu penuh...apa yang saya patut buat...buangkan sahaja....jual/lelong....atau minta dia datang ambil (pilihan ini paling sukar sebab mungkin berparang kot)...kalau saya buang...apa implikasinya?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh email segala fakta di email kakadib75@gmail.com

      Delete
  7. assalam kak..nak tnya pendapat ni..saya ada membeli rumah dari bapa saudara area ampang..semasa beli, rumah tersebut memang ada penyewa jadi sy hanya teruskan lah memandangkan kata bapa saudara penyewa tesebut tak pernah bermasalah..tapi bila rumah bertukar milik, penyewa mula buat hal..tak bayar sewa beberapa bulan..cal and message tak berjawab..macam mana nak buat yea kak sbb saya mmg tak buat agreement hari tu..tima kasih kak

    ReplyDelete
    Replies
    1. En Haziq boleh email saya problem en di kakadib75@gmail.com

      Delete

Nuffnang Ads