Sunday, August 7, 2011

NAK MATA CANTEQ MACAM MATA DATO' A ???


Salam! apa buat tu? Minggu ni akak berkobar kobar nak tulis blog pasal kecantikan. Oh ya! yang menyebabkan akak nak tulis pasal topik ni hari ni sebab tadi akak terserempak dengan Dato' A, alah...... Hakim kat Mahkamah K tu......cantik sungguh dia tu. Geng geng loyer akak sure tahu sapa dia...akak tak bolehlah tulis nama dia penuh, takut kena tangkap sebab mendedahkan rahsia kecantikan seorang Hakim. Sian akak dik, kalau masuk jail dah tak boleh update blog lagi. Nanti sape nak ajar uoolsss cantik cantik??

Ok, kalau kita nak mata kita canteq ala ala Rozita Che Wan, kita kena pakai bulu mata pelesu.....ngeri??? Dun be takut, dia ada banyak jenis. Kalau U all nak selebat and selentik bulu mata lembu pun ada.....kalau macam nak pi opis je ataupun function, kita pakai yang sederhana sajalah. Jangan memandai mandai nak try yang kaler kuning or yang tebal semacam....Nanti takut uolls tak leh bukak mata sebab terlalu berat....Daripada nak cantik terus jadi hantu "CIK PON SUN MAL"......

Cara cara nak pakai bulu mata pelesu ada ditunjukkan di video di atas. Senang kan? Uolls boleh beli bulu mata palsu tu kat mana mana. Tapi yang baru nak belajar tu akak nasihatkan beli kat Elianto sebab dia orang akan ajar macamana nak guna. For the first timer belilah yang bulunya jarang jarang and panjang sebab yang tu natural.....Oh ya, akak suggest you all beli gam berasingan, sebab selalunya gam yang dibagi free dengan bulu mata pelesu tu tak kuat and tak melekat.... gam tu ada kat Sinma or Sasa.

Dah reti pakai mestilah tahu nak cabut pulak......SILA JANGAN BAWAK TIDO......takut esok bangun uolls kena hantar asben pegi ospital sebab kena stroke - bangun pagi tenguk mata bini dah macam mata zombie...

Nak tanggalkan bulu mata tu senang je, uollss boleh guna eye makeup remover or baby oil sapu kat bulu mata tu and tarik dari hujung perlahan lahan......Easykan? Bulu mata tu boleh dibasuh dengan sabun mandi........

Oklah, sampai di sini saje tutorial akak.........jom pi terawih....

No comments:

Post a Comment

Nuffnang Ads