Thursday, March 6, 2014

HANEZ SURAYA v. LIYANA MANAN : Dari persepsi bekas peguam...


HANEZ SURAYA
 v.
LIYANA MANAN








Salam, hangat, hangat hangat topik akak kali ni kan??? berasap asap asap uolls!!!!.....tapi, sebelum akak memulakan bicara baik akak letak benda alah ni dulu. Nanti ada orang tuduh akak memfitnah gak....

DISCLAIMER: 

"Segala apa yang ditulis dalam Kak Adib Ratu Longchamp @ adibahashak.blogspot.com untuk artikel ini hanyalah berdasarkan pengalaman, kajian dan pendapat beliau sebagai bekas peguam yang berpengalaman selama 11 tahun lebih dan juga ianya berdasarkan fakta fakta yang didapati di media sosial/ media sahaja. Segala yang ditulis tidak akan mengikat ataupun mempengaruhi apa apa keputusan ataupun fakta kes SEKIRANYA kes ini difailkan di Mahkamah. Kak Adib Ratu Longchamp jugak tidak berniat untuk memburukkan mana mana pihak yang terlibat dalam kes ini samada yang hidup mahupun yang telah meninggal dunia"

Tu dia!!!! very the law kan???? No lah, akak nak bagitahu yang apa akan akak tulis nanti hanyalah berdasarkan opinion akak sahaja tak lebih daripada itu. Mungkin ada kekurangan/kesalahan dalam fakta fakta yang diberikan....so lawyer lawyer pucuk muda baru nak start pi court jangan nak ngada qoute posting akak ni dalam submission uolls pulak...

Akak jugak cuba menerangkan dengan menggunakan bahasa yang mudah semua orang nak faham. Maklumlah bahasa undang undang kan macam ular...pening makcik jual sayur kat pasar nak fahamkan....???akak pun kekadang tak faham......hahahhahhaha

Ok jom kita kaji serba sedikit fakta kes yang tengah meletup letup pada masa ini....

  • HS merupakan wanita pertama yang keluarkan statement dia bercinta dengan Mr R, seorang duda.
  • HS merupakan wanita pertama yang keluarkan gambar berpeluk sakan dengan anak anak Mr R dekat instagram
  • Dalam Melodi dulu kata dah kenal selama 6 bulan....tapi dalam press conference kata kenal bulan December
  • Dalam instagram HS gambar gambar bercuti tu dah keluar sebelum December lagi....
  • Disebabkan asakan asakan HS, LM tarak boleh tahan lagik.......so bidas kenyataan pelesu HS dalam media
  • The fact is Mr R masih asben sah LM....(hello HS!! Mr R and LM kalau berbaik pagi malam dah boleh tidur sekatil okey!!!sorrylah akak emoooooo)
  • Betapa hibanya hati LM bila HS dengan riang rianya upload gambar anak anak LM dalam instagram and show off kepada satu dunia that Mr R is mine......and also his kids...
OMG! OMG!.....Akak rasa sungguh emo bila mengenangkan nasib yang menimpa LM....dalam kes ni, akak rasa bangla security guard kat umah akak pun boleh fikiaq sapa yang start api dulu.....Mr R??? akak tak dapat bayangkan betapa sedihnya hati seorang isteri apabila sang suami  bersekongkol dengan gepren mengutuk isterinya sendiri, seorang ibu yang telah bertarung nyawa melahirkan anak anak si suami itu...

Doesnt matterlah they already divorced ke tak. The fact is they are still husband and wife!!!


Jom kita kaji pulak samada si Hanez Suraya (HS) ni berpeluang ke tidak sekiranya beliau bercadang nak menyaman Liyana Manan (LM) atas tuduhan fitnah?

Allright.....moh kita fahamkan apa maksud fitnah ataupun defamation berdasarkan istilah undang undang;

Encik Google kata:

Defamation:

"the action of damaging the good reputation of someone"  
"perbuatan yang merosakkan reputasi baik seseorang"

Sebagai contoh bila orang duk sibuk kata akak ni janda sebelum nikah dengan abang, walhal akak merupakan anak dara tak pernah bersuami dan beranak pun ...so status akak dah jadi tak betul......reputasi akak terjejas.......ada faham adik manis???

Fitnah boleh dibahagikan kepada dua iaitu:

a) Libel

Libel bermaksud segala fitnah yang dibuat secara bertulis. Contohnya dalam kes HS ni satu Malaysia dah baca surat khabar, dan internet berkenaan kenyataan LM terhadap HS. Dalam erti kata lain HS merasakan yang berkemungkinan besar LM telah membuat satu fitnah terhadap HS secara bertulis.

b) Slander

Contoh untuk slander pulak, LM tak keluar kenyataan secara bertulis, tapi duk sok sek sok sek dengan jiran sebelah rumah dia pasai HS, pas tu jiran cerita kat orang lain pulak, orang tu cerita kat A pulak....last last sampai ke USA cerita pasai HS orang duk bercakap. contoh perangai mak jemah gitew....

Oh ya, kenyataan kenyataan yang disisarkan di radio juga merupakan salah satu contoh slander...

Libel@fitnah bertulis lebih di anggap bahaya kerana ianya memberi kesan yang lebih lama kepada si penerima maybe disebabkan ianya di telah published/printed a.k.a dicetak di atas kertas/komputer......berbeza dengan kenyataan dibuat secara lisan @slander kerana manusia kan mudah lupa....

Kenyataannya: 

Jangan ingat senang senang kita nak saman orang ye.....sikit sikit nak saman, sikit sikit nak saman.....untuk memenangi kes di mahkamah banyak kita kena buktikan antaranya:

i) kenyataan yang dikeluarkan memang benar benar palsu@sumpah i tak pernah buat benda ni!!

Dalam kes HS ni uolls pun tahu kan, fakta fakta yang dikeluarkan oleh pihak HS memang agak meragukan, sekejap kenal bulan 10, kejap kenal bulan 12.....Uolss mesti make sure ye, bahawa fitnah yang ditakburkan sememangnya tipu.....kalaupun ianya menjejaskan reputasi uolls tapi sekiranya faktanya benar....sorry ye, sayonara....byebye...court tak layan

""A defamatory statement must actually be a false one. If the statement is true, you don't have ground to sue, even if it damaged your reputation"

Tapi kalaulah hanya sekadar berkongsi pandangan, contoh macam blog akak ni....saman fitnah tak boleh difailkan ye.....

ii) kenyataan yang dikeluarkan memang betul betul merosakkan kehidupan uolls...

Berbalik kepada kes HS tadi, disebabkan kes ini, periuk nasik HS terjejas, kalau jumpa makcik makcik kat market asik nak kena lempang je, so HS boleh try failkan saman fitnah....TETAPI kenalah buktikan yang no i diatas dahulu.....

Kalau memang betul apa yang LM kata pasal hubungan HS dgn asben LM tu, bagaimanakah HS nak buktikan reputasinya terjejas akibat fitnah LM sedangkan secara terang terangan HS yang memulakan provocation dan drama ini...

Berdasarkan pandangan akak.....agak susah HS nak menang kes ni....kita kena tahu, Mahkamah membuat keputusan berdasarkan fakta dan bukti...Tapi manalah tahukan HS boleh membuktikan disebaliknya......

Wallahualam.....

95 comments:

  1. Read! Thank u for sharing this kak adiba. Salam perkenalan juga

    ReplyDelete
    Replies
    1. hi Jumi...akak blogger baru...enjoy baca blog u

      Delete
    2. Sokong akk pnya pnerangan jelas sgt...

      Delete
    3. terbaik lh kak!! walaupun sye x kawen lg..tp perasaan pmpn..mcm akak tulis..bangla security pun bleh fikiaq..haha...terbaik sgt2!!

      Delete
  2. Like ur statement superr ! (Y)

    ReplyDelete
  3. Love your detail kak!! Hs patut read this blog :)

    ReplyDelete
  4. Peguam HS tu tgk gaya macam budak baru lepas chambering je pun..

    ReplyDelete
    Replies
    1. peguam dia pun join sekali p bangkok.siap smoking lagi.mcm mana boleh jadi peguam.attitude pun,hmmmm............

      Delete
    2. Mmg fresh lawyer.kami bru abis chmbering.exuia.xsngke.ingtkn xknl hs.rupenye mmg kwn.hmmm...die seorg istri dn juge seorg ibu xkn xle phm prasaan LM..sy pn xtau la pe yg brmain kt pkrn kwn sy tu mse die kwn dgn HS n mse die stuju jd lwyer HS ni.frust la dgn die..

      Delete
  5. okay! perkongsian yang baik kak! tak semua benda boleh saman-saman..apa ke cetek minda HS tu..nak pulak bila kronologi cerita goyah...huhuhu..apa-apa pun simpati dengan nasib liyana manan..

    ReplyDelete
  6. Good info! Agak2 kalau HS nak saman LM..lupakan saja!hehehe

    ReplyDelete
  7. memang kalau ikut saya yg x pandai law pun rasa HS x kan boleh menang... ye la... kenyataan bercanggah.. dalam meletop ckp mcm lain.. dlm PC ckp mcm lain.. temuramah2 ckp mcm lain... pic2 dia pun boleh dibawa sbg bukti ape... saman je la HS... xkan menang.. entah la...dunia sekarang pelik2.. mungkin lawyer tu bestfriend dia... tu pasal berani tu...

    ReplyDelete
  8. I guess walau dari perspektif apa skali pun, HS ni mmg xleh sentuh LM. Cuma saya ada satu soalan, since kes ni dh dpt sgt byk publicity dlm social media etc, kalau masuk court pun adakah ia akan jejaskan proceeding (btol ke term ni)? Saja curious nk tau!

    ReplyDelete
    Replies
    1. jangan risau, Mahkamah agak sukar menerima bukti bukti " "hearsay" ataupun bukti yang terhasil akibat i dengar tu you dengar ni.....mahkamah hanya akan merujuk kepada bukti bertulis / bercetak sahih yang diakui oleh pembut asalnya...contohnya untuk menerima bukti gambar dekat Thailand tu, LM kena panggil tukang ambik gambar asal dan beri keterangan bersumpah di mahkamah....kalau tak gambar tu hanya akan dianggap sebagai bukti yang tiada kesahihannya....ID

      Delete
    2. Kalau kata tukang ambik gambor tu adalah HS n ada Bukti sahib mengatakan HS yg ambik tp HS dh angkat sumpah kata bkn diayg ambik acamna tu lak

      Delete
    3. hs tak boleh sesuka hati kata yang dia x ambil gambar sebab yang keluarkan bukti mula mula kat instagram adalah HS

      Delete
  9. I like what you said. Kesian the wife who has sacrificed for him.

    ReplyDelete
  10. I like what you said. Kesian the wife who has sacrificed for him.

    ReplyDelete
  11. Info bagus! Thanks kak! visit my blog kak :) http://kucingbiruprecious.blogspot.com/

    ReplyDelete
    Replies
    1. tq dik visit akak punya blog......nanti akak visit adik punya

      Delete
  12. tgk lawyer HS tu pn kawan dia sendiri... boleh ke mcm tu kot2 terrasuah ke.. sorry huhuhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lawyer pucuk muda katakan..
      Hehe mestilah kwn sendiri coz takde lawyer lain kot nak kan kes die ni..

      Delete
  13. Haha..terbaik la kak...lengkap serba serbi..

    ReplyDelete
  14. Sis Salam Perkenalan dr sy..
    Terbaik penerangan akak ni..

    ReplyDelete
  15. Saya suka statement akak ni...

    ReplyDelete
  16. Good info sis!! We need more opinions based on law sbb kita mmg tak faham law sgt. Hehe. Keep on doing this sis!

    ReplyDelete
    Replies
    1. welcome dik...akak x blh pergi deep sangat pasal law kalau cerita kat orang biasa biasa...susah nak faham

      Delete
  17. thanks kak atas penerangan akak...

    ReplyDelete
  18. Bagi saya hanez masih tidak boleh mengeluarkan saman malu dengan alasan REPUTASINYA TERJEJAS, kerana dalam blog beutifulnara, hanez sendiri memaklumkan dia masih menerima banyak tawaran berlakon, tetapi dia menolak kerana mahu menyelesaikan masalah ini terlebih dahulu, melainkan seperti yang puan beritahu jikalau hanez ada bukti makcik pasar lempang dia banyak kali, dan memalukannya dikhayalak ramai. Hanez memang menjerat diri sendiri.

    Itu belum lagi bukti dari kenyataannya sendiri dalam melodi, meletop dan gambar2 percutiannya yang menunjukan mereka telah lama mengenali. Saya berharap kak liyana manan diwakili peguam yang akan cungkil semua bukti yang ada dengan teliti, dan berbalik kepada hanez yang masih memutar belitkan fakta.

    ReplyDelete
  19. good to know this...at least boleh tau ape kata lawyer. TAPI LAWYER HS TU SENGAL KE ??
    pucuk muda i guess, bak kata akak blogger. hehe

    ReplyDelete
  20. salam kenal..inilah pendapat bijak pandai..tulis ikut fakta..mana2 wanita berstatus isteripun akan turut rasa sakitnya... penjelasan yg bernas..salam ukhwah..

    ReplyDelete
  21. Pergghhh....terbaik cik non oi..hahaha

    ReplyDelete
  22. Explanation terbaik. Publish besar-besaran. Biar orang kurang berilmu dapat tambah ilmu :)

    ReplyDelete
  23. Good info sis :-)
    Salam perkenalan

    ReplyDelete
  24. Hati- hati nak saman org ni..isteri R tu dh byk berkorban, lahirkan anak ,jaga makan minum..hmmm. http://mommyirisofea.blogspot.com

    ReplyDelete
  25. good info..ingat senang2 nk saman..

    ReplyDelete
  26. Memang boleh faham la kalau begitu gayanya.. Tade senang2 boleh saman. Konon bila saman tu boleh jernihkan keadaan kot. Fikir sebelum bertindak.

    ReplyDelete
  27. Good info! Lm bole saman hs atas sebab mruntuhkan rumahtangga org x?hehe.kat msia ade x law camtu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam dik setakat ni kalau untuk non muslim suami boleh bawa tindakan ke Mahkamah...ingat tak kes Daphne Ikiing dulu? tapi non Muslim setakat ni boleh dirujuk di Mahkamah Syariah

      Delete
    2. sorry maksud akak kalau muslim rujuk ke mahkmah syariah

      Delete
  28. hamis surampas dah takot, x berani nak saman plak...lidah serupa ulaq, bercabang...dasar bet**** pisau cukoq!..gila menyampah tgk dia skang...

    ReplyDelete
  29. good info kak.. bukan senang nak saman org kalau dh org yg nak menyaman pon cakap belit2..
    salam perkenalan :)

    ReplyDelete
  30. Thanks for good Info.... Salam Perkenalan juga...

    ReplyDelete
  31. tqvm for ur info..tapi orang kalau menipu ni dia memang lupa apa yang dia cakap sebelum ni...

    ReplyDelete
  32. setuju sangat2....

    ReplyDelete
  33. Thanks akak...atas penerangan...mmg emo jugak ni...

    ReplyDelete
  34. Apa pun that guy...so bad ...xleh wat somi...senang2 jer buang mcm najis...dulu masa lap u lap i...sumenya ok...skrg gaduh skit da cari lain...da ganti trus...blum buang tp da ganti...siap buruk2kn perasaan kita yg penah enko peluk cium dulu kan...mcm bapak kucing...da sudah enko buat xreti...cari berina lain pulak...resmi ape ni...(sori mmg sakit sgt sgt ati ni ngan jantan spesis cam gitu...sori ya Liyana...betul...apa2 pun dia laki awak...kita paham...tp sikap dia yg buat kita tak suka...sori

    ReplyDelete
  35. Terbaik la kak...puas hati membacanya...

    ReplyDelete
  36. Terbaik la kak.apapun isteri ada hak mempertahankan hak dia.hak sebagai isteri & ibu.

    ReplyDelete
  37. Entry yang sangat bernas..sy suke entry nih...salam perkenalan..ada masa bleh singgah www.takeurstep.blogspot.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. tq lawat blog akak...akak ni baru gak aktif so tak reti sangat nak follow adik....akak belajar pelan pelan ye

      Delete
  38. Terbaek kak..and selamat dtg ke dunia blogging ;)

    ReplyDelete
  39. Saya bukan lawyer pun heran naper la ada lawyer sanggup amik kes ni. Kalau betul tak salah, g amik lawyer fahrin ahmad ker, lawyer nisdawati ka, yg terang2 menang kes.
    Buat pc kejap suh minta maaf.. kejap kata tak kisah. Fenin kuntum. Lebih baik suh ja mr ceraikan cepat lm dan kawin cepat2 ngan hs.
    Psst hs... kalau dia depan org ramai dia boleh kutuk bini 8thn dia..(sebab belum sah cerai) cer pikior Sendiri ya kalau awak esok2 jadi bini dia.
    Kak adibah... I follow u la... boleh x?

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh dik....cuma akak ni baru blajar berblog ni...tak berapa reti nak follow u olls

      Delete
  40. omaii..akak U are great!...biar pompuan tu sedar diri sikit, nak suh minta maaf konon!..geram tul a~...btw, kalau HS tu nak saman LM tu, akak nak tak jadi lawyer LM tu?hehehe :)

    welcome to blogging world =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. insyaAllah dik...akak memang bercadang untuk kembali ke profession ini....soooner

      Delete
  41. Penerangan yg senang utk faham. Info ni berguna utk diri sendiri.. x semestinya kes HS n LM. Selama ni saya pun kabur ttg saman fitnah ni. tkasih skali lagi sbb bagi info yg menarik ni.

    ReplyDelete
  42. Terang jelas lg nyata. Baru sy tahu fitnah ada 2 jenis. Penyampaian yg sempurna n mudah paham. Thanks kak Diba

    ReplyDelete
  43. Salute! Teruskan sis!

    www.azuraabdullah.com

    ReplyDelete
  44. As salam kak adib ratu longchamp.hehe.
    Terang dan jelas fakta yg akak ketengahkan. Bagi saya HS patut muhasabah diri balik sblm keluarkan apa2 statement lagi lps ni. Tadi nak tgk meletop sbb nak tgk parodi,sekali jemputan dia HS...terus bukak lain.haha.

    Saya follow akak ye.ada masa bole baca2 blog saya ye kak (^__^)

    purrfectshaklee.blogspot.com
    Hawa Adam

    ReplyDelete
  45. Mesti HS berkobar2 nk saman...tetiba lawyer dia kata..aiseymennn citer tak teli apacitta!!! Kompem hang xleh menang!! Pastu HS gelabah..terus buat statement...'saya tidak akan saman LM. Saya sedia selesai secara professional.aib xperlu dibuka.dia boleh dtg minta maaf pada saya bila2 sahaja.'

    ReplyDelete
  46. Tq Kak sharing the info
    Betui jgak kan apa yg akak cakap
    Hrmmmm nk saman fitnah tp yg mulakan sia HS dulu ater camna

    ReplyDelete
  47. Salamm..

    Muah!2 tq for sharing info.memang bahasa undang2 susah bebeno nak paham...but the way you explain...nampaknya otak sy bole terima dan paham...leh la jadi rujukan untuk diri sendiri kot2 tetiba ada org nak saman ke..kikiki..

    ReplyDelete
  48. Hebat la kakak...padan muke c hs 2...

    ReplyDelete
  49. Tq kak for sharing...at least kami yg tak tahu dpt faham ckit istilah2 law ni. Bkn senang nk saman org.

    ReplyDelete
  50. Semoga semuanya settle segera dan yang berhak mendapat haknya.

    ReplyDelete
  51. Terima kasih semua keran sudi baca blog saya

    ReplyDelete

Nuffnang Ads