Friday, March 7, 2014

LIYANA MANAN v. ROMIE : Dari Sudut Undang Undang Islam

LIYANA MANAN


V.


MR. R

Salam uollsss.......sesungguhnya akak rasa sangat sangat berterima kasih kerana uolls sudi membaca blog picisan akak ratu ni.....sukacita dimaklumkan bahawa akak ni bukanlah hebat sangat, masa jadi peguam dulu pernah jugak kalah kes, kena marah dengan anak guam, hakim dan lain lain lagik....so janganlah puji akak lebih lebih taw......mak malu!!!

Frankly speaking, akak bersimpati sangat sangat kepada sebahagian daripada masyarakat yang sememangya zero pasal undang undang, yelah mungkin kerana kurang pendedahan ataupun mempunyai persepsi bahawa kalau nak jumpa lawyer mahal yurannya...so bila kes Hanez Suraya dan Liyana Manan timbul, akak terpanggil untuk berkongsi serba sedikit pengalaman yang akak ada.....kita kalau berilmu jangan kedekut nak berkongsi dengan orang lain.....besar pahalanya....(Very the ustazah kan?????)

Oklah,  as usual akak nak letak benda alah ni dulu yekkkkkk!!!!!!

DISCLAIMER: 

"Segala apa yang ditulis dalam Kak Adib Ratu Longchamp @ adibahashak.blogspot.com untuk artikel ini hanyalah berdasarkan pengalaman, kajian dan pendapat beliau sebagai bekas peguam yang berpengalaman selama 11 tahun lebih dan juga ianya berdasarkan fakta fakta yang didapati di media sosial/ media sahaja. Segala yang ditulis tidak akan mengikat ataupun mempengaruhi apa apa keputusan ataupun fakta kes SEKIRANYA kes ini difailkan di Mahkamah. Kak Adib Ratu Longchamp jugak tidak berniat untuk memburukkan mana mana pihak yang terlibat dalam kes ini samada yang hidup mahupun yang telah meninggal dunia"

Oh ya, berhubung dengan entry akak sebelum ni, ramai jugak yang bertanya:

"sekiranya tak cukup bukti boleh tak Hanez saman Liyana"???

Jawapannya ialah "BOLEH".

Tetapi........kalah atau menang tak dijamin oleh kerajaan yerk...

Adik manis tarak faham? Semalam akak kata susah HS nak menang kes tapi hari ni kata boleh pulak? Sabar dik sabar, jangan nak lempang akak .........ceritanya macam ni:

"Uolls, boleh nak saman sapa sapa pun..... takde undang undang yang kata, kalau you tak cukup bukti tak boleh filekan saman.....tapi, uolls kena ingat, bila uolls dah failkan saman di Mahkamah, ianya bermakna uolls dah mulakan satu tindakan undang undang terhadap seseorang....pasai apa??....kerana saman telah didaftarkan di Mahkamah"

HATI HATI YE!!!

Ini bukannya perkara main main......sekiranya kes itu dipanggil untuk perbicaraan dan Hakim mendapati bukti yang kita kemukakan tak kukuh terhadap si polan tadi......kes kita akan dibuang dan........uolls kena bayar balik KOS kepada orang yang kita saman tadi.....bukan setakat kos minum teh tarik saje ye.....ianya merangkumi keseluruhan perbelanjaaan orang yang disaman iaitu seperti kos perbelanjaan, kos guaman dan lain lain

Scary tak? dahlah kita kena bayar kos upah lawyer yang wakili kita...pas tu kena bayar pulak kos orang kita saman tadik.....duit tu abang abang oi....boleh beli 8 sport rims....bayangkan....so sebab tu akak dah bagitau dalam entry sebelum ni, jangan sikit sikit nak saman orang ....jiran amik pokok serai sebatang nak saman, anak jiran gaduh dengan anak kita pun nak saman.......

Berbalik kepada isu Liyana Manan (LM) dengan Mr R yang masih berstatus suami kepada beliau.....kes depa ni pulak membabitkan kes di Mahkamah Syariah...Sejujurnya akak bukanlah seorang Peguam Syarie tetapi mempunyai pengetahuan serba sedikit berkenaannya kerana semasa akak belajar di universiti dulu, kami semua wajib lulus undang undang keluarga Islam.

Secara ringkasnya akak akan cuba sedaya upaya untuk mengupas serba sedikit berkenaan kes LM dan juga Mr R.

Dakwaan dakwaan LM dan Mr R:


  • Mr R mendakwa bahawa LM tidak taat kepada beliau apabila keluar rumah tanpa izin. a.k.a nusyuz
  • LM pulak mendakwa Mr R telah mengabaikan tanggungjawabnya kepada beliau dan keluarga
  • Atas sebab itu, LM telah memfailkan fasakh terhadap Mr R


Peningkan? kalau dah tak suka macam macamlah...time bercinta dulu kentut pun wangi....ooooppppppssss! terlebih sudah.......Lagi teruk time tak suka tu anak dah keluaq 2...sedey sedey.....However, kalau dah tak boleh nak berbaik, takkan nak paksa lakkan? Kaunseling sampai 4000 kali tapi makin lama makin rasa nak tikam menikam sesama sendiri pulak........daripada masuk jail sebab membunuh baiklah berpisah....

Kalau tak silap akak LM telah 2 kali memfailkan tuntutan cerai terhadap Mr R...yang terakhir ni dia failkan fasakh....

Apa tu fasakh?

Mengikut Encik Wikipedia:

Cerai fasakh adalah cara untuk membubarkan perkahwinan berdasarkan sebab sebab tertentu. Antara sebab-sebab yang membolehkan permohonan fasakh:

  • Tempat suami berada tidak diketahui selama lebih setahun
  • Suami dihukum penjara selama 3 tahun atau lebih
  • suami tidakmengadakan peruntukkan nafkah bagi 3 bulan
  • Suami tidak menunaikan kewajipan perkahwinannya (nafkah batin) tanpa sebab yang munasabah selama tempoh satu tahun
  • Suami mati pucuk masa berkahwin sehingga sekarang dan tidak diketahui oleh puan
  • suami telah gila selama dua tahun atau sedang mengidap penyakit kusta, vitiligo atau penyakit kelamin yang boleh berjangkit
  • Jika perempuan dikahwinkan oleh wali mujbir perempuan sebelum baligh, perempuan itu masih belum disetubuhi suami dan masih belum mencapai umur 18 tahun , kini menolak perkahwinan itu

So yang  mana satu sebab sebab di atas sesuai untuk  kes LM dan Mr R?

Akak rasa LM mesti menuntut yang No. 3, sebab, di media massa beliau menyatakan bahawa Mr R dah lama buat perangai, tak endahkan nafkah beliau dan anak anak....(correct me if i'm wrong). Untuk berjaya, LM kena buktikan di MahkamahSyariah bahawa Mr R telah mengabaikan keluarganya.....Kalau berjaya LM boleh menuntut segala haknya sebagai isteri seperti mutaah, nafkah edah dan juga harta sepencarian

Persoalannya di sini, Mr R juga telah mengeluarkan kenyataan bahawa LM telah tidak pulang ke rumah walaupun telah diarahkan oleh beliau? so matter dah jadi lebih complicated....LM nusyuz pulak......tapi dalam kes ni jika tuntutan fasakh telah difailkan terlebih dahulu dan berjaya dibuktikan peluang LM lebih cerah dan kemungkinan besar isu  nusyuz is not applicable anymore......

Hak penjagaan anak

Uolls kena ingat ye, hak penjagaan anak adalah satu isu lain dalam kes ini....ianya boleh didengar bersama tuntutan fasakh tetapi isunya adalah berasingan...contohnya macam ni:

Pn K berjaya dalam permohonannya untuk perceraian secara fasakh....walaupun berjaya mendapatkan perintah bercerai, belum tentu Pn K akan mendapat hak menjaga anak-anaknya kerana Mahkamah akan mendengar isu tersebut secara berasingan. Op kos, Mahkamah akan melihat kepada kebajikan kanak kanak tersebut. Melainkan dah ada persetujuan kedua dua pihak anak diserahkan kepada  si ibu ataupun si bapa..... macam kes Erra Fazira....

Dalam undang undang Islam,sekiranya anak itu belum lagi mumaiyyiz (cukup umur),secara  otomatik hak penjagaan anak tersebut akan jatuh kepada ibunya KECUALI  ibu tersbut adalah seorang yang tak senonoh pekerjaan dan perangainya seperti bekerja sebagai pelacur....

Dalam kes LM v. Mr R, op koz depa berdua kena lawan lawan macam citer otoman kat dalam court....jap......? Otoman dah kena haram???? 

Sebagai penutup kata, sama samalah kita mendoakan yang terbaik untuk mereka berdua ni.....kalau dah tak suka, lepaskan secara baik....kebajikan anak anak jangan diabaikan....life goes on kan..........

Wallahualam.....







4 comments:

  1. A good blog entry to read. Especially about the law. Paling best diterangkan secara santai. I bab undang2 ni memang bukanla bidang nya...

    ReplyDelete
  2. Salammm..againsss good info and tq for sharing..muahh!

    ReplyDelete

Nuffnang Ads