Sunday, March 16, 2014

NASIB KAPTEN ZAHARIE AHMAD SHAH DAN PENUMPANG MH 370....apa undang undang kata/what the law says?





Salam,

Seperti  yang kita semua tahu bahawa satu lagi masalah yang tidak dapat diselesaikan sehingga ke hari ni iaitu misteri kehilangan MH370 yang lost, ghaib dan tak dapat dikesan sama sekali....Nak kata terhempas tak juga..kena sorok dek jin/hantu pun idak juga.....hairan bin ajaib sungguh kan?

Kadang kadang bila baca berita berita di Facebook akak selalu membayangkan bahawasanya kita semua berada dalam cerita James Bond ataupun Mission Impossible. Tiba tiba ada sorang mamat hensem jadi hero pergi carik kapal terbang and jumpa..... rupa rupanya kapal terbang tersebut kena tawan dek alien...maka selamatlah semua penumpang seramai 239 orang tu.......ceh!!!!! dongeng sungguh kan? hahahhahhaha

Berbalik kepada cerita penumpang 239 kat dalam tu.......akak mendoakan semua dapat dijumpai dengan selamat.....


TETAPI

Macamana kalau tak jumpa? bertahun tahun cari, tapi still tak jumpa? apa yang akan jadi kepada aset dan liabiliti orang yang hilang tu? takkan nak biar begitu sahaja kan? Macamana dengan hutang hutang, akaun bank, hak jagaan anak (sekiranya bercerai), harta peninggalan dan lain lain lagi? akan dibiarkan tanpa bertuankah? So apa yang harus dibuat oleh keluarga mereka?

Kat sini akak nak kupas sikit apa yang perlu dilakukan......perkara ni juga terpakai kepada kita sekiranya ada ahli keluarga kita yang tak dapat dikesan....bertahun tahun carik, tak jumpa jugak.....nak buat apa???? Kena jumpa Pak Berahim bomoh Do Re Mi ke????hahhahahahahha, akak no komen....nanti kena saman pulak.....

Okeh, akak nak uolls baca ni betoi betoi........

Di Malaysia, sekiranya tak ada petunjuk langsung tentang orang yang hilang tu.........SELEPAS 7 TAHUN.........uolls kena memohon kepada Mahkamah Tinggi satu perintah/pengisytiharan bahawa seseorang yang hilang itu telah mati dan ianya dikenali sebagai:

"PERINTAH ANGGAPAN KEMATIAN"

Peruntukkan undang undang berkenaan ini ada dinyatakan dalam Seksyen 108, Akta Keterangan 1950...

Beban membuktikan bahawa seseorang yang tidak didengar khabar mengenainya selama tujuh tahun masih hidup

108. Apabila soalnya sama ada seseorang itu masih hidup atau telah mati, dan dibuktikan bahawa tiada apa-apa khabar telah didengar mengenainya selama tujuh tahun oleh orang yang sepatutnya mendengar khabar mengenainya jika dia masih hidup, beban membuktikan yang dia masih hidup beralih kepada orangyang menegaskannya.

Apa dia tulis ni kak? tak faham??? hahahhahha .......maksudnya selepas tujuh tahun uolls dah boleh anggap si polan A telah mati sekiranya tak ada langsung khabar berita yang dia masih hidup.....

KECUALI

Adanya orang lain yang boleh buktikan bahawa si polan A masih hidup....

Hahahhahaha ingat senang nak jadi loyar buruk????

Kalau uolls pergi ke kedai  buku MPH ke, Popular Book Store ke, cuba cari Akta Keterangan 1950/Evidence Act 1950........baca seksyen 108 di atas......ini pengetahuan umum ye...tak perlu nak upah lawyer semata mata nak baca Akta ini....

Conclusionnya, .....selepas 7 tahun baru boleh failkan permohonan ni di court.....

Tetapi bagi keluarga Islam terlibat, yang contohnya nak mintak kebenaran berkahwin lain, tempoh ini mungkin berbeza beza mengikut Undang Undang Islam negeri tersebut....sebagai contoh kat  KL, 4 tahun hilang je dah boleh memohon kepada Mahkamah Syariah untuk keluarkan perintah......tetapi sekali lagi  akak nak ingatkan, pengecualian ni hanya untuk perintah yang berkaitan dengan tuntutan tuntutan syariah sahaja.....

Macamana kalau terdapatnya bukti anggapan kematian sebelum tibanya 7 tahun?

Ni yang akak nak panggil Pak Berahim lempang uolls ni.....kan akak dah bagitahu kat atas,

"sekiranya tak ada petunjuk lansung selepas 7 tahun barulah uolls boleh mintak perintah Mahkamah untuk anggapan kematian"

Meaning to say, vanished.......gone......

But, sekiranya esok lusa kerajaan jumpa kapal terbang dalam laut, semuanya ada dalam laut dan hanya si polan B sahaja yang tak dijumpai di dalamnya, berulang kali carik tapi tak jumpa jugak....

Mahkamah Tinggi boleh membuat andaian dan mengeluarkan satu "Perintah Anggapan Kematian" bahawa si polan B telah dijumpai berdasarkan bukti bukti bahawa kapal terbang tersebut telah terhempas dan sebagainya....

Ada faham adik mannis???

Macamana pulak dengan rakyat asing yang naik flight tu??

Ok, depa memanglah tertakluk kepada undang undang negara depa sebab depa bukan rakyat Malaysia....tetapi, sedikit sebanyak mereka terpaksa jugak tunggu pengisytiharan daripada Mahkamah Malaysia bahawa sedara mara mereka yang hilang tu sudah tak dapat dikesan selama 7 tahun......pasai apa????

Jawapannya:


  • flight MH 370 adalah milik syarikat Malaysia
  • flight MH370 berlepas dari Malaysia
  • tempat asal berlakunya kemalangan/peristiwa adalah di Malaysia
  • tidak ada bukti yang flight MH 370 tersebut dijumpai di mana mana negara


Lepas dapat surat perintah/pengisytiharan tersebut barulah depa boleh buktikan kepada negara mereka untuk proses tuntutan insurans, tuntutan harta dan sebagainya.....

So akak harap penjelasan akak ni dapatlah mencerahkan sedikit pemikiran kita ni....tak detail sangat sebab nanti tulis panjang panjang uolls sure akan tertido.....hahahhahhaha!!!

PRAY FOR MH 370!


3 comments:

  1. Harap kita tak perlulah sampai kena tunggu 7 tahun ye kak. semoga Allah permudahkan segala usaha pencarian pesawat tu kan ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Elia, terharunya akak orang sefamous Elia sudi baca blog akak......

      Sama sama kita doakan agar mereka semua selamat....Ameen

      Delete
  2. Eh lama tak baca blog jejariruncing...

    ReplyDelete

Nuffnang Ads