Sunday, March 9, 2014

TERIMA SAMAN dari mahkamah??? APA NAK BUAT?

ADUHAI..


Hati akak dup dap 2-3 hari ni, tambah tambah lagi bila dengar berita pasai MH370 yang hilang....my dua' goes to them. Ingat tak post akak sebelum ni??? "Miracle does exist" @ Keajaiban boleh berlaku...yang pasti kalau kita betul betul berdoa, InsyaAllah akan dimakbulkan....

Ok, berbalik kepada tajuk yang konon konon gempaqlah......hahhahhahha

Apa perasaan uolls kalau disatu pagi yang hening, lepas minum kopi dihidang oleh isteri muka  iras iras Hanez Suraya.

Tiba tiba, posmen park baik punya depan rumah kita, panggil kita suruh sain kad pos berdaftar (A.R Registered).....kita ni excited gilalah kan??? kut kut menang cabutan bertuah ke.....time tu gak pi collect....malangnya, bila baca rupa rupanya kita dapat surat cinta dari court!

SO APA NAK BUAT????? BUAT BUAT PENGSAN????

Tak jalan babe, saman tetap saman.......so apa lagi???? I SEE YOU IN COURTLAH!!!!!

Tapi akak faham, even kalau akak pun yang bertahun tahun dah bergelumang dengan bidang kepeguaman ni akan seriau bila dapat saman.....tak kesahlah saman parking ke saman polis ke....

BERTENANG!!! moh akak ajar apa uolls nak buat bila terima saman daripada Mahkamah:

Pertama sekali apa yang uolls kena buat, tengok dulu title ataupun subjek saman tu.....selalunya kat bahagian atas sekali dokumen tersebut. Nampak? kat atas sekali tu akan ditulis samada kes itu difailkan kat Mahkamah di Mahkamah mana.....cuba tengok contoh kat bawah ni.

DALAM MAHKAMAH TINGGI DI SHAH ALAM
DALAM NEGERI SELANGOR DARUL EHSAN, MALAYSIA
GUAMAN SIVIL NO: XXXXXX-XXXX-XX


ANTARA

CIK PEAH BIN CIK TOM                                                       PLAINTIF
                                                                                     


                                                                             DAN

CIK BEDAH DOT DOT                                                             DEFENDAN
                                                                                     


PS: PLAINTIFF:       Pihak yang saman kita
      DEFENDAN:      Pihak yang di saman


Kat contoh atas ada tulis "Dalam Mahkamah Tinggi Sivil Malaya Di Shah Alam"......so daripada sini uollss dah dapat tahu bahawa:

a) Kes uolls akan di didengar di Mahkamah Tinggi
b) Kes uolls akan didengar di Shah Alam

Melainkanlah kalau korang memang tak reti baca ataupun bengong. Tajuk saman tu dah terang terang tulis kat mana uolls kena pergi, tetapi uolls tetap gak pergi ke Mahkamah Tinggi Pulau Pinang....

Eeeeeeee.....ringan je tangan akak!!!!

Kedua, cuba tengok bab nama pulak ....betul tak nama uolls??? janganlah nak emo tak tentu pasal sampai tak tengok nama....beria iya lantik lawyer berbagai, rupa rupanya posmen tersilap hantar.....the worst part is....rupa rupanya saman tu untuk jiran uollsss....nama dia Dollah nama u pun Dullah....beza hurup je....camne tu??

Ketiga, tolonglahhhhhhhhh tengok tarikh kat bawah saman tu, akan ada tertulis maklumat yang anda dikehendaki hadir ke Mahkamah pada tarikh/jam  bila dan bila.....yang ni penting...tengok betul betul......kalau silap tarikh mau haru dibueknya.....kalau sebelum tak apa jugak, tapi kalau terlepas???? Mahkamah boleh jatuhkan penghakiman tanpa kehadiran uolls taw.....

Jenis-jenis Mahkamah:

Bab ni ramai yang konpius.....kalau dengar Mahkamah, main hentam je.....

Ibu, ibu, bapak, bapak........ kat Malaysia ni  Mahkamah ada beberapa jenis....sebab tu akak ajaq suruh hangpa tengok heading kat saman tu.....Kalau Mahkamah Sivil/Jenayah tu maknanya kes kes yang melibatkan Mahkamah biasa a.k.a bukan kes kes Syariah.... Kalau Mahkamah Syariah pulak, heading tu akan tulis "Dalam Mahkamah Syariah di........" hangpa jangan keliru tau.... bukan main pi carik loyar KERPAL SINGH , walhal kes tu bini nak tuntut cerai.......(iyalah mem baru muka artis kan????) hahhahhaha

Keempat, baca isi dalam saman tu abis abisan....jangan dapat terus campak..dalam saman tu ada tulis macam macam, tuduhan dan tuntutan terhadap uolls.....uolls kena tahu ye.....selalunya kalau saman yang kita dapat secara berpos ataupun ada orang mai serah kat kita, kebiasaannya itu saman sivil....

Apa tu saman sivil? senang citer, saman sivil ialah saman yang tak ada unsur unsur jenayah.....contohnya macam hutang bank, hutang kereta, saman malu dan yang seangkatan dengannya.....kalau kes bunuh, pukul, curik duit tu bukan posmen yang datang hantaq ya....itu abang polis yang datang.......

Kelima, cepat cepat hubungi pihak loyar yang keluarkan saman tu....selalunya kat belakang saman akan ada tertulis macam ni:

"Saman dan Pernyataan Tuntutan ini telah pun difailkan oleh Tetuan xxxxxxx yang berlamat di xxxxxxx. No ruj: xxxxxxx, No telefon xxxxx".

Cepat cepatlah uolls contact telefon lawyer yang prepare saman tu...tanya dia apa nak buat, samada masih boleh dibawa berbincang dan lain lain lagi. Selalunya kalau hutang bank, mereka akan bagi nombor pegawai bank yang handle kes anda....manalah tahu setelah berbincang kes anda ditarik balik ataupun diselesaikan di luar mahkamah....

Keenam,  bila dah habis baca, cepat cepat pi carik loyar.....kalau nak wakil diri sendiri pun boleh gak.... tapi betterlah cari yang pakar untuk mendapat khidmat nasihat....satu perkara yang akak tekankan kat sini ....tak semua loyar akan mintak bayaran bila first time jumpa untuk khidmat nasihat.....bila jumpa selalunya depa akan bagitahu berapa upah dan kos yang akan dikenakan.....later its up to you samada nak teruskan ataupun idak....kalau mahal ......ada beribu lagi loyar lain yang sedia ambil kes anda....dan selalunya bayaran ni boleh dirunding......jangan risau.

Lagi satu, jaminan samada anda akan menang kes tu bukan bergantung kepada hebatnya loyar tu....semuanya bergantung kepada kesungguhan mereka terhadap kes tersebut.....ada kawan akak baru bukak opis loyar, seorang kerani pun takdak, dia taip, dia angkat tepon, dia pergi mahkamah, semua dia buat sendiri......tapi beliau sangat komited bila handle case and you know what?????baru baru ni akak dengar dia menang satu kes ternama kat Malaysia.....

Oklah, akak hope tulisan akak ni dapat membantu serba sedikit dalam permasalahan uolls.....sekiranya hutang uolls mencecah 8 juta pun, jangan risau sampai nak terjun jambatan Pulau Pinang yang baru bukak tu.....semuanya boleh diselesaikan secara baik dengan cara berbincang.....berdasarkan pengalaman akak sebelum ni, Mahkamah Malaysia amatlah menggalakkan kedua pihak pihak untuk berbicang secara baik sebelum sesuatu kes itu diteruskan untuk perbicaraan.....

Well, Good Luck!!!


46 comments:

  1. Mahkamah ada serve saman ke? @ peguam pihak menuntut/plaintif / polis / jpj?

    ReplyDelete
  2. Salam en anonymous, kebiasaannya untuk kes kes sivil, apabila saman di failkan, mahkamah hanya akan endorsed dan sealed saman tu dengan cara mengecop di saman tersebut. Pihak Peguam atapun pihak yang failkan saman tersebut yang akan serve saman tersebut samada secara pos, kediri (serah sendiri) ataupun penyampaian ganti- maksudnya terpaksa iklan ataupun tampal di premis sekiranya orang yang di saman tidak dapat dijumpai.

    kalau untuk Polis ataupun JPJ kebiasaanya mereka akan pos ataupun cari sendiri tertuduh untuk menyerahkan saman tersebut....bergantung kepada keseriusan kes tersebut.

    ReplyDelete
  3. nak tambah sedikit ya kak. berdasarkan pengalaman sendiri terima surat saman, kena hubungi pihak lawyer yg kluarkan saman tersebut untuk mengesahkan kita akan hadir time sebutan dibuat.

    saya dah kena. since x tau procedur, i pun x la contact that lawyer office. so, pada hari sebutan saya datang. tp lawyer kata dia tarik balik kes. saya pun lega. Rupa2nya several days lpas tu terima lagi surat mhkamah kata penghakiman ingkar sebab katanya saya x datang time sebutan kes. padahal saya mmg dtg ke court pada tarikh yang tertera.

    turns out, we have to bagi tau lawyer yg kluarkan saman tu yg kita akan hadir tarikh sebutan tersebut, tu baru bukti kehadiran katanya.

    ReplyDelete
  4. sebab tu akak ada nasihatkan di perenggan kelima bila dapat surat saman cepat cepat hubungi lawyer yang keluarkan saman untuk berbincang. Bincang tu maksudnya u kena tanya segala berkaitan dengan saman tersebut..kena hadir mahkamah ke tidak...kadang kadang pihak yang menyaman kita tu bersedia nak beri tarikh kehadiran mahkamah yang baru mungkin nak settle out of court..tapi tu semua bergantung kepada mahkamah.....dinasihatkan hadir ke mahkamah pada tarikh pertama yang ditulis kat saman tersebut.

    ReplyDelete
  5. Baguslaaaa... dapat info mcm ni ... yg tak tahu bole tau ... dpt ilmu ...

    ReplyDelete
  6. Best la kak. Sy x prnh dpt saman tp klu dpt saman (barang dijauhkan Allah!!) Sy tahulah apa nk buat. Tq very much!

    ReplyDelete
  7. Salam...sy nk tanya, kalau sy selesaikan hutang sbg penjamin (nama sdh kena blacklist sbb yg berhutang gagal buat bayaran dgn consistent) kpd bank, boleh ke sy buat saman ke atas org yg dijamin? Sy minta mereka byr hutang utk clearkan nama dr blacklist...mereka setuju n dh buat arrangement dgn bank..tup2 x jadi sbb dh guna duit utk biz sendiri...minta bantuan akak jelaskan...

    ReplyDelete
  8. Salam yana. U blh buat saman baru terhadap peminjam utama selepas I settlekan hutang yang tertunggak. Kalau amount lebih 5000 dinasihati mengupah peguam ye sebab ianya agak complicated

    ReplyDelete
  9. Salam kak... nk mnta bantuan...
    Saya ada mslah td bru dpt tau... dpt notis dr xtau lawyer atau tidak bkenaan pinjaman sy... asalnya sy pakai kad kredit aeone... kemudian sy ada mslah dlm bisnes... n gagal selesaikan hutang ttunggak... kmudia mrk offer sy reschedule jadual yg dinamakan personal loan... tp atas desakan yg amat sgt sy gagal beberapa bulan utk mbuat pmbayaran... skrg mrk kata sudah ada laporan polis n harus ke mahkamah pd 26 mac ni... betul atau x sy xpasti... cz xde surat dr mahkamah atau sbgnya... cuma yg ada surat lawyer shj. Skrg katanya sy cuma ada satu pilihan iaitu bur habis hutang sy anggaran 3k sebelum pkul 1tghari pd 25hMac.. sy buntu... n takut... boleh tak sesiapa bantu sy... tq..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sherryl, sorry akak baru terbaca komen awak..kenapa aeon nak buat laporan polis pulak? kalau tertunggak hutang mereka just perlu filekan saman dan selesaikan tuntutan di mahkamah sahaja...so, jangan risau.... harap sherryl email akak cerita selanjutnya kat kakadib75@gmail.com...nak reply panjang panjang kat sini bahaya

      Delete
  10. Salam kak...best baca ttg law. Salam perkenalan kak...

    ReplyDelete
    Replies
    1. w'salam ....kalau minat sambunglah belajar....jadi lawyer....hahhaa

      Delete
  11. assalamualaikum
    akak, sye pun same mcm pembaca tadi. sy dtg ke mhkamah tp sebnrnya dah dijtuhkn hukum ingkar. so ap sye perlu buat, padahal sy ad bukti yg saman yg dikemukakan tu tak benar.
    mohon sgt nasihat dari akak...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Azi, tolng emailkan fakta kes azi dekat kakadib75@gmail.com. dekat sini panjang sangat nak tulis..

      Delete
  12. Assalamualaikum...
    Nk tnya... klu diminta p ke Mahkamah Seksyen PJ coz tak byr saman JPJ dan saman telah diserahkan padahal tak dpt surat saman ape pun... mslhnya semasa bicara nanti boleh tak minta hakim kurangkan jumlah byrn saman tu... tq

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam En Anonymous, saya sarankan En hadir ke mahkamah pada tarikh yang ditetapkan. En dinasihati untuk membuat rayuan agar denda dijatuhkan seringan ringannya. Contoh rayuan: " saya berpendapatan bla bla...anak berapa orang bla bla.." (bergantung kepada permasalahan en alami).

      Jangan hanya hanya mengaku salah tanpa membuat sebarang rayuan. Nanti hakim akan terus jatuhkan hukuman mengikut denda yang ditetapkan. Setahu saya denda saman JPJ agak tinggi jugak jumlahnya berbanding dengan saman polis. kalau tiada roadtax boleh dikenakan denda antara RM600 ke atas. So kalau ada rayuan, kemungkin jumlah tersebut dikurangkan bergantung kepada Magistrate

      Delete
    2. Tetapi sekali lagi saya ingin tekankan bahawa segala galanya bergantung kepada budi bicara Magistrate/Hakim yang mengendalikan kes En.

      Delete
  13. Salam kak...
    alhamdulillah tjumpa blog nie
    ..pening kpala fikirkn psl saman nie...
    Br nie sy ada trima srt saman n minta sy hadir ke mhkamah pd 24hb april nie...sy ada tbaca dlm surat tue dia ckp sy boley mngantikan kehadiran sy ke mhkamah dgn mnghantat sampul surat beralamat sndiri bserta wang pos 5hengget
    .so tue apa mksudnya?? Sy xyah hadir ke mahkamah pn boley la kan..?? Mohon penjelasan segera plezzz....:-(

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Khayla..boleh email cerita dan fakta sepenuhnya kenapa awak disaman ke email akak di kakadib75@gmail.com ? Cepat ye nanti kalau boleh sebelum 24 hb ni. Nanti akak akan tolong telitikan apa yang perlu dibuat

      Delete
    2. salam akak,sy nak tanye ni,apa yang perlu saya lakukan sekiranya sy disaman jpj kerana roadtex mati...?sy perlu hadir ke mahkamah namun pada tarikh tersebut saya x dapat pergi kerana sy sedang belajar di ipt...orang jpj tu kata boleh hantar wakil tapi kena buat surat....apa yang perlu saya lakukan?

      Delete
    3. macamana nak buat kalau yang kena saman x dapat hadir atas sebab belajar?

      Delete
    4. W,salam...
      sekiranya JPJ dah sahkan adik tak boleh hadir dan diwakilkan...adik boleh hantar saudara mara terdeka seperti ayah ataupun ibu ke mahkamah bawa surat yang menunjukkan adik belajar di mana dan pada tarikh tu ada periksa etc etc.....sila suruh wakil yang hadir merayu ye sebab saman JPJ agak tinggi...cakaplah adik tengah belajar syah tak kerja......bla bla agar hukuman diringankan....

      Delete
  14. Salam kak..
    ada trima emel sy x??
    Sy dh emelkan td...tlg ekk kak...:-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. khayla...x dapat pun...boleh email balik ke kakadib75@gmail.com.....ataupun adibahashak@yahoo.com

      Delete
  15. As salam puan, sy ada kemusykilan sket nk tanya

    Pd bulan 11 tahun lepas 2013, suami saya ada dpt surat mahkamah saman JPJ. pada hari dan waktu yg di tetapkan dia pun pi mahkamah. sampai kat sana, dia terjumpa polis yg bertugas di mahkamah dan bertanya di mana kamar penghakiman kes dia. Polis tu ajak ikut tp bukan ke kamar hakim sebaliknya terus sumbat ke lokap mahkamah. Dalam lokap br polis tanya ada bawa duit ke tuk bayar saman. suami sy cuma bawa sikit coz mmg mmg x de duit. ingat nk buat rayuan ke apa ke... polis tu mintak suami sy call sape2 tuk bawa duit penuh saman sblum jam 5. kalau gagal akan di bawa ke lokap palai polis pula. pas sy dh bayar penuh baru suami sy di bebaskan. cam tu ke puan?

    Tq
    Jamm

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Pn, komen yg akan saya berikan di sini hanyalah berdasarkan fakta ringkasyg pn bagi....kalau nak penerangan lanjut pn blh email saya dan ceritakan fakta penuh kes suami Puan.

      Pada pendapat saya kemungkinan suami pn mungkin lambat/ gagal ke mahkamah sehingga menyebabkan hukuman dijatuhkan oleh majistret tanpa kehadiran suami pn. Kemungkinan besar hukumannya adalah penjara sekiranya suami pn gagal menjelaskan denda...

      Delete
    2. maka oleh sebab itulah suami Pn dipenjarakan dan diminta menjelaskan bayaran denda sekiranya mahu dilepaskan...

      Delete
  16. akak mohon bantuan saya excident dengan anggota polis. saya nak masuk simpang ke office dah tengok kiri kanan jalan clear jadi saya belok. tiba-tiba ada sebuah motosikal ni laju hentam sebelah tepi kereta saya kena tayar depan. Akibat dia ni memandu terlalu laju kecederaan dia patah kaki. saya yang panggil polis untuk buat siasatan alih-alih saya yang kena saman seksyen 43. peg trafik tu cakap sebab org tu patah kaki jadi kes saya kena naik mahkamah. seksyen 43 tu minimum 4000. jadi saya nak buat rayuan untuk turunkan seksyen. saya rasa tak patut saya yang dipersalahkan akibat dia patah kaki. kalau peg trafik nak saman saya sebab excident RM300 menghalang jalan tu saya boleh terima lah sebab saya dah pastikan jalan clear sebelum belok. Orang tu patah kaki akibat dia memandu laju. sepatutnya dia yg tanggung kesalahan tu bukan saya. Lagi pun apa guna had laju kalau dia memandu laju dan patah kaki, saya yang terima akibatnya. j

    sekarang ni saya nak tanya macam mana nak hantar surat kat timbalan pendakwaraya minta turunkan seksyen sebab saya tak layak untuk minta bantuan guaman namun tak juga mampu nak bayar lawyer.

    harap boleh bantu saya

    ReplyDelete
  17. Salam kak Adib , saya ade pertanyaan mengenai saman malu . Bole x kak Adib check email . Bantuan kak Adib amat2 saya perlukan saat ini .. :(

    ReplyDelete
  18. salam kak saya kene saman sivil kemalangan jalan raya..peguam insurance sy suh dtg bg keterangn kat mahkamah segamat..apa persediaan sy perlu buat dan soalan yg kerap ditanya oleh peguam plaintif yg berkaitan dengan kes seperti saya/?

    ReplyDelete
    Replies
    1. sila hadir ke mahkamah pada tarikh yang ditetapkan....kalau boleh cuba ingat betul betul mcmana acc berlaku....semak kembali laporan polis cik.....kebanyakkan soalan adalah daripada laporan tersebut.......jangan risau sebab kebiasaannya peguam cik akan ajar untuk jawab apa dalam perbicaraan.....jangan risau juga sebab dalam kes kemalangan tidak ada kes masuk keluar penjara....ianya hanya kes sivil yang mana kesalahan akan dijatuhkan hukuman berapa sykt insurans cik kena bayar kepada si penuntut

      Delete
  19. Assalamualaikum akk.
    Mohon bantuan akk untuk penjelasan lanjut.
    Saya xcdent bulan 5 lps antara kereta (saya)& motor.lepas buat report polis saya balik ke KL, saya x report pd syarikat insurans.hari ni saya terima Surat peguam dr pihak terlibat supaya menyerahkan salinan I/c,lesen,report polis & report y dibuat kepada syarikat insuran.maklumat tersebut perlu saya bekalkan kepada mereka.kelihatan spt mahu claim insurance kereta saya.apa y perlu saya lakukan.

    ReplyDelete
  20. Salam akak,

    Saya ada emel masalah saya ke emel akak. Saya x berani nak bercerita lebih lanjut di sini. Mohon bantuan. Terima kasih

    ReplyDelete
  21. Salam Kak Adib,

    Saya nak minta penjelasan tentang saman JPJ yang perlu hadir ke mahkamah. Saman atas 1) pemandu tiada lesen 2) Kenderaan atas nama saya. Wakil dibenarkan untuk sebutan kes di mahmakah. Boleh terangkan wakil cuma untuk pemandu @ pemilik kenderaan sahaja? Atau kedua2 tertuduh boleh diwakilkan oleh orang lain @ wakil/pemilik asal wajib hadir ke mahkamah?

    ReplyDelete
  22. tq atas penjelasan...sangat memberi maklumat... tq juga pada yg komen dpt sedikit maklumat..
    kak adib saya ada email pada akak. harap akak terima.

    ReplyDelete
  23. Assalamualaikum kak..sy ade email akak..harap akak xkeberatan nk balas..trime kasih byk2

    ReplyDelete
  24. Assalamualaikum Cik/Puan Adib.Sya ingin bertanya pasal penghantaraan sama ini?
    1)cara penghantaran Saman mahkamah civil n syariah sama ke?
    2)Selain daripada Posman boleh ke polis atau pegawai/kerani Jabatan Perdana menteri atau jabatan agama islam boleh menghantar saman?
    3)Boleh ke plentive menghantar atau menyampaikan saman mana2 mahkamah kepada defandant?
    4)Bolehkah plentiv scan document saman dan e-mail pada defandant?
    5)Kalau plentiv menghantar 2 document 1 penyata is saman sahaja n kemudiannya 10 mukasurat document TETAPI kedua2 isi keterangan penyata berbeza? Apa sya boleh buat sebelum tarikh mahkamah? atau bila di hadapan hakim?
    Boleh ke defandant menunjukkan bukti pemalsuaan atau penipuaan dari email document saman itu membatalkan prosiding atau tuntutan plentive?

    ReplyDelete
  25. Kak, jika kita ada tunggakan pinjaman pelajaran MARA, boleh ke pihak mara saman peminjam atau penjamin?

    ReplyDelete
  26. salam,kak..sy dpt pggilan dari lawyer yg menyaman saya kerana x byr hutang singer,iaitu brhutang peti ais,masa tahun pertama ambik sy byr tiap2 bulan,tahun kedua,sy beranak n then baby mati,sejak tu saya ada mslh kesihatan dan x keje,xdptlah byr hutang singer dan lama2 kelamaan tunggakan dan interest amat tinggi x mampu nak saya lunaskan..saya ada terima pggilan dari singer tp tidak dapat rundingan apa2,dia suruh saya settle semua tggakan brsama interest dan denda skali,jadi saya abaikan,skrg ni peguam yg menyaman saya bg pihak singer,tpon sy minta alamat utk pos surat saman,dan sekiranya saya tidak hadir ke mahkamah,saya akan dikenakan waran tangkap,dipenjara atau didenda 10ribu..atau kedua-duanya sekali..saya bingung dgn keadaan saya,dgn gaji yg sdikit,diri mengandung,ank2 brsekolah..apa perlu saya buat kak?

    ReplyDelete

Nuffnang Ads