Sunday, April 6, 2014

DAH SAMPAI KAT COURT: APA??MAHKAMAH JATUHKAN PENGHAKIMAN INGKAR/PENGHAKIMAN PERSETUJUAN TERHADAP SAYA?

Salam......

Akak sebenarnya dapat banyak email bertanyakan perkara di atas.....kalau nak terangkan satu persatu mau pengsan akak dik oiii.....

As usual, akak tak sampai hati.......sebabnya ramai pihak pihak yang perlukan pertolongan dan tak tahu nak buat apa kan???....tak apalah, tak dapat membantu daripada segi kewangan akak bantulah daripada segi pengetahuan akak yang tak seberapa ni....kalau ada silap PLEASE FORGIVE ME!!!! (tetiba feeling lagu Bryan Adam pulak....) relevan ke dalam topik kali ni???? Hahhahhahhah.....

Dalam post yang lepas akak ada terangkan apa nak buat kalau uolls dapat saman daripada Mahkamah kan? Cepat scroll ke "Home" dan cari.......

Tetapi, lepas dah dapat saman dan call loyer, saya kena buat apa pulak Kak Adib?

Mmmmmm.......

Apa kata uolls buat tak tahu ataupun meraung sampai polis datang rumah??

Hahahhahaha.......TAK ADA MAKNANYA!!!!!

Hehehehhe! Jangan marah! akak gurau je.....sebab akak tahu uolls mesti tengah risau gilakan.......

Sabar dik, jangan risau....setiap masalah ada penyelesaiannya.....cuma kita kena pro aktif je........(terbayang bayang akak dijemput masuk TV bagi ceramah....mesti dewan kosong ......i tahulah i tak glamer....)

Ok, hari tu akak nasihatkan uolls once dapat saman kena belek saman tu betul betul...cari kat bahagian belakang saman, alamat peguam yang keluarkan saman tersebut. Angkat telefon, call mereka. Tanya apa nak buat. Tanya jugak samada kehadiran anda diperlukan di Mahkamah........

Tetapi ramai pembaca bagitahu akak benda ni:

"Kak saya kol loyer tu diaorang kata tak payah datang court, nanti dia orang akan uruskan....tup tup...saya dapat tahu penghakiman ingkar dah dimasukkan terhadap saya"

Sian uolls akan? Yelah kan.....nak cakap takde keadilan pun bolehkan...tapi uolls tak boleh nak salahkan orang lain jugak...sebabnya, uolls kena ingat beberapa perkara:


  • Saman tu diserahkan atas nama uolls....kena baca satu persatu.....ada ditulis apa yang perlu dibuat. Dalam BM kan?? Bukannya bahasa Jerman...sure faham...
  • Peguam yang keluaqkan saman tu BUKANNYA MEWAKILI UOLLS... kalau uolls tak hadir ke Mahkamah lagi diaorang suka....tak yah susah susah nak lawan kalau penghakiman dimasukkan


So fikiaq betoi betoi....

Ok, akak nak bagitahu uolls ada satu akta baru iaitu "Rules Of Court 2012" (translate sendiri-akak sakit bahu) yang mana menyatakan bahawa:

For West Malaysia, time limit for entering appearance is now 14 days regardless whether within local jurisdiction or outside local jurisdiction"

Secara ringkasnya ianya bermaksud (akak translate style akak ye...sila fahamkan)

Kalau uolls dapat saman daripada Mahkamah, uolls diberi peluang selama 14 hari sahaja daripada tarikh saman tersebut diserah untuk memfailkan "appearance/kehadiran" di Mahkamah....

Apa maksud "appearance/kehadiran" tu kak?

Maksudnya korang kena failkan satu dokumen berbentuk notis (dokumen mahkamah) yang menunjukkan bahawa uolls mempunyai pertikaian terhadap tuntutan tersebut.....Ada faham??? Semuanya dalam masa14 hari dari tarikh serahan....termasuk cuti umum ye....

Kalau tak ada sebarang notis difailkan, tu sebablah uolls dapat PENGHAKIMAN INGKAR....

Macamana kita nak tahu bila tarikh diserah? Kadang kadang pos sampai lambat...kalau saman dihantar secara pos berdaftar senang je...iaitu dari tarikh uolls sign kad tu....tapi kalau selain daripada tu....????

Benda ni uolls nak tahu senang je:

  • Pergi cari kontrak asal, contoh agreement sewa beli kereta...selalu dia akan tulis tarikh serahan saman/tuntutan undang undang bermula daripada bila.
  • Kalau tak jumpa, call peguam yang keluarkan saman tersebut tanya bila tarikh serahan saman tu efektif

PENGHAKIMAN PERSETUJUAN apa pulak kak?

Maksudnya, penghakiman yang dimasukkan oleh Mahkamah dengan persetujuan uollsss....

Dalam ertikata lain, samada uolls failkan kehadiran atau tidak, uolls telah  hadir ke Mahkamah dan bagitahu hakim yang uolls setuju dengan tuntutan yang dikemukan......

Akak harap uolls faham lah apa yang akak duk membebel kat atas.....

So beza antara Penghakiman Persetujuan dan Penghakiman Ingkar adalah samada:

UOLLS DATANG KE TIDAK KE MAHKAMAH SAHAJA.....

Datang ke court bukannya bermaksud pergi masuk ke bangunan tetapi menyorok dalam tandas ......."hadir a.k.a datang" bermaksud uolls masuk ke mahkamah dan sahkan kehadiran di depan hakim ...faham tak???

Okey babeh, nak kena lantik Peguam wakili kita tak?

Macam nilah dik oi......akak tahu bila sebut peguam je ramai yang mengigil sampai nak kena sawankan......macamana nak bayar bil kak oi????Dahlah ada hutang nak kena bayar, pas tu nak kena bayar duit lawyer pulak.......pening pening.....

Nasihat akak kalau hutang uolls beribu ribu lemon better pasang lawyer.....contohnya macam kalau kita sakit, mestilah kena jumpa doktor kan.....takkan uolls nak telan panadol je....lama lama penyakit lain pulak hinggap.....sama jugak macam kes kita ni....peguam selalunya tahu macamana nak tackle mahkamah dan juga pihak lawan....ada taktik taktik dan cara yang perlu dibuat....hanya peguam-peguam sahaja yang arif...

Kalau uolls takut bil mahal....uolls boleh pergi ke BIRO BANTUAN GUAMAN....depa boleh nasihatkan uolls apa nak buat....samada mereka boleh wakili ada dengan harga yang berpatutan.....sebenarnya lawyer biasa pun ramai yang boleh bawak berunding...ada kawan kawan loyer akak yang bagi bayaran dibuat secara installment...tapi agak agaklah kan....takkan 9 kali bayar kut.....gunung pun runtuh.....

Conclusionnya, semua boleh bawa berbincang.....

Seperkara lagi akak nak nasihatkan uolls....jangan terlalu terpengaruh dengan tahap populariti sesorang peguam, sebabnya kadang kadang yang popular ni tak punya banyak masa nak kendalikan kes kita berbanding yang tak ada nama tetapi sanggup tak tidur malam sebab nak make sure kes berjaya....

Lagi satu, nak nasihatkan uolls....sekiranya dah tak boleh nak buat apa apa lagi dan penghakiman dah pun dimasukkan terhadap uolls....its not the end of the road ok.....cuba settlekan perlahan lahan.....

Keburukkannya cuma satu, nama uolls akan di blacklisted oleh Bank Negara ....

Tetapi!!

For your Information, sekiranya sesuatu hutang tertunggak tu berjaya disettlekan, InsyaAllah dalam masa 6 bulan ke setahun, senarai hitam itu akan clear dari senarai hitam Bank Negara.......anda hanya perlu mohon "release letter" daripada bank terbabit dan tunjukkan kepada bank yang anda nak buat loan tu.....

So, jangan susah hati......

Selain daripada tu berdoa.......InsyaAllah tuhan dengar rintihan kita......

Wassalam....








No comments:

Post a Comment

Nuffnang Ads