Thursday, April 3, 2014

TUDUHAN MEROGOL KE ATAS ARTIS KELAHIRAN REALITI TV

Hi uolls,

As usual post ni akak dah peram seminggu.....Tak berapa sihat, so kenalah jaga kesihatan....badan dah tuakan kenalah buat servis apa yang patut....hehehhehhhehhe

Untuk pengetahuan uolls, akak ni kan suka sangat nak baca berita pasal artis artis kat Malaysia ni. Dulu masa anak dara pernah berangan nak jadi artis jugak....tapi muka ala ala x qualifiedkan??? so akak redha jelah bila arwah abah akak suruh pi belajar tinggi tingi........hahahhahhaha! Seronok tau baca gossip artis....tak yah fikir berat berat masalah dunia...... Maklumlah akak dulukan time belajar kat universiti dulu asyik kena baca buku tebal tebal je, kena menghafal lagik.....so sekarang kalau ada bacaan ringan yang tak perlu fikir banyak....tersangatlah sukanya akak nak beli.....

Tetapi bak orang puteh kata "once a lawyer always a lawyer".....hahhahahhahhah tak boleh nak lari dengan "critical thinking" akak walaupun berita tu cerita cerita mengarut je...

As usual, nak kena letak benda alah ni:

DISCLAIMER: 

"Segala apa yang ditulis dalam Kak Adib Ratu Longchamp @ adibahashak.blogspot.com untuk artikel ini hanyalah berdasarkan pengalaman, kajian dan pendapat beliau sebagai bekas peguam yang berpengalaman selama 11 tahun lebih dan juga ianya berdasarkan fakta fakta yang didapati di media sosial/ media sahaja. Segala yang ditulis tidak akan mengikat ataupun mempengaruhi apa apa keputusan ataupun fakta kes SEKIRANYA kes ini difailkan di Mahkamah. Kak Adib Ratu Longchamp jugak tidak berniat untuk memburukkan mana mana pihak yang terlibat dalam kes ini samada yang hidup mahupun yang telah meninggal dunia"




Uolls kenal budak dua orang kat atas ni? yang lelaki tu akak rasa akak pernah nampaklah kat tv dulu ...masa menang Mentor.....yang perempuan tu, Sorry, mak tak kenal.......hahhahhahhaha

Baru baru ni akak perasan diaorang ni  jadi trending pulak kat internet...apalagi, akak, as "inspector polis tak bertauliah" menjemahlah/kepocilah pasal budak berdua ni.....sampai naik hairan.....kalau nak jadi penyanyi terkenal tak payahlah sampai ada gossip berkaitan mahkamah pulakkan???

Siasat punya siasat, terperanjat boboi!!! muda muda lagi dah ada kes rogol .......ish ish ish...rosak masa depan dik oiiii......bila berita tu dah keluar kat media habislah kan??? sampai yang kat dalam kain tu pun depa nak story...scary!!!!

Baca punya baca, rupa rupanya si Zatul (retis perempuan) ni tuduh si Mohd (retis lelaki) nak merogol dia.....Oh Mak Kau!! Ni bukan perkara main main ye uolls....dah masuk Kes Jenayah.....hukuman kalau ikut Seksyen 375 & 376 Kanun Keseksaan  boleh mencecah ke 20 tahun penjara.....plus kena sebat lagi......so, dont play play....

Uolls tahu tak yang merogol ni jatuhnya di bawah kesalahan jenayah? Setakat tak bayar hutang bank tu tatak helan oooo!!!!!

Kes kes jenayah  kebiasaannya melibatkan kes kes yang konpem masuk jail punya......selain rogol, kes kes lain seperti kes kemalangan yang melibatkan kematian, kes kes curi, bunuh adalah di dalam kategori yang sama....in other words, kes kes brutallah.....

Setakat i nak saman u pasal ambil suami i itu bukannya kes jenayah ye cik Kiah!!!

Ok, berbalik kepada kes artis berdua kat atas ni......kes depa dikategorikan sebagai kes rogol....fahamkan maksud rogol? ish ish takkan tu pun akak nak ajar *tepuk dahi* eeeee....

Umuq hang berapa tahun ni?????....hahhahahhahhah!

Ramai orang ingat kalau rogol maksudnya sesuatu yang dilakukan tanpa rela.......

No no no ye lalink!!!!

Undang undang kat Malaysia ni juga ada memperuntukkan kesalahan merogol walaupun kedua dua pihak suka menyukai antara satu sama lain.....

Kak....saya tak faham???

Camni sayang oiiiii......uolls tetap akan dikategorikan melakukan kesalahan merogol walaupun pasangan uolls yang konon konon sayang yang amatttttttt kat uoll tu rela......sebabnya secara general, rogol boleh dibahagikan kepada 2 bahagian:

a) Statutori Rape/Rogol Statutori

En Wikipedia kata:

"Rogol statutori adalah istilah yang digunakan dalam sesetengah bidang perundangan bagi menggambarkan aktiviti seksual antara orang dewasa dengan minor bawah usia di bawah usia kerelaan"

"Kanun Keseksaan menjadikan sebaran hubungan seksual antara lelaki dan wanita di bawah usia 16 tahun sebagai rogol sama ada dilakukan dengan kerelaan wanita itu ataupun tidak"

So ingat tau sekiranya pasangan uolls tu underage/ bawah umur 16 tahun, walaupun nak bernikah, kebenaran Mahkamah tetap diperlukan untuk pernikahan tersebut.....kalau tak.....sekiranya hubungan seks@sexual intercourse didapati berlaku antara uolls dengan pasangan underage.....

SIAP KAU!

Kalau sekiranya ditangkap, uolls boleh dituduh melakukan "Statutory Rape/Rogol Statutori"...dan hukumannya boleh mencecah ke 20 tahun penjara beserta sebatan......

Oh Tuhan...mintak dijauhkan......

b) Rape/Merogol

Ni maksudnya hubungan seksual yang dilakukan tanpa kerelaan....

Ok, untuk 2 orang artis kat atas ni akak rasa dua dua dah tua bangka....hahhahhahhaha.....so kalau si perempuan tu menuduh  yang si lelaki cuba nak merogol dia, op koz ianya bermaksud cubaan melakukan aktiviti seksual tanpa kerelaan.....kalau rela dah jadi story lain pulakkan?....Jauhi zina uolls....kat akhirat nanti hukumannya tak tertanggung dik oi.....suka sangat nikah je......

Opps!!!!!Ceramah kejap.....hahhahhahha!

Baru baru ni si Mohd ni kata mahkamah memutuskan dia tak bersalah dan kesnya dikategorikan sebagai NFA ataupun "No Further Action"....

Apa maksudya eh Jang??? hahhahah....sekali lagik akak juga yang kena jadi tukang explainnya....

No Further Action ni selalunya bermaksud Pihak Pendakwaan tidak mempunyai cukup bukti untuk meneruskan kes tersebut di Mahkamah.....contohnya, tak cukup saksi ataupun bukti yang ada tak dapat mengaitkan kes tersebut dengan tertuduh.....

TETAPI, uolls kena tahu ianya bukan bermaksud lepas terus tau.......sekiranya pihak polis/pendakwaraya dapat bukti baru yang dapat mengaitkan tertuduh dengan kejadian tersebut, pihak pendakwaan boleh memohon kes boleh dibuka semula di Mahkamah.......

Ada faham???? Senang je kan.....

Macamana perbicaraan kes jenayah dilakukan???

Dalam kes jenayah selalunya polis/pendakwaraya yang akan bentangkan kes mereka dahulu.....semua saksi dan bukti mereka akan dibicarakan terlebih dahulu.....

Sekiranya  pada round pertama ni Hakim bersetuju bahawa "Orang Kena Tuduh" ni perlu membela diri, barulah dia boleh mengemukakan bukti dia pulak.....best example adalah kes Anwar Ibrahim....

So, sekiranya "Orang Kena Tuduh" tidak diarahkan untuk membela diri.......ianya bermaksud macam dia ala ala dah menang keslah.........

PS: "ORANG KENA TUDUH" (OKT) BERMAKSUD ORANG YANG DITANGKAP

So, conclusionnya untuk  kes Mohd dan Zatul ni kira kiranya macam si Mohd ni dah berjayalah  ......

Uolls faham tak explanation/penerangan akak di atas??

Tak Faham????    lantaklah labu....hahhahhah

Oklah.....kalau ada apa apa persoalan bolehlah email kat akak ye - kakadib75@gmail.com

Tapi maybe nak reply amik masa sikit sebab akak busy.........

Bubye....

WASSALAM....









No comments:

Post a Comment

Nuffnang Ads