Sunday, October 23, 2016

Segalanya Berkenaan Kebangkrapan dan Muflis (Part 1)

Salam.... kebelakangan ini Kak Ratu banyak dapat email berkenaan prosiding kebankrapan dan berkenaan status muflis....so demi pembaca blog ini, akk kongsikan sedikit prosedur-prosedur yang perlu dibuat oleh si peminjam (digelar sebagai "Plaintif") setakat artikel ini ditulis pada 23.10.2016.

Gelaran gelaran terpakai di kertas/suratcara Mahkamah....

Pemberi Pinjaman/Bank = "Plaintif /Judgment Creditor"
Si Peminjam = "Defendan/Judgment Debtor"

Ok first step...Apabila Plaintif berjaya mendapatkan penghakiman (perintah Mahkamah) ke atas Defendan bagi jumlah melebihi RM30,000 (beserta faedah) dan Defendan gagal membuat bayaran dalam tempoh masa yang ditetapkan, pihak Plaintif selalunya akan meneruskan dengan tindakan kebankrapan. Perlu diingati bahawa tindakan saman perlu difailkan terlebih dahulu dan setelah penghakiman diperolehi terhadap defendan barulah prosiding bankrupsi boleh dimulakan terhadap beliau...

Satu lagi, mungkin hutang asal anda RM20,000 tetapi setelah dikira secara keseluruhan termasuk faedah dan jumlahnya sudah melebihi RM30,000 tindakan bankrapsi juga sudah boleh dimulakan terhadap uollssss.....so hati hati.....

Second step.....apabila tindakan kebankrapan sudah difailkan di Mahkamah, gelaran "Plaintif" akan bertukar menjadi "Pemiutang Penghakiman"/(JC). Manakala Defendan akan jadi "Penghutang Penghakiman" / (JD).

JC akan memfailkan Notis Kebankrapan. Sebaik sahaja Notis Kebankrapan tersebut telah dimeterai oleh Mahkamah, undang2 memperuntukkan supaya Notis Kebankrapan ini diserahkan secara kediri dimana JC kena serahkan Notis tersebut melalui tangan kepada JD sendiri.

Sekiranya JC gagal menyerahkan Notis tersebut secara kediri, makanya JC kena meminta perintah Mahkamah untuk sampaikan Notis tersebut secara penyampaian ganti iaitu dengan menampal sesalinan notis di pintu premis, di papan maklumat Mahkamah dan juga disiarkan di surat khabar.

Notis Kebankrapan ini mempunyai tempoh masa sah selama 3 bulan sahaja dari tarikh pemfailan.
Jika tempoh sah Notis telah hampir tamat dan Notis belum berjaya disampaikan, maka JC perlu buat permohonan di Mahkamah untuk lanjutan masa.

Sebaik sahaja menerima Notis, JD hendaklah terus berhubung dgn pihak JC atau pihak peguam untuk mengelakkan dari tindakan kebankrapan diteruskan. Jika perlu lawan, maka lawan terus lawan! Maksudnya jika uolls tak puas hati dengan jumlah ataupun cara Notis kebangkrapan diserahkan, maka dinasihatkan anda melantik peguam untuk membantah perkara tersebut...

Tetapi sekiranya  Notis telah diserahkan dan JD tidak berbuat apa2, maka dalam tempoh lebih kurang 14 hari atau 21 hari (bergantung pada perintah) dari tarikh notis disampaikan, maka JD dianggap telah melakukan Perbuatan Kebankrapan (act of bankruptcy- AOB). Apabila JD telah melakukan perbuatan kebankrapan, JC mempunyai masa selama 6 bulan dari tarikh AOB untuk failkan Petisyen Pemiutang.

Nantikan Part 2 berkenaan Petisyen Pemiutang ye uollsss.......tak sempat Kak Ratu nak tulis malam ni.......

Apa apa pertanyaan sila email Kak Ratu di adibahashak@gmail.com



No comments:

Post a Comment

Nuffnang Ads