Friday, December 16, 2016

Kesibukkan di Mahkamah Kuala Lumpur

Selaku Peguam Senior yg dah acap kali kendalikan kes kes perbicaraan, boleh dikatakan hampir setiap pelusuk Mahkamah di Malaysia ni 

Selaku Peguam Senior yg dah banyak kali kendalikan kes kes perbicaraan, boleh dikatakan hampir setiap pelusuk Mahkamah di Malaysia ni Kak Ratu dah pernah singgah...daripada Mahkamah di Alor Setar sehinggalah Mahkamah di Johor Bahru..walaupun kedengaran agak penat sebab kena travel jauh jauh tapi honestly memang Kak Ratu enjoy dengan kerjaya Kak Ratu sekarang..

Semalam Kak Ratu ada kes di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur. Dekat Mahkamah KL ni parking agak susah sikit sebab  mahkamah ni sangat besar dan mempunyai pelbagai jenis peringkat Mahkamah di dalamnya iaitu daripada Mahkamah Tinggi hinggalah ke Mahkamah Majistret. Dikahabarkan juga yang semalam ada banyak kes jenayah therefore, agak susah nak dapat parking di sini. Macam Kak Ratu ada stiker "Peguam" so memang kebiasaannya dibenarkan parking di parking  lot Mahkamah...tetapi kalau orang biasa memang parking bergantung kepada nasib sebab tak boleh masuk dalam.

Sebenarnya Mahkamah di Jalan Duta ni merupakan bangunan yang agak baru di bina. Sebelum ni Mahkamah lama adalah di tepi Dataran Merdeka berhampiran dengan Stesen LRT dan Mrt so parking tak susahlah dibandingkan sekarang...naik sahaja public transport.

So sesiapa yang agak agak ada kes di Mahkamah Jalan Duta silalah awal pagi drive ke sana untuk mengelakkan kes anda dibatalkan ataupun penghakiman/tuduhan terhadap anda dijatuhkan tanpa kehadiran anda memandangkan Mahkamah akan bersidang tepat jam 9 pagi...

Bye...

Apa apa masalah jangan lupa email Kak Ratu di adibahashak@gmail.com

No comments:

Post a Comment

Nuffnang Ads