Sunday, October 23, 2016
Segalanya Berkenaan Kebangkrapan dan Muflis (Part 1)
Saturday, August 27, 2016
Remaja 18 tahun bernikah dengan Janda 42 tahun..dari mata kasar Kak Ratu
Ok biar akk clear the water pasal posting ni.....berita yg tengah meletop pasal budak lelaki berumur 18 thn menikah dgn janda 42 thn tu...ramai yg kata akk pertikaikan jodoh yg Allah tetapkan..please jangan salah faham ye...yes betul jodoh tu Allah tetapkan..cakap banyak terkena kat batang hidung sendiri baru tahukan? Betul tu........
Jangan salah faham uolls....maksud akk yg sebenarnya adalah berkenaan umur budak tu...dia br 18 thn, BUKANNYA 25 OR 30 TAHUN... kalau dia dah 25 tahun ke atas dan dia memilih nak menikah dengan wanita umur 60 tahun sekalipun...itu akk x halang and x pelik coz dia dah matang dan boleh bezakan yg baik dan yg buruk.. bab hati dan perasaan ni kita tak boleh nak halang...ada lelaki yg nak pasangan perempuan muda tapi ada pulak yg suka yg tua sebab perempuan berumur ni selalunya caring caring ala ala mak mak..tambah tambah lagi yg dah ada anak lima...mesti pengalaman dia banyak membela manusia manusia....haha...
Tapi apa yg akk rasa x lojiknya apabila budak tu br berusia 18 tahun? Kemonlah...cinta sangat pun biarlah dia reached umur 20 plus...and honestly kalau akk di pihak wanita tersebut mesti akan pikir 80x sebelum buat keputusan untuk menikah dengan dia walaupun akk cintakan dia separuh mati ...bukannya apa...akk kasihan kan dia, tak tahu macam mana masa depan dia nak berdepan masyarakat kerana memilih masa depan yg sebegitu...mampukah dia sayangkan akk lagi sekiranya akk dah 60 thn bongkok tp di ketika itu dia baru 30 tahun??? Masa tulah dia dia akan nampak ramai lg perempuan perempuan muda dan berkata...ohhh tuanya isteri aku sekarang....tu jer......tp yelah jodoh Allah yg tetapkan....kita doakan yg terbaik untuk pasangan ini...
Kembali berblogging
Ok uolls nantikan latest post ahkak pasal...
Terima Notis Kebangkrapan daripada Mahkamah.....apa nak buat???
Thursday, October 22, 2015
Jangan jadi Wanita Lembek!
Sunday, October 11, 2015
YA AMPUNNNNNN!!!!!! Lama x hapdet......
Ampun ya dah bersarang spider dinasour blog ahkak ni.....
Kesian sungguh dengan readers yang ada masalah tapi akak tak reply reply....
Rasa bersalah sebab tak dapat menolong uolls yang dalam kesusahan....
Kerjaya akak sebagai seorang Pn Peguam memang super duper busy sayang.....
InsyaAllah akan akk cuba hidupkan kembali blog ni walaupun tak dapat nak reply ASAP
Sapa sapa yang ada urgent problem tu silalah request friend akak kat FB sebab akak aktif Ber FB....
Maaf Ye sekali lagik.....
Sunday, June 15, 2014
KEMBALI MENJADI PUAN PEGUAM
Shokubutsu Spa Day Out
Sunday, June 1, 2014
PEMBAHAGIAN HARTA PUSAKA UNTUK MUSLIM. FARAID, WASIAT ATAUPUN HIBAH?
Hibah dibolehkan sama ada kepada ahli keluarga (waris) atau bukan ahli keluarga, hatta kepada bukan Islam. Islam juga tidak menetapkan kadar atau had tertentu bagi harta yang hendak dihibahkan kerana harta yang hendak dihibahkan daripada milik pemberi hibah.
Terpulanglah kepada pemberi hibah membuat pertimbangan terhadap kadar harta yang ingin dihibahkan. Walaupun begitu, jika harta hendak dihibahkan kepada anak-anak, Islam menggalakkan ia dibuat secara adil.
- pemberi hibah (al-Wahib);
- penerima hibah (al-Mawhub lahu);
- barang atau harta yang dihibahkan (al-Mawhub)
- sighah iaitu ijab dan kabul.
Senang cerita...tak payah bergaduh gaduh...suka hatilah mak pak kita nak bagi harta dia kepada sapa sapa yang dia suka.....
Saturday, May 24, 2014
LAMA TAK BERBLOGGING
Apa khabar semua? rasanya macam dah berkurun tak berblogging....selalunya every week mesti tangan ni gatal je nak menaip.....yelah, betul jugak kata kata sesetengah orang yang kalau nak menulis even for topic yang mengarut pun mesti nak kena ada idea...
Masalahnya otak aklak blank......tak dak mood nak taip....tak dak mood nak tengok lap top.....pokok pangkalnya semua tak dak mood.....
Tapi mood makan still ada.......hahhahhaha
"Lamb Chop satu!!!!!
Oh ya, walaupun akak lama tak menulis ramai jugak yang still dok baca blog ni dan followwwww..........
Terima kasih uolss....*sambil buat tangan macam Miss World*
Ada reader suruh akak tulis pasal Hanez Suraya saman MAS pulak, tapi sorrylah...akak tak berminatlah nak tulis pasal minah tu lagi....
Akak rasa cerita pasal dia tak dak classsssss...........
Akak jugak dapat banyak email tanya pasal tu pasal ni......especially pasal undang undanglah.....
One thing for sure, akak akan cuba jawab masalah uolls.....kesian dik, walaupun kadang kadang masalah akak sendiri pun tak settle........
Akak percaya kalau akak tolong orang satu hari nanti orang akan tolong akak pulak....InsyaAllah....
So enough for today sebab akak masih tak dak idea.....tapi kalau uolls ada idea nak akak tulis pasal apa bolehlah bagi cadangan ye.....akan ku usahakan buat research... dan bagi penyelesaian dan jawapan untuk masalah uolls tu.....
Bubye.....
Thursday, May 1, 2014
PENYEWA TAK BAYAR SEWA RUMAH? APA TINDAKAN TUAN RUMAH?
Salam,
SIAPA YANG SEWA RUMAH SIAPA NI????
Hahhahhahha........
Sunday, April 20, 2014
ANDA DIISYTIHARKAN BANKRUP / MUFLIS....ADAKAH DUNIA ANDA SUDAH BERAKHIR?
- hendak dibankrapkan oleh si pemberi hutang
- ada jugak yang tak tahu langsung yang sebenarnya mereka telahpun dibankrapkan, sehinggalah bila mereka nak melakukan transaksi di bank, tiba tiba akaun dibekukan (freeze) dan duit tidak boleh dikeluarkan
- Apabila orang yang bagi uolls hutang tu memohon kepada mahkamah untuk membankruplkan uolls.
- Uolls sendiri memohon untuk dimufliskan. Selalunya apabila uolls dah tak tahan lagi dengan gangguan gangguan yang dibuat oleh si pemiutang....contoh: ejen bank duk bertungku tangga kat depan rumah kita sibuk nak mintak hutang.....cuma dia tak simbah cat merah je...
- jumlah hutang uolls mestilah melebihi RM30,000. Yang ni kena hati hati.....walaupun jumlah hutang uolls kurang daripada RM30,000 TETAPI sekiranya dicampur tolak interest jumlah keseluruhan sudah mencapai RM30,000.....tindakan bankrapsi boleh diambil terhadap anda
- jumlah hutang mestilah sesuatu yang boleh dinilai (ascertainable). Contoh terbaik adalah hutang berbentuk duit
- uolls tak bayaq hutang sekurang kurangnya 6 bulan sebelum Notis Bankrupsi difailkan
- Mesti tinggal di Malaysia selama setahun sebelum tarikh petisyen difailkan
- Mestilah terdapatnya penghakiman asal terlebih dahulu sebelum tindakan bankrapsi difailkan
Thursday, April 17, 2014
DIBENCI TETAPI DISAYANGI? KARPAL SINGH DALAM KENANGAN (1940 - 2014)
Hi uolls,
Sebenarnya akak ni dah start keje...so agak tak sempatlah nak update blog selalu....harap uolls faham...
Pagi tadi kita dikejutkan dengan berita kematian Mendiang Karpal Singh, salah seorang Peguam yang sangat terkenal di Malaysia dan juga di luar negara....
Mendiang juga dikenali sebagai salah seorang ahli poilitik terkenal mewakili parti pembankang iaitu DAP....
Harap uolls faham ye....apa yang akak nak tuliskan disini bukanlah berkenaan kisah kisah politik yang hot pernah ditimbulkan oleh Mendiang....akak tak minat nak mengulas...akak seorang Ratu uolls...i tak minat politik.....
Tetapi apa yang akak nak tulis di sini adalah story mory beliau semasa menjadi peguam dahulu...
Bagaimana beliau sangat dihormati di Mahkamah.......
Bagaimana sikap beliau sekiranya bertembung dengan orang awam....
Bagaimana tingginya pengetahuan beliau dalam bidang perundangan.....
For your information, keje as a lawyer ni bolehlah kita bahagikan kepada dua bahagian:
- Bahagian pertama ialah apabila kita baru sahaja memulakan kerjaya sebagai Peguam (tempoh bekerja kurang daripada 7 tahun)
- Bahagian kedua ialah apabila kita sudah boleh dikategorikan sebagai Peguam Senior ( tempoh bekerja 7 tahun ke atas)
Jika kita melihat kepada tempoh mendiang menjadi Peguam, sudah tentulah uolls dapat mengagak betapa super seniornya Mendiang....dan sudah tentu kedudukannya sebagai Peguam amatlah dihormati oleh kami kami yang baru setahun jagung ni mengendalikan kes...
Betapa hebatnya Mendiang Karpal Singh dapat dilihat daripada carabeliau mengendalikan kes...sekiranya kes beliau ditetapkan untuk perbicaraan....bilik perbicaraan akan penuh sepenuhnya dengan manusia.....bila dia start berhujah...semua akan senyap dan melopong....kebiasaannya hujah hujah yang dikemukakan amat bernas.......Hakim Hakim juga amat segan dan respect kepada beliau..pendek kata ....segala berkenaan undang undang hanya di hujung jari beliau sahaja.....
Akak jugak semasa menjadi peguam pernah banyak kali terserempak dengan Mendiang di bangunan Mahkamah Jalan Duta....beliau akan tersenyum dan menegur akak walaupun dia tak kenal siapa akak...
Walaupun akak tak pernah mempunyai kes secara personally dengan Mendiang Karpal Singh tetapi akak pernah berlawan kes dengan salah seorang peguam yang bekerja di syarikat beliau.....dek kerana selalu berjumpa di Mahkamah, maka terjalinlah persahabatan antara akak dan Peguam tersebut......yang mana pada suatu hari akak pernah dijemput untuk ke pejabat milik Karpal Singh yang terltaknya di Jalan Pudu...seingat akak kejadian ini berlaku lebih kurang pada tahun 2004...
Akak off courselah sangat teruja apabila di ajak untuk singgah di pejabat milik seorang lawyer terkemuka...yelah nak masuk ke pejabat seorang Senior Lawyer yang sangat terkenal...sangkaan akak sudah tentu pejabatnya sangat modern dan canggih....
Tetapi,
Terperanjat badak akak apabila sampai, pejabatnya sangat simple....hanya rumah kedai....dipenuhi dengan buku undang undang dan fail fail yang tak teratur.....tidak ada lansung unsur unsur luxury/mewah dalam susun atur pejabat tersebut....
Apa yang lebih memeranjatkan akak apabila pejabatnya juga dipenuhi oleh ramai orang.....semua bangsa ada....daripada bangsa Melayu sehinggalah ke bangsa Punjabi....semua tengah menunggu untuk dipanggil ...agak susah untuk pejabat peguam untuk mempunyai klien seramai itu....presumption/sangkaan akak pada masa tu........
"mmmm ramai klien tetapi kedekut...nak decorate opis cantik cantik pun tak nak..."
Seperti diketahui umum, akak kan Ratu lazer.....so mak soundlah kawan tadi...
"eh apalah boss u ni, femes bukan main, duit banyak..... ramai klien, tapi nak buat opis cantik cantik pun tak nak...."
Kawan akak jawab...."hello! u tahu tak boss i selalu buat pro bono untuk klien klien ni...kebanyakkan diaorang ni orang susah, nak bayar legal fee / yuran pun takde duit."
Sambil tu sempat pulak dia cakap...
"so u ingat gaji i tinggi ke???" Hahahhhahhahha....
Apa maksud PRO BONO uolls?
"Professional work undertaken voluntarily and without payment or at a reduced fees as a public service"
"Kerja kerja professional diambil secara sukarela dan tanpa bayaran ataupun dikurangi sebagai servis kepada masyarakat"
Seriously akak terperanjat......bayangkan seorang klien anda boleh charge sehingga RM10k ke atas....tetapi Mendiang bagi free??? ataupun bayaran yang murah untuk orang yang tak berkemampuan...
Daripada situ akak dah boleh faham kenapa begitu ramai orang mengagung agungkan Mendiang KARPAL SINGH...kenapa ramai orang meratapi kematian beliau walaupunt ramai juga membencinya...
YES! sebagai seorang Islam akak memang agak marah dengan tindakan Mendiang dengan lantangnya menentang Hudud.....katanya "Over My Dead Body"....
Tetapi adakah dengan mempersendakan kematian dan mayat dia kita akan masuk syurga??
I DONT THINK SO......
Akak tak rasa ISLAM mengajar kita untuk berperangai sedemikian.......
Wallahuallam.....
Sunday, April 13, 2014
"AIR KANGEN" - PELIK TAPI BERKHASIAT
Nak cerita satu story dengan uolls. Nak kongsi rahsia jugak....Ye lah, dulu arwah mak selalu pesan, kalau ada ilmu tu jangan kedekut....terutamanya ilmu bab bab kesihatan dan kecantikkan ni....
Apasal ketawa? Akak tahulah i ni tak secantik Lisa Surihani....tapi uolls jangan tak tahu dulu time akak moda moda ramai yang kata muka akak ada iras iras Zizzie Izzete.......
HAHHAHHAHHAHHAHAHHAHHAHHAHHA!!!!!!! statement tak boley belahkan??? sure uolls tengah terguling guling gelakkan akak kan??? .....
Hei!!! orang kata bahagian lubang hidung akak dengan dia yang sama tau....ukur lilit....
Oklah, berbalik semula kepada rahsia akak tadi.......
Dua tiga bulan sebelum ni akak ada masalah kesihatan sikit......teruk jugaklah sampai masuk sepital. Bila dah masuk hospital tu macam macamlah kena membebel dengan doktor.........
""u kena makan dengan cara yang betul........makanan tu pilih pilih sikit, banyakkan minum air kosong"
Yelah kan....akak ni spesis manusia yang tak sukakan ayaq masaq (bak kata orang utara).....akak tak boleh nak telan kalau minum air gitu gitu je.....selalu apa yang akak akan buat, akak akan perah limau kasturi or limau nipis ke kat dalam air tu....buat hilang bau......punyalah teruk kan?
Lagi satu story, at one time ni akak pernahlah berangan nak jadi Zizzie Izette balik.......so, belilah Herbalife...harga toksah ceritalah RM500 lebih....tetapi......penyudahnya jadi pameran kat dalam almari dapur......sebab utamanya kena minum berbotol botol air masak.....akak try minum air masak sebanyak mungkin untuk 3 hari, masuk hari kedua terus pening lalat, rasa badan kembang and kembung macam boya pun ye jugak.....hahhahhahha!
Kadang kadang jeles tenguk kawan kawan yang boleh minum berbotol botol air masak....yelahkan, bukan akak tak tahu kebaikkannya.....cuma memang tak boleh masuk dalam tekak ni...
2-3 minggu lepas Tiba tiba akak dapat panggilan daripada member lama, katanya nak datang rumah melawat akak......akak apa lagik, ok je.....bila dah jumpa tu macam macam ceritalah keluar.....rupa rupanya si mamat ni sekarang usahawan kecil..apa lagi sambil bercerita keluarlah segala barang barang bussiness dia kan......
hahhahhahhahha! takpelah, yang mana kita boleh support kita support kan?
Kawan akak ni sebenarnya tahu jugaklah serba sedikit masalah kesihatan akak ni....so dia cubalah usha satu barang ni dekat akak.....
Akak as usual cari alasan tak nak beli......
"Barang mahal akak tak mampu nak beli Pi"......hahhahhahhahha
"Eh kak, saya nak kasik free kat akak ni...akak try, kalau okey Alhamdulillah...."
Wah! bila dengar free je.....apa lagi....."Ha apo yang ekau nak bagi kat den tadi?"....hahhahhhaa.....terus offer nak, tadi bukan main eksen....
Terus dia keluarkan produk meniaga dia......
Ni "AIR KANGEN" kak.....
Mula mula dengar macam nak gelak pun ada.....Jawa sungguh bunyinya....
"Kak.....KANGEN tu bahasa Jepunlah...." ianya bermaksud "Kembali Kepada Asal". Sekiranya kita meminum AIR KANGEN setiap hari dalam jangka waktu yang lama, InsyaAllah tubuh kita akan kembali seperti keadaan tubuh orang orang tua dahulu yang mana kondisi kesihatan tubuh badan mereka yang amat baik sehingga sekiranya mereka jatuh sakit, sakit tersebut akan sembuh dengan sendirinya (Self Healing)"
Tak perlu nak telan ubat tu ubat ni banyak sangat....."
Produk ni kak, sangat terkenal di USA, yang mana ramai selebriti terkenal meminumnya......seperti BEYONCE, bla bla bla........
Lagiklah akak nak gelak....promosi kau dik.....kerlaszz......
"Eh kak, tak caya? sila Google "KANGEN WATER"......akak jangan terperanjat kalau akak nampak OBAMA pun minum air ni....
Hahhahhahhha....layanlah kan? Maka akak pun menggoogle..dan terjumpa website ni...
KANGEN WATER (sila klik)
Air Kangen ni mempunyai molekul air yang tersangat kecil (micro cluster 3-5 molecul) dibandingkan dengan air biasa (16-20 molecul)...sebab tu ianya dapat diserapkan ke dalam tubuh dengan cepat dibandingkan dengan air biasa. Oleh kerana sifat molekulnya yang halus, ianya boleh meneutralkan asid dan sisa pembakaran dalam tubuh yang berasal daripada sisa makanan.
Dalam ertikata lain uolls, AIR Kangen ni boleh berfungsi sebagai detoxifikasi/ pembersihan kepada kekotoran yang ada dalam tubuh kita. Kandungan PH nya juga agak tinggi dibandingkan dengan air puteh biasa.
Antara kebaikkan-kebaikkannya adalah:
- berkesan untuk mengurangkan kolestrol dan juga sakit sakit berkaitan saraf.
- menghapuskan radikal radikal bebas dan mengaktifkan sel sel penting seperti DNA
- merawat sel sel yang rosak (dengan kadar moleculnya yang tersangat kecil kadar serapan amat tinggi)
- anti-oksidan yang tinggi baik untuk awet muda.....antioksidan yang 6-8 kali lebih kuat daripada sebijik epal. (yang ni akak suka!!!!hehhehe)
- mengurangkan keletihan
- kadar PH air yang tinggi bawah sikit daripada PH air zam zam
Cuba uolls tengok gambar orang berpenyakit kulit ni....selepas minum dan sapu AIR KANGEN secara konsisten, sakit di alami pulih...
Tapi yang penting bagi akak rasanya sedap....tak plain dan payau macam air biasa.....yucks!
Bekas loyar macam akak kan....... mesti nak soal banyak banyak....sebabnya sekarang ni banyak produk yang kononnya boleh buat tu boleh buat ni....tapi at the end.....hampeh!!!!
Akak pun tanya lagik kat kawan akak, macamama air ni dihasilkan ye? Jawapannya, air ni diproses menggunakan mesin...proses enargiz ionizer....yang mana harga mesinnya boleh tahan jugaklah....kalau mampu tak salah beli...untuk kesihatan kita jugak...
Tetapi beli airnya dulu saja pun boleh....kalau dah rasa serasi, bolehlah beli mesin dia pulak.....
Cuba lihat gambar kat bawah ni.....yang ni salah satu contoh size botol yang uolls boleh beli......
Jenis jenis AIR KANGEN
Harga:
- Drinking Water PH9.0 sebotol RM10 - 4 liter (Sesuai untuk diminum)
- Alkaline Water PH11.5 sebotol RM20 - 4 liter (air ni sesuai untuk diminum, cuci mencuci - contoh guna untuk mencuci muka sebab tahap PH nya agak tinggi)
- Strong Acidic water sebotol RM25 - sesuai untuk disemburkan ke luka dan jerawat..boleh menghapuskan bakteria 10ml
- Beauty Water RM20 - 100ml -bertindak sebagai penyegar wajah, boleh mengecilkan pori pori, mencegah infeksi bakteria pada wajah dan juga boleh juga dijadikan perapi pada rambut
Apa lagi akak pun secara teratur setiap hari mula lah meminum AIR KANGEN ni.....Aalhamdulillah, rasanya pun sedap tak seteruk rasa air puteh, tapi yang pasti badan akak dah mula bertenaga tak lesu macam dahulu. Kulit akak yang dulu kusam pun dah semakin bercahaya (lagi statement perasankan???? hahhahhhaha!).
Suami akak pun amalkan minum air ni sejam sebelum sarapan pagi.....katanya lepas minum dia mesti nak ke tandas......Uish!!!! power betul kuasa detox dia.....
One thing for sure, akak akan cuba untuk consume air ni secara tetap........yelah, baru minum 2 -3 hari pun dah nampak perubahannya.... daripada akak beli air mineral berbotol botol tapi khasiat tak menentu....
Terlanjur air dicatu, apa kita terus order Air Kangen ni.....sangat sesuai digunakan untuk memasak dan juga membuat air minuman
Oklah, sekiranya uolls berminat bolehlah melawat FB En Mohd Saufi / Pn Ina di PENGEDAR AIR KANGEN (sila klik) .....ataupun boleh menghubungi mereka di no. 0126211159 / 0166900763
Selamat mencuba!!!!






















