Saturday, March 29, 2014

MH 370 - Kita Jumpa Di Mahkamah!


Hi Uolls,

 Its been a week rasanya akak tak tulis blog kan????

Akak busy dik..... akak kan Superwoman....kerja, masak, gosok baju, tengok drama Korea, menangis sampai bengkak mata..........

Part busy tengok drama Korea tu tak boleh belahkan????? Hahhahhahha......

Oklah, topik hari ni agak beratlah sikit, tapi disebabkan akak sendiri rasa ramai sangat orang yang "curios" (nak sangat tahu) maka akak dengan rajinnya mengupdatekan blog ni dengan tajuk yang paling tak glamer ni....(arghhhh!!! menaip sambil menguap.....akak suka tulis pasal artis taw.........)

Jap akak nak tulis ni......

"akak ni bukanlah kedekut ilmu, sebab niat akak nak share knowledge/pengetahuan akak yang tak seberapa je ni.....tapi yang akak sedihnya bila ada rakan rakan blog akak yang copy paste artikel akak dan tempek je dalam blog diaorang....come on la bagilah kredit sikit, akak tak tidoq malam tau nak fikir dan korek pengetahuan berkenaan satu satu artikel yang akak tulis....takkan akak nak filekan saman jugak sebab uolls copyright article tanpa permission akak"

Sedih tau......hahhahhahha!

Ok followers, ada followers ke? ahakssss.....

Sila imbas balik post akak sebelum ni.....alah, pasal "apa kata undang undang berkenaan nasib penumpang MH 370"? Tak ingat?? pergilah kat "Home" pas tu cari "Older Posts"....kan senang....

Sampai sekarang, masih belum ada bukti jelas yang dapat menunjukkan bahawa MH 370 dah dijumpai....

So, boleh ke family penumpang MH 370 nak memulakan tuntutan kemalangan terhadap kecuaian pengendalian MH 370?

Adik adik, abang abang dan kakak kakak sekalian, peristiwa MH 370 ni merupakan satu peristiwa besar ye. Satu dunia mengikuti perkembangannya. Semua negara sibuk nak menolong....So untuk satu kemalangan yang mendapat liputan meluas macam ni, sudah semestinya ramai peguam peguam famous sedang menunggu masa je nak grab peluang mewakili famili famili yang terlibat....duit masyukkkkkk........claim bukan setakat seribu dua ribu tetapi ratusan ribu dan ianya boleh mencecah billion.....

Tapi sekali lagi akak nak ingatkan ye, tak semestinya kalau peguam tu femes, dia handal ye.......

Berbalik kepada MH 370, dah nama pun kapal terbang, so sudah semestinya undang undang yang berkaitan adalah undang undang berkaitan kapal terbang kan?

Omputeh panggil "Aviation Law".......oooppppsss, apa maksud "Aviation"? ish, ish....jangan malaslah, cepat pi cari Dictionary.....hehehhehe

"Aviation" =  the design, development, production, and use of aircraft
BM: sebarang rekaan, pembangunan, pengeluaran dan penggunaan berkaitan kapal terbang

P.S : Baiknya hati akak translatekan untuk uolls......
(takpelah, akak sayang semua followers dan pembaca blog akak.....)




Uolls tahukan, kemalangan yang melibatkan kapal terbang ni jarang jarang berlaku. Tak macam kenderaaan di darat, langgar sikit nak saman, gesel sikit nak saman.....so macamana kita nak tahu proses tuntutannya sekiranya ianya berlaku kat keluarga dan rakan-rakan kita? kat Malaysia ni boleh dikira dengan jarilah kemalangan yang melibatkan kapal terbang....

Tetapi bak kata CNN:

"From legal point of view, its not an unprecedented situation"

"bukanlah keadaan yang tidak pernah berlaku sebelumnya"

Ha!!! Jenuh mak kiah nak faham kan????hehhehehe "Google I Translate" cepat....

So, macam ni sebenarnya, walaupun jarang berlaku di Malaysia tetapi kemalangan melibatkan kapal terbang ni acapkali berlaku di negara negara lain... Oleh yang sedemikian, satu persidangan antarabangsa telah dibuat di antara negara negara di dunia ini berkenaan tuntutan berkenaan kemalangan di udara pada tahun 1999 dan ianya dikenali sebagai:

"Montreal Convention 1999"

Dalam persidangan ini, satu perjanjian / treaty yang telah dimeterai di antara negara negara yang menyertainya (Malaysia salah satu di antaranya) berkaitan perkara perkara yang membabitkan aircraft.
Negara negara yang menyertainya secara umumnya tertakluk kepada perjanjian yang telah dimeterai tersebut....

Montreal Convention telah menggariskan bahawa Tempat/Bidang Kuasa (Jurisdiction) untuk memulakan tindakan undang -undang terhadap tuntutan kematian/kecederaan yang melibatkan kemalangan kapal terbang boleh dibuat di 5 tempat di bawah:


  1. tempat penubuhan syarikat penerbangan tersebut
  2. ibu pejabat syarikat penerbangan tersebut/tempat menjalankan perniagaan
  3. tempat pembelian tiket penerbangan tersebut (syarikat tersebut mestilah menjalankan perniagaan di negara tempat penjualan tiket itu juga)
  4. negara/tempat tuju yang dinyatakan dalam tiket tersebut
  5. negara tempat tinggal tetap penumpang tersebut, provided syarikat tersebut menjalankan juga perniagaan di kawasan tersebut. Maksudnya, sekiranya  mangsa merupakan penduduk tetap UK, tetapi menaiki kapal terbang di China. Keluarganya boleh memulakan tindakan di UK kerana MAS juga mempunyai premis perniagaan di UK.


Pening??? akak pun pening.......hahahhahahhahah!

Senang mahu cerita, secara majoriti tuntutan boleh dibuat di:

- Malaysia, China dan juga di negara seperti di penerangan No. 5 di atas

Tetapi sebelum perkara perkara di atas dimulakan oleh keluarga mangsa, seperkara penting yang perlu diingat.......

Beban pembuktian (siapa yang bersalah)  haruslah dibuktikan terlebih dahulu ye.....

Dalam "Montreal Convention" telah dipersetujui bahawa beban membuktikan liabiliti terhadap kecuaian adalah di bahu syarikat penerbangan yang terlibat ye.....maksudnya MAS dan Boeing kenalah membuktikan bahawa tiada kecuaian langsung di pihak mereka yang boleh menyebabkan kemalangan tersebut terjadi....

Sebab itulah semua pihak berusaha sedaya upaya nak mencari kotak hitam MH 370.....dari rakaman kotak hitam tersebutlah kita dapat mengetahu samada tuntutan tuntutan keluarga mangsa yang terlibat akan berjaya ataupun tidak.....Betul ke kemalangan yang terjadi (sekiranya ada) adalah akibat kecuaian juruterbang dan juga MAS???

Macamana sekiranya kotak hitam masih gagal ditemui?? Adalah malang sekali bagi syarikat penerbangan terbabit kerana mereka masih belum boleh menepis dakwaan bahawa mereka tidak cuai dan keluarga mangsa masih boleh meneruskan tuntutan mereka berdasarkan bukti yang ada.....

Tetapi pada waktu dan ketika ini juga, kes juga tidak kukuh bagi keluarga yang terlibat kerana bukti bukti yang ada hanyalah bukti bukti yang tidak dapat mengaitkannya dengan MH 370. Contohnya seperti......

"debris dijumpai di lautan india, tetapi tidak dapat dikenalpasti debris apa".......

So, macamana nak relate/kaitkan bukti debris tersebut dengan kes MH 370?? .....sayap yang dijumpai pun tak tahu sayap apa.....ntah ntah dari kontena kapal lain yang terjatuh .......

Kalau uolls perasan, berita Awani 2 -3 hari lepas ada melaporkan konon kononnya ada firm kat US dah failkan tuntutan kat mahkamah pasal MH 370....

Akak doubt kes dah start kat court sebab belum ada conclusive evidence (bukti kukuh) yang MH 370 terhempas dan penumpang semua mati/cedera.

Tapi kemungkinan besar ianya merupakan salah satu cara untuk memberi notis awal bahawa kes ni akan difailkan di mahkamah sekiranya tiada penyelesaian ditawarkan oleh syarikat penerbangan terlibat...

Wallahualam!

Conclusion:

Untuk memulakan tindakan terhadap Syarikat Penerbangan MAS dan Boeing bukanlah semudah ABC ye.... my personal opinionlah kan, sekarang bukanlah masa yang sesuai untuk semua itu..... kapal terbang masih belum dijumpai, nasib penumpang masih belum diketahui, bukti kemalangan walaupun sebesar zarah pun masih belum didapati......

Mahkamah bukanlah tempat untuk mencuba nasib.....kerana semua akan diadili berdasarkan bukti bukti yang sahih bukannya spekulasi sahaja.....

One more thing....

Uolls kena ingat ye, yang akak duk membebel macam macam kat atas tu hanyalah untuk tuntutan kecuaian berkaitan pengendalian aircraft ye...

Kalau untuk tuntutan insurans pribadi, tuntutan boleh dibuat di negara anda beli insurans tersebut....sebagai contoh kalau rakyat US terlibat beli insurans peribadinya di US, maka claim tersebut hendaklah dibuat di negara tersebut....

Sekian terima kasih...akak nak sambung tengok cerita Korea.......







6 comments:

Nuffnang Ads