Sunday, April 20, 2014

ANDA DIISYTIHARKAN BANKRUP / MUFLIS....ADAKAH DUNIA ANDA SUDAH BERAKHIR?


Hi uolls,

Akak sebenarnya susah nak tidur sejak dua menjak ni.....terutamanya apabila menerima beberapa email daripada pembaca pembaca yang meluahkan masalah mereka kepada akak....

Yelah, sebagai manusia dan bukannya robot, sudah tentulah perasaan simpati sedikit sebanyak ada di dalam diri ini....

Tiba tiba rasa nak nyanyi lagu "KALAU AKU KAYA........"

Hahahhahhhahhaha!!!! Gurau jer......but seriously akak memang simpati dengan uolls.....

Antara masalah yang paling berat sekali adalah apabila ada di antara pembaca pembaca  yang sedang berada di dalam proses:

  • hendak dibankrapkan oleh si pemberi hutang 
  • ada jugak yang tak tahu langsung yang sebenarnya mereka telahpun dibankrapkan, sehinggalah bila mereka nak melakukan transaksi di bank, tiba tiba akaun dibekukan (freeze) dan duit tidak boleh dikeluarkan
Dikesempatan ini akak nak mengambil peluang untuk menerangkan kepada uolls macamana seseorang itu boleh menjadi bankrap dan macamana nak handle keadaan bila anda sudahpun dibankrapkan.....

kasi uolls faham sikit sikit so takdelah nanti muka tu jadi blur....rasa masa depan dah gelap sampai nak terjun bangunan.....

Untuk pengetahuan uolls, "BANKRUP / MUFLIS" boleh terjadi dalam dua situasi:

  1. Apabila orang yang bagi uolls hutang tu memohon kepada mahkamah untuk membankruplkan uolls. 
  2. Uolls sendiri memohon untuk dimufliskan. Selalunya apabila uolls dah tak tahan lagi dengan gangguan gangguan yang dibuat oleh si pemiutang....contoh:  ejen bank duk bertungku tangga kat depan rumah kita sibuk nak mintak hutang.....cuma dia tak simbah cat merah je...

P/S: Si Pemiutang = Pihak yang memberi hutang (Bank ke, Company ke)
       Si Penghutang = Pihak yang berhutang (kitalah sapa lagi)

Tetapi sebelum dibankrapkan,  terdapat syarat syarat yang perlu dipatuhi:
  • jumlah hutang uolls mestilah melebihi RM30,000. Yang ni kena hati hati.....walaupun jumlah hutang uolls kurang daripada RM30,000 TETAPI sekiranya dicampur tolak interest jumlah keseluruhan sudah mencapai RM30,000.....tindakan bankrapsi boleh diambil terhadap anda
  • jumlah hutang mestilah sesuatu yang boleh dinilai (ascertainable). Contoh terbaik adalah hutang berbentuk duit
  • uolls tak bayaq hutang sekurang kurangnya 6 bulan sebelum Notis Bankrupsi difailkan
  • Mesti tinggal di Malaysia selama setahun sebelum tarikh petisyen difailkan
  • Mestilah terdapatnya penghakiman asal terlebih dahulu sebelum tindakan bankrapsi difailkan 
Apabila syarat syarat di atas telah dipenuhi, Si Pemiutang akan memfailkan satu notis di  mahkamah terhadap uolls. Notis tersebut namanya " Notis Kebankrapan" ataupun dalam bahasa omputehnya dikenali sebagai "Bancruptcy Notice"

Satu perkara yang uolls kena ingat, bankrupsi ni merupakan salah satu perlaksanaan/execution penghakiman terhadap kegagalan uolls mematuhi arahan Mahkamah untuk membayar hutang terhadap penghakiman asal....

Belit macam ularkan ayat di atas? hahhahahahha

Tadi tu akak cakap Jerman, dalam bahasa melayu ceritanya macam ni Cik Kiah,

Bank ABC dah failkan saman terhadap Abu untuk menuntut bayaran hutang membeli kereta sebanyak RM40,000. Mahkamah A dalam penghakimannya memutuskan bahawa Abu dikehendaki menjelaskan hutangnya sebanyak RM40,000 tersebut kepada Bank ABC. Walaubagaimanapun, selepas 6 bulan masih tiada bayaran dibayar oleh Abu. Bank ABC pun fed up, so apa lagi depa faillah satu permohonan lagi untuk melaksanakan perintah Mahkamah A tadi. Permohonan tulah yang dipanggil Notis Kebankrapan....

Boleh faham tak penerangan akak??

Akak nak bagitahu uolls satu secret ye......

Secretlah sangatkan???? Hahahhahhahhaha

RAHSIANYA ADALAH.......JENG JENG JENG..........

Mahkamah amat strict dengan kes kes yang berkaitan bankrapsi ni...yelah, ianyakan  membabitkan masa depan orang ramai..... 

Peguam yang failkan Notis ni kena pastikan bahawa semua  prosedur berkenaan Notis Kebangkrapan seperti yang ditetapkan dalam Akta hendaklah dipatuhi dengan tegas. Contohnya, cara cara penyerahan dan kiraan hutang terkini. Tempoh sah serah Notis bankrupsi  hanyalah untuk 3 bulan sahaja. Sekiranya gagal diserahkan seperti yang diarahkan, permohonan untuk lanjutan/extension hendaklah dipohon kepada mahkamah....sekiranya gagal notis akan terbatal dan permohonan baru hendaklah difailkan...

Sekiranya terdapatnya kecacatan / kesilapan dalam penyerahan notis ataupun kiraan hutang terkini juga, uolls juga boleh memfailkan permohonan di court untuk mengenepikan tindakan bankrapsi tersebut....

Dun worry, anda mempunyai hak okey!!! 

So sebab itulah akak nak nasihatkan uolls, sekiranya ada tindakan bankrupsi terhadap uolls (sekiranya mampu) sila rujuk kepada yang pakar....iaitu Peguam....orang yang tahu nak cek samada prosedur prosedur yang ditetapkan oleh Mahkamah hanyalah Peguam sahaja, bukan pakcik ataupun saudara mara kita yang konon kononnya lagi teror dari loyar.....

Ni akak nak tegur sikit....dulu masa akak jadi loyar, ramai klien yang sibuk nak tunjuk eksen dengan mengatakan "saya ada sedara yang keje mahkamah kata kes ni bla bla bla....."

Hello! kalau sedara uolls tu lagi teror dari loyar yang memang korojenya memang tidur baring kat lantai mahkamah tu, baik uolls lantik je SEDARA yang konon kononnya tahu itu ini jadi loyar uolls....tak semua loyar menipu...kami pun tahu halal dan haram...

Geram akak gerammmmmmm...........

Hahahahhahha! sorry, mak memang suka emo........

Sekiranya uolls dah masuk ke lembah kemuflisan (bahasa akak sendiri...maafkan saya Dewan Bahasa Dan Pustaka).......fail uolls akan dipegang oleh Jabatan Insolvensi Malaysia. Depa ni merupakan salah satu pihak yang terlibat sekiranya Notis Kebangkrapan difailkan terhadap uolls...segala urusan hutang dan harta milik uolls akan diuruskan oleh Jabatan Insolvensi ni...teluslah terhadap Jabatan Insolvensi ni....sebabnya jabatan ni sangat prihatin dalam memberi bantuan khidmat nasihat kepada sesiapa sahaja yang sudah/belum diisytiharkan bankrap....

Sekiranya anda sudahpun diisytiharkan bankrup, dan dalam tempoh tertentu anda membayar hutang anda secara teratur (dalam tempoh yang ditetapkan), anda juga boleh memohon kepada Jabatan Insolvensi untuk mendischargekan/mengeluarkan nama anda daripada senarai orang yang dibankrapkan......(tertakluk kepada syarat syarat yang ditetapkan)

Jangan risau ye sayang....dunia masih belum berakhir.....ramai orang yang masih dapat meneruskan hidup dengan gembiranya walaupun sudah diisytiharkan bankrup....anda masih boleh bekerja.....hubungi Jabatan Insolvensi untuk penerangan lanjut......klik SINI

Oklah, akak harap posting akak ni sedikit sebanyak dapat melegakan hati uolls yang gundah gelana tu....

Bubbye......










8 comments:

  1. Tu diaaaaaa....
    Terima kasih sbb berkongsi ilmu ya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. welcome....ilmu patut dikongsi...terutama kepada yang tak tahu...

      Delete
  2. Tqsm dear. Baru la faham & jelas atas pencerahan ni.

    ReplyDelete
  3. Asslkum Kak Adib...saya baru terima notis kebankrapan...tpi tk tau nk apa...boleh tolong nasihat saya......0135895918.........atau 0194443089(whatapps).....mohon pertolongan please

    ReplyDelete
  4. asslkum puan.....tolong saya.....saya baru terima notis kebankrapan.....apa yg patut saya buat

    ReplyDelete
  5. Asslkum Kak Adib...saya baru terima notis kebankrapan...tpi tk tau nk apa...boleh tolong nasihat saya......0135895918.........atau 0194443089(whatapps).....mohon pertolongan please

    ReplyDelete
  6. Salam pn , kalo kita da bankrup, kita tak bole buat transaksi bank ke? So duit gaji tak boleh kluar?

    ReplyDelete

Nuffnang Ads