Friday, April 11, 2014

RAMPASAN TUDUNG TIRUAN FAREEDA DARI PERSPEKTIF UNDANG UNDANG. KEJAMKAH MAWAR FIZO?

Salam,

Baru baru ni kita dikejutkan dengan berita rampasan tudung tiruan Fareeda. Tokeynya Mawar, Isteri Fizo Omar tu.......tak kenai? takpe, takpe.....akak tahu uolls kenai akak je kan??? i kan femes...... hahhahhahha!

Uish...dasat......ramai yang memaki hamun si Mawar ni....katanya dahlah kaya lepas  tu berdengki nak tutup periuk nasik orang pulak!

Antara kata nista yang dilemparkan oleh orang ramai antaranya.....

Hei Paridah!!!!! Tudung ko tu bagus sangat ke? Dahlah jual mahal......lagi mau tamak, tak nak kongsi rezeki!...tudungnya pendek ya amat !!!!!!

Dahlah warna tudung macam warna cup cake mak tiri aku masak! Menyampah...

Akak sendiri pun bukanlah peminat tudung ni...x pernah beli yang original pun...sekali sekala pernah gak kutuk kawan kawan yang pakai.....hahhahhahhha

Tapi taste orang kan lain lain...suka hati uolls lah kan???


Sama tak kaler tudung paridah dengan cup cake ni???? Hahahhhahhaha....


Kelakar....akak pun kadang kadang tak faham orang boleh spent/belanja duit sampai beratus ratus semata mata nak beli tudung......for me lah kan, apa yang penting kita mesti pastikan yang tudung kita tu menutup aurat dan labuhnya mestilah menutupi dada...

Tapi kadang kadang akak terbabas jugak....terutama bila time pi pasar nak beli ikan....main sarung je kat kepala...

Tetapi, menyampah menyampah uolls pun kat pemilik tudung Fareeda ni, satu je soklan yang akak nak uolls fikir.....boleh tak si Mawar ni melaporkan kepada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) berkenaan berleluasanya penjualan tudung tiruan yang sebijik macam tudung asal milik syarikatnya?

Pembaca sekelian, kita janganlah berfikir sesuatu mengikut nafsu kita...bak kata orang tua, fikir dahulu sebelum berbicara, kaji baik dan buruknya...



Untuk pengetahuan uolls, akak ni kenal Mawar pun idak, beli tudung produk tu pun tak pernah...tapi akak rasa kebenaran perlu ditegakkan walaupun pahit untuk kita semua menerimanya....

So, Akak pun adalah sikit sikit baca pasal hak hak berkenaan "Intellectual Property" ni.....terutamanya undang undang berkaitan dengan kes tiru meniru ....

Niat akak satu je, ialah untuk mengajak uolls berfikir secara rasional.

Bolehkan MAWAR FIZO bertindak sedemikian? Sahkah tindakan beliau itu? Kenapa KPDNKK ikut je cakap Mawar untuk merampas tudung tudung  tersebut?

Untuk pengetahuan uolls, pemilik tudung Fareeda ni rupa rupanya telah mendaftar hak pemilikan paten terhadap tudung tudung keluaran syarikat mereka dengan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK).

Tak faham?

Ceritanya lebih kurang macam ni ye dik....

Uolls kenal Steve Jobs? Dialah yang hasilkan I Phone dan semua produk Apple kan?

Masih ingat lagi tak kes Apple saman Samsung? Salah satu sebabnya peniruan reka bentuk dan spesifikasi I Phone oleh Samsung?

Pasal apa Steve Jobs marah sangat?

Uolls tahu kan dari muda belia lagi Steve Jobs dah mengabdikan diri untuk mencipta  produk produk Apple termasuklah I Phone....tup tup esok lusa ada telepon yang rupa  sebijik macam tu.....  dijual  pulak menggunakan nama Samsung....

Kalau uolls marah tak? Ciptaan kita orang tiru sebijik sebijik? Kita ni sampai tak tido berhari hari nak cipta something yang special tup tup lepas jual ada pulak orang yang tiru patern kita tu and mengaku dia yang cipta.....

So.....sebab tulah si Mawar Fareeda ni mengamuk sakan....

Tak dapat dinafikan bahawa sebelum terciptanya tudung Fareedah ni, tak pernah pulak kita nampak orang pakai tudung sebijik rupa cup cake dalam gambar ni kan???? Lazatnyaaaa....hahhahahha.....



Tetapi Syarikat Tudung Fareeda ni cerdik....mendaftarkan paten tudung mereka ni dengan pihak yang berwajib.....tindakan ini juga sepatutnya diamalkan oleh pencipta pencipta muda yang berbakat di Malaysia ni kan? Tujuannya tak lain dan tak bukan adalah semata mata untuk melindungi  ciptaan/innovation mereka daripada ditiru oleh pihak pihak yang tidak bertanggungjawab.....

Apakah itu paten?

"Paten adalah hak eksklusif yang diberikan terhadap sesuatu rekacipta, samada suatu produk ataupun proses untuk menghasilkan cara baru bagi membuat sesuatu, ataupun untuk penyelesaian teknikal bagi sesuatu masalah. Paten dilindungi selama 20 tahun daripada tarikh pemfailan"

Dalam erti kata lain,

Syarikat tudung Fareeda selaku pemilik dan pereka paten tudung tersebut mempunyai hak sepenuhnya terhadap rekaan rekaan yang mereka hasilkan untuk tempoh 20 tahun!!!! DAN

Sapa sapa yang meniru rekaan tudung mereka, Syarikat Tudung Fareeda boleh membuat repot kepada KPDNKK...dan tindakan boleh diambil terhadap si peniru peniru tersebut!!!!

Sekarang uolls faham kan? Kenapa si Mawar isteri Fizo ni mengamuk sakan macam nak rak!!!!!Dia ada hak dari segi undang undang untuk berbuat sedemikian....

Walaupun tindakannya melaporkan perkara tersebut ke pihak berkuasa telah menyebabkan peniaga peniaga kecil terpaksa mengalami kerugian....

Tetapi, kita semua tidak dapat menafikan kenyataan bahawasanya rekaan asal tudung Syarikat Fareeda telah ditiru........

Sila ambil perhatian jugak, Syarikat Fareeda juga boleh menyaman individu yang meniru hak ciptaannya di mahkamah....

That's why, dari asal lagi akak dah nasihatkan uolls jangan terlalu emosional apabila berfikir dan bercakap........takut ianya akan memakan diri sendiri....

Dan..... semoga Mawar akan mengambil pengajaran daripada peristiwa ini......

Walaupun beliau berada di pihak yang benar....tutur katanya mesti dijaga...terutamanya apabila berhadapan dengan masyarakat...

Wallahualam.....

Selamat berhujung minggu.....









44 comments:

  1. Pandai kak dib berhujah ye...��

    ReplyDelete
  2. kak dib..mmg btul tindakan mawar tu..dia mmg ada hak..
    sy ni x pnh pn pkai tdung dorng sbb singkt sgt..sian, mcm x ckup kain tpi mhal kemain..
    mybe yg buat org rmai mrh psai admin page dia dok kutuk org yg xdak bajet..ade ke ptut? w/pun dh mohon maaf tpi..luka dihati sape yg tauu..(adek terasa taw!)

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahhahhaha.....biasalah dik, kalau sesiapa pun kalau dah marah akan keluar perkataan perkataan yg macam x elok didengar. cuma kita sebagai pembeli ada hak samada nak beli ataupun tidak. kalau tak suka jangan beli....

      Delete
  3. Saya sgt bersependapat dgn kak Adib. Wpun tk penah beli tudung nya, ada jugak err mengutuk ropol spt lingeries tp saya sokong tindakan Mawar. Dia berhempas pulas kerah idea, paten kan, iklan kan di tv yg menelan beribu per saat, di billboard...senang lenang design nya ditiru bulat2 tanpa rasa bersalah. Lanun tetap lanun wpun yg menjual itu bertudung dan menjual tudung.

    ReplyDelete
  4. Terbaiklah..hujah.akak...nak tergelak pon ada..tapi saya x pemah beli tudung fareeda...sbb mhal sgat...dah ada batu besar kat depan...sya lebig suka tudunag ariani..yng simple

    ReplyDelete
  5. Actually i pun x lahh kata peminat tegar sgt tp i adalah koleksi selai dua fareeda. ramai org ckp size dia singkat tp i x beli yg singkat..i beli yg labuh tutup dada. pilihan di tangan masing2 nak singkat atau labuh kan. sebab dia punya pelbagai size. so pandai2lah buat pilihan sediri...

    ReplyDelete
  6. Salam. Sekadar memberi pendapat. Sy tidak menyokong mana2 pihak. Isu membeli mengikut kemampuan itu bukan besar seperti yang digembar gemburkan. Kerajaan pun selalu berpesan berbelanjalah mengikut kemampuan, tetapi tidak pula dikutuk kerajaan kerana menghina. Mentaliti masyarakat Malaysia yg sudah berfikiran negatif. Ukurlah baju dibadan sendiri. Jika tidak mampu, jgn dibeli. Paling penting jgn dikutuk2. Kalau dikutuk nampak sangat yang nak beli xmampu lepas tu mengata. Mentaliti MELAYU KUNO yang suka menjatuhkan biz MELAYU ISLAM. HARAM HUKUMNYA menjatuhkan biz org Islam yg lain. Renung2kan lah

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya pon setuju. berbelanja ikut kemampuan... tak payah la nk mengata aje kerjanya semuanya nak negatif. cuba korang cipta sesuatu pastu bila menda tu meletup tiba2 ade org tiru.. itu gunanya daftarkan patent.. yg bijak ke depan, yg bodoh ketinggalan..

      Delete
  7. Setuju sesangat walaupun akak x pakai dn tak beli tudung ni...sebab diluar kemampuan dn lg akak pakai tuduh labuh sikit..tp dari segi hak..dia ada hak buat begitu..jadi orang yg nak berniaga...jgn suka menciplak hak org..dokong Pn Anonymous...

    ReplyDelete
  8. Jgnlah samakan patern dia dgn big company mcm company Job steve.. Setahu sya, sebelum meletup2 nya fareeda dgn patern tudung ada brooch, kt indonesia dah lama ada... cuma dia brandingkn nama dia sebagi fareeda.. sya setuju dgn tindakan dia cuma kata2 dia kpda custoner sgt tak profesional.. dia kena igt, klu tak kerana rakyat malaysia yg sederhana ni bersengkang nk beli tudung singkat dia, dia xkn boleh smpai tahap mcmni...

    ReplyDelete
    Replies
    1. dia bijak, sbb dia daftar paten dia.. jd dia ada hak utk menyaman sesiapa yg meniru. kata2 pd cust tu boleh mempunyai pelbagai maksud yg brrgantung kepada cara seseorang memahaminya. x suka xyah beli. tp xyah la nk boikot sedangkan org tu melayu seislam ngan kita.

      Delete
  9. Yup..sya stuju sgt dgn penerangan anda. Intellectual property adalah cra untuk menaikkan bakat dan idea ke aras yg lebih dilindungi. Terma ni da diguna pkai pada sapa yg tahu nk menggunakannya dan di mana nk mendaptkannya. Selain pihak SIRIM...MYIPO...pihak universiti juga boleh dirujuk untuk hal berkenaan paten..id..ip..dan seangkatan dgnnya. Bru ni MYIPO jg tlh cuba mempatenkan hasil tempatan seperti belacan..budu...n etc. Tengok...mknn pon boleh di patenkan! Dalam hal ni sebenarnya warga kita yg kurang cerdik untuk tahu pasal intellectual property ni atau terma melayunya perlindungan harta intelek yg mana terma intelek tu pon masih ada yg tak tahu malah buat2 tak tahu pon ramai. Apa yg mereka tau hanyalah menjual tanpa tau status brng jualannya mempunyai risiko rampasan sbb mereka berjual kerana berorientasikan pendapatan dan keuntungan. Kalaula boleh ditangkap sapa yg bocorkan rekabentuk tudung ni ke vietnam mungkin tuan punya tudung lebih puas hati sbb dpt tangkap si jerung sebenar. Kenapa vietnam? Kalau pn Adib p ke vietnam...tuuu diaaa....semua tudung yg dijual secara pukal adalh reka bentuk tudung Fareeda ni la. Dan yg kelakarnya pemborongnya adalah org Malaysia juga dek non. Da jd mcm uptown kat mesia je gamaknya kat situ. Rata2 pengunjung aka pembeli adalah org mesia! Saya tak pasti perlindungan paten tudung Fareeda ni hingga di region mana tp jika ianya paten penuh pn Fareeda juga bolh buat tindakan rampasan yg sama di vietnam..tp of coz la dgn kerjasama pihak kpdnkk mesia n vietnam. Kerja bnyk sikit la...
    Apa pon fikir la positif atas semua ni. Bnyk leh blajar dr apa yg jd di kedua2 pihak. Untung dunia mmg berebut. Tp ingat2 juga untung kat akhirat tu. Syariat pon kena la ikut..teladan melalui tauladan. Tak rugi kot lebihkan sikit 2 3 inci kain masa potong buat design tu..hehheh. Lanun cetak rompak tu pon hrp2 sediakan jawapn kat akhirat tu sama..hoho

    ReplyDelete
  10. Setuju...kenapa cd cetak rompak x lak org bising2...same la kes nye.. .cuma barang je lain...tp biase la org melayu ni...suka jatuhkn sesama sendiri

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sapa kata tak bising pasal cd cetak rompak. Kalau tak takde la KRU...yusof haslam..EMI..n etc bersengkang mata dgn kpdnkk buat rush sana sini...kurang la skit skrg ni berbanding dulu yg gila2 industri piratenya. Tp kita almaklum la sifat org nk untung mna tau serik. 'Abg kawasan' dan 'Tailo' pelabur terbesar kot nk untung senang. Lg2 bngsa yg tk kisah halal haram duit ni...tuaaawauw wauw waaauuuw...

      Delete
  11. Ya, saya setuju dengan pendapat anda semua....saya rasa tak salah Mawar nak lindungi hak dia....cuma masalahnya bahasa, tutur kata perlu dijaga apabila memberi komen...orang berniaga, tutur bahasa perlu di jaga...

    ReplyDelete
  12. Cd cetak rompak pn di rampas siap d musnahkn kenape x kecoh2 pn..siap org awm yg report....setuju pihak fareeda buat mcm tu...tu hak dia...dia dh byk labur kn duit dia...

    ReplyDelete
  13. Haa...bahasa budaya kita...bahasa melambangkan bangsa.. itu masalah attitude yg sendiri kena betulkan. Emosi? Hmm...berniaga sepatutnya kena sabar la kot. Terutamanya kluarkan kenyataan. Tempiasnya bukan pada peniaga je tp pengguna yg terrrringin nk pakai sama. Positifnya..ramai pakai yg secara tak langsung dpt buat promosi free..jimat 20k lg..haw haw haw...

    ReplyDelete
  14. Apple saman Samsung.
    Tapi tkde lak dengar brg Samsung kena rampas dgn Steve

    ReplyDelete
    Replies
    1. sistem undang undang di sesebuah negara berbeza beza...mungkin tiada rampasan tetapi saman yang difailkan nilainya berjuta juta..

      Delete
  15. Salam sis, saya amat menyokong tindakan mawar tu...dengan adanya undang-undang IP dan dikuatkuasakan barulah negara boleh setanding dgn negara-negara maju yg amat menitik beratkan originality and authenticity..taknak lah kan negara kita terkenal dgn budaya produk tiruan seperti thailand dan china, sampaikan jadi mcm trademark bila kita beli beg LV yg original pon, segelintir akan kata sure made in siam sbbnya thailand dah sgt terkenal seluruh dunia fgn bsrang tiruan...

    ReplyDelete
  16. Ape yg dihujahkn mmg betul. Tapi terus terang, sy mmg x pakai tudung bertingkek- tingkek ni. Sebab sy malu dgn kawan2 non muslim yg mjadiknnye 1 joke n bertanye, `y tudung nowadays look like pokok krismas, haha?`...huhu...

    ReplyDelete
  17. Betul itu hak dia...
    Apa pun..Sy memang tak minat dan tak beli pun tudung Fareeda..sbb ada banyak lagi design tudung di luar sana yg warnanya tidak menyakitkan mata, design nya lebih professional dan simple...dan yang penting sekali..harganya lebih berpatutan

    ReplyDelete
  18. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  19. Terima kasih kak sbb mengiyakan apa yg org sgt berharap ianya salah. Sepertimana kita berusaha mnjaga periuk nasik kita mcmtu jugalah mawar tu.

    ReplyDelete
  20. Tudung fareeda sebenarnya ada saiz2...bukan semuanya singkat.....terserah kt individu nk beli saiz ape....sy biase beli yg labuh....saiz 11".....kat simpanan sy dh ad lbh kurang 12 helai tudung fareeda....mmg puas hati pakai walau harga mahal....yg mane2 x pernah pakai fareeda ..mmg Xtau kt mane keistimewaan FAREEDA.....

    ReplyDelete
  21. Bukan sume nye singkat..ada saiz tutup dada...saiz 11 dan 12 labuh...mmg best pakai fareeda...puas hati sgt kualitinya...pd sp2 yg bising2 tdung singkat la mahal la cube beli sehelai dulu confirm pastu beli lg....peace no war

    ReplyDelete
  22. Stuju dgn pn.adib
    Hak membeli dtgn kita..hak memilih dtgn kita..soal singkat ke labuh.sy pnh tny kwn2 yg pkai bawal tp slempang ke bahu..apa bezanya dgn frda yg singkat???nmpk dada jgk kan?mentaliti org kita suka mgutuk xtntu pasal..

    ReplyDelete
  23. Terima Kasih atas pendapat anda semua....kuasa membeli ada di tangan masing masing. Kalau sesiapa yang suka kan tudung Fareeda tu mungkin merasakan ada keistimewaan tudung tersebut. Yang tak suka mungkin ada macam macam alasan untuk tidak membeli....oleh yang sedemikian jom kita amalkan kuasa kita sebagai pembeli...berhak samada nak terima ataupun tolak sesuatu barang...

    ReplyDelete
  24. bkn ke fesyen ade lah ikutan.... kalo mcm tu...saya pon nk paternkn bju luring...bju kurung moden..bju kurung Pahang...mcm2 lg bju

    ReplyDelete
  25. Boleh tolong check balik tak.. FASHION tidak boleh dipatenkan. kalau tidak, saya dah lama patenkan design baju saya yg biasa nie. Fashion mmg tidak boleh di patternkan sama seperti bussiness model, tittle, Phrase dan sebagainya.
    Tapi, kalau jual tdung jenama FAREEDA yg palsu,, itu mmglah tak boleh..

    ReplyDelete
  26. Apa yang dirujuk sebenarnya adalah industrial design bukan paten. Sesuatu rekaan layak dilindungi dibawah ID jika ianya baharu, mempunyai elemen eye appeal dan nonfunctional design. Agak sukar menjelas semuanya disini. Jika ingin tahu bolehlah merujuk ke Myipo. FAREEDA melindungi rekaannya dibawah ID dan juga mendaftarkan jenamanya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Cik Nu, saya rasa dalam artikel di atas saya ada sebutkan bahawa Fareeda telah mendaftarkan jenamanya bukan?

      Delete
    2. Fareeda daftar dua elemen IP, industrial design , untuk pattern ddan design produk = tudung, dan juga jenama Fareeda itu sendiri

      Delete
  27. Salam....Cik Anonymous dan Acca's Student. Sebagai bekas pengamal undang undang sudah tentu saya sudah buat kajian terhadap setiap artikel saya terutamanya berkenaan berkenaan undang undang paten .

    Sila ke website ini untuk penerangan yang lebih lanjut . http://www.myipo.gov.my/documents/10192/141532/3paten.pdf.

    By the way, fashion adalah berbeza dengan rekaan dan rekabentuk...Maksud fashion adalah luas dan tidak spesifik. Manakala rekaan adalah invention/ciptaan yang istemewa yang dibuat terhadap fashion tersebut. ciptaan yang berbeza itulah yang membezakan fashion A dan fashion B.....contohnya tudung boleh membawa maksud berbagai bagai jenis tudung....tetapi rekaan yang berbentuk macam kek icing mungkin pertama kali dibuat oleh syarikat syarikat terlibat.

    ReplyDelete
  28. Nak komen jugak lah... Acca's Student... klu org tu nak beli tudung dia g kedai tudung... mesti akak tu cakap.. dik..dik.. mai beli tudung fareeda baru sampai ni... wpun tudung tu bukanlah kat butik fareeda ORI.. tetap dia panggil tudung Fareeda jgk wpun jual kat kedai di lorong chow kit skalipun..... dia takkan kata.. mai dik.. beli tudung bertingkat2 kalerful ni.... tadakkkk... so.. kira akak si penjual tu mmg dgn NIAT menjual tudung tiruan FAREEDA... So terjawablah akak tu tadi menjual tdung jenama FAREEDA yg palsu... kan.. kan.. kannnn

    ReplyDelete
  29. Ala... kecoh sgt...barang branded cm gucci lv lagI femes dari fareeda.. belambak kat malaysia ni xdo pulaak sekecoh2nya..manusia2..

    ReplyDelete
  30. pembetulan : owner tudung Fareeda ialah Puan Faridah..Mawar nie sebagai model dan duta tudung Fareeda shj...

    ReplyDelete
  31. Salam akak, Saya xdpt nak akses web tuh....tp ade satu isu dlm syarat2 mendapatkan paten yg buat saya tertanya2 mcm mana tudung ni boleh dipatenkan. Non-obvious rekaan tuh. Bkn salah satu syarat paten adalah ciptaan/rekaan itu non-obvious utk dihasilkan oleh org2 lain yg mempunyai kepakaran yg sama. Yg saya fhm, design dia klo tukang jahit tgk pun xleh nk tiru kecuali dpt blue print tuh. Design tudung fareeda ni mana2 tukang jahit pun boleh tiru. In fact tudung awning bkn design asal dia. Syarat paten jg design mesti ciptaan asal kita yg xwujud mana2 dlm dunia nih. Sorry saya bkn org law tp klo ikut syarat ni, belacan, budu semua mana boleh dipatenkan jgk unless company tuh boleh claim dia org pertama hasilkan belacan budu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Shah, boleh ke website myipo. situ ada diterangkan apa maksud patern. Terima kasih dengan pandangan anda..agak logik jugak

      Delete
  32. Suka baca blog u. Interesting & sgt bernas. Saya beli gak tudung Fareeda, tp bkn lah peminat fanatik or tegar. Semua saya pakai. Tapi apa yg u tulis mmg berasas. Apa pun thanks for sharing the info, sekurang2 elas dgn pencerahan u. Hehehe, sbb kn isu rampasan tu rasa segan nak pakai tudung Fareeda last week. Trs Tukar pki shawl.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima Kasih Cik Aida...belilah tudung ikut kemampuan katanya...bukan kerana fesen....hahhahha

      Delete

Nuffnang Ads