Sunday, December 18, 2016

KERJAYA SEBAGAI PEGUAM?





Masa kendalikan kes di Mahkamah Rayuan di Istana Kehakiman di Putra Jaya. Rayuan Penuh Pihak Perayu ditolak dengan kos.....yeay Kak Ratu menang kes!!! Tahun 2008...

Morning uollsss,

Mesti ramai yang ingat jadi Peguam ni semestinya kehidupannya agak glamer, ada duit yang banyak dan sangat high standardlah kehidupannya....Mmmmmm.....kalau kita lihat secara mata kasar mungkin 50% sahaja yang betul...itupun dari segi glamer jelah...Contohnya kalau ke mana mana kita akan digelar "Puan Loyer or Puan Peguam"...pas tu kalau berjalan di perkarangan Mahkamah sambil berblazer hitam dan juga kaler baju warna hitam puteh tu...perasaannya macam Kak Ratu masuk pertandingan Ratu Kebayalah....orang awam akan tunduk or tengok setiap pergerakkan kita.....entahlah depa takut ke kagum ke or apa.....hahhahha!!!! Masa tu dalam hati tertanya gak...tudung Kak Ratu salah pin or ada butang baju terbukak ke? hahaha!!

Nak jadi Peguam ni bukan senang dik oi.....pertama sekali kena ada ijazah daripada Universiti yang diiktiraf.... selepas itu kena jalani latihan dalam kamar selama 9 bulan.....Macam Kak Ratu sekarang kalau dalam bidang kepeguaman dah boleh digelar sebagai "Senior Lawyer" kerana telah beramal sebagai Peguam lebih daripada 7 tahun....oleh yang sedemikian Kak Ratu juga sudah boleh mempunyai Pelatih Dalam Kamar (Chambering Student) di bawah seliaan dan pengawasan Kak Ratu.....ala....ala pektikal student gitew kaedahnya...atas review Kak Ratu juga mereka akan diakses samada mereka layak ataupun tidak untuk diterima masuk sebagai seorang Peguam yang sah kerana Kak Ratu merupakan "Master" kepada chambering tersebut....


Nampak tak adik yang pakai cermin mata kat gambar tu...tu adalah chambering student Kak Ratu .......Arif....rajin dan bijak budaknya.....masa dalam period chambering nilah sesiapa yang nak jadi lawyer kena rajin dan bersedia untuk belajar dan kena marah  dengan "Master" nya...Selepas habis period 9 bulan Chambering ni uolls akan diterima masuk sebagai Peguambela dan Pegumcara Di Mahkamah Mahkamah Malaysia.....nampak macam mudahkan? tapi idaklah ye....hahahhaha macam macam kena belajar dan exam yang perlu ditempuhi dalam tempoh 9 bulan tadi.....

*Gambar semasa umur Kak Ratu 25 tahun saat diterima masuk sebagai Peguam yang sah iaitu pada tahun 2000*

Gambar di atas ni memang menggamit memori Kak Ratu sebab pertamanya ibu bapa Kak Ratu sudah tiada di dunia ini untuk melihat kejayaan kejayaan yg Kak Ratu sudah capai sepanjang berkerja sebagai seorang Peguam...tapi atas doa arwah berdualah Kak Ratu mampu untuk berada di tahap ini sekarang...Kak Ratu bukannya berasal daripada family yang kaya malahan ibu bapa Kak Ratu kedua duanya bersekolah setakat Darjah 6 sahaja.....TETAPI..... mereka berdua selalu berpesan bahawa hanya dengan pelajaran sahaja Kak Ratu mampu survive bila mereka tiada..ternyata amanat mereka berdua benar sama sekali.....

Selama hampir 17 tahun juga Kak Ratu bergelumang dengan dunia perundangan ni....jatuh bangun semua dah pernah rasa..kena marah dengan Hakim, kalah dan menang kes, buat kes di Federal Court hinggalah ke Magistret Court semuanya Kak Ratu berpeluang untuk mencuba...jadi Peguam ni juga perlu kesabaran yang tinggi sebab kita akan deal dengan masalah sebenar manusia dan juga hidup mati manusia....ramai juga yang pandang remeh terhadap kerjaya Peguam ni dengan berkata Peguam akan masuk neraka...kemon pakcik!!!!!.....dalam Islam sendiri ada sistem perundangan yang mana seseorang tu perlu dibela secara adil....kalau tak ada Peguam siapa yang akan membela orang yang tidak bersalah? Bagi Kak Ratu senang je...setiap kes Kak Ratu handle berdasarkan bukti bukti kukuh yang ada bukannya sekadar melepaskan batuk di tangga....


Gambar ni masa Kak Ratu handle kes di Mahkamah Jalan Duta...cantikkan? Maksud akak dekorasi Mahkamah tu yang cantik bukannya Kak Ratu...ahhahhaha!!

Kak Ratu adalah "litigation lawyer" maksudnya lawyer yang pergi dan lawan kes di Mahkamah.....so memang tiap tiap hari muka Kak Ratu akan bersepah sepah di sekitar Mahkamah di Malaysia ni...hahhaha....kalau uolls terjumpa akak silalah tegur sebab Kak Ratu ni kalau berjalan menonong je...fefeeling kekwat gitew!! hahahhaha......Macam baru baru ni Kak Ratu dapat message daripada follower blog akk yang start follow akak daripada blog ni mula mula wujud.......dia dapat tahu Kak Ratu ada kes di Mahkamah Ipoh so dia bercadang nak jumpa and tengok Kak Ratu kendalikan kes.....heheheh Kak Ratu rasa amat berbesar hati sekali...tak sangka..loyer cabuk cam i ni ada gak follower....heheheh Tenkiu Zu....semoga ikatan ukhuwah kita berkekalan...ameennn

 So itu sahajalah coretan Kak Ratu kali ni......kalau ada apa apa pertanyaan silalah email ke adibahashak@gmail.com

With Love,
Kak Ratu...

No comments:

Post a Comment

Nuffnang Ads