Friday, December 16, 2016

MENJADI TETAMU JEMPUTAN DI RADIO BERNAMA DALAM PROGRAM "KITA & UNDANG UNDANG"

Hi uollsssss.....tiba tiba excited nak hapdet blog yang dah bersarang atuk spider ni...hahahha......

Well disebabkan hampir setiap hari Kak Ratu mendapat email daripada readers yg kebanyakkannya bermasaalah so Kak Ratu decided nak hidupkan kembali blog ni....Jangan tak tahu email nak berkenalan pun ada......itu konpem Kak Ratu bagi makan selipar ek....hahhahah!

Sebagai makhluk ciptaan Allah, Kak Ratu rasa inilah sahaja amal jariah yang dapat Kak Ratu lakukan iaitu dengan membantu masyarakat awam berkenaan persoalan undang-undang...Nak  sedekah duit Kak Ratu tak berdaya....hahahha! Semoga apa yang Kak Ratu buat ni sedikit sebanyak dapat menolong pembaca di luar sana....Insya Allah....

Lagi satu Kak Ratu nak ingatkan di sini..adalah lebih baik uolls emailkan pertanyaan uolls direct ke email Kak Ratu daripada uolls tinggalkan komen di sini sebab i  tak buka blog ni setiap hari...Kak Ratu juga busy dengan kerja-kerja di office dan juga sibuk mengendalikan kes kes di Mahkamah...Email uolls juga akan dibalas ikut kepentingan kes yang dialami..sekiranya kes yang mudah mudah tak perlukan khidmat guaman Kak Ratu akan terus jawab ye.....kalau disebaliknya juga Kak Ratu akan nasihatkan uolls dapatkan khidmat guaman..

Oh ya! awal bulan haritu Kak Ratu mendapat undangan daripada Radio Bernama untuk menjadi Peguam jemputan bersama rakan Kak Ratu, Pn Nurul Balqis yang comey lote tapi dah beranak pinak...ahahha jangan nak cuba nasib nak berkenalan jugak eh! suaminya abang tentera kalau berani nak kena tembak cubalah...ahahhah! Kami diminta untuk berdiskusi berkenaan kes kes kemalangan jalanraya dan juga menjawab soalan pemanggil pemanggil.....

Perasaannya mula mula hijau jugak muka dan kebas kaki tangan sebab takut tak pernah on air tetapi bila Kak Ratu dah selesa di dalam konti iolls jadi naik syeikh pulak....nak caras DJ DJ tu!!!..... (DJ sila keluar konti biar ai seorang je kendalikan slot bual bicara tersebut)......hahahha............serious iolls gila kuasa...hahhaha!!

Perasaan??? Sesungguhnya Kak Ratu merasa amat terharu dan bertuah sekali...yelah....selama hampir 17 tahun berkecimpung dalam bidang guaman, inilah pencapaian terbaik yang Kak Ratu pernah capai dalam kerjaya seorang Peguam selain gembira menang kes....(kadang kadang ada yang kalah jugak!) kah kah kah!....Yes mungkin uolls akan kata ramai lagi Peguam Peguam lain yang lebih handal dan meletop, pernah keluar tv dan radio yang agak terkenal.........tetapi for me this is something to be proud of dalam kerjaya akak gitewwwww.....hahhaha


Kak Ratu juga berharap satu hari nanti Allah akan makbulkan niat Kak Ratu nak buka firma guaman sendiri dan dapat membantu masyarakat dengan pengalaman-pengalaman yang ada...jangan ingat kerjaya seorang Peguam ni sentiasa glamour, banyak duit dan tak pernah hadapi masalah.....Percayalah uolls....Kak Ratu pernah alami macam macam pengalaman hidup...susah dan juga senang.........so sebab itulah Kak Ratu selalu pesan kepada diri sendiri iaitu kena selalu bantu orang yang dalam kesusahan kerana kita tak tahu lagi nasib kita macamana...mungkin dengan bantuan sedikit yang kita taburkan ini...orang yang susah tadi akan mendoakan kebaikkan pula kepada kita...ameen...


Well uolls ini sahajalah coretan Kak Ratu. Sekali lagi nak ingatkan pembaca semua sekiranya ada persoalan bolehlah email ke adibahashak@gmail.com. Mungkin akak ambil masa sedikit untuk membalas tapi jangan risau akak juga ada admin yang akan tolong membalas sekiranya akk terlalu sibuk....dan dia akan merujuk kepada Kak Ratu sebelum membalas email email uolls....

Bye..........
With Love...Kak Ratu


No comments:

Post a Comment

Nuffnang Ads