Sunday, February 16, 2014

Travel ciput ke Seoul 2014: Day 2 / Everland-part 2

Ahakssss....makan hati tak tengok gambar akak ni....pedulikan aje fesen tak semenggah akak tika bertravel..ini salah satu acara yang ada di Everland masa kita orang datang..oh ya! Nak pesan sikit.....pergilah tempat ni time hari keje...kalau tak orang kata memang payah nak bersesak sesak...

Sebenarnya kat Korea ni ada dua theme park. Satu Lotte world satu lagi Everland. Tapi setelah buat survey dalam blog...akak and family decide nak ke Everland...sebab dia besar best and berbaloi, yelah kalau korea ni sebelah rumah kat damansara ni bolehlah pergi tiap arikan??? Ni kalau nak pergi sana sampai kena jual seliparlah....hahahahha. mula mula akak post gambar gambar kat sana dulu ye....
Uollss tengok kat theme park ada etude house..kat zoo kita ada tak??? HHahhaha. ..akak tengok pompuan depa x berapa cantik.. kalau  yang berjerawat tu siap tempek plaster kecik kat muka.pas tu pi keje..mula mula akak heran gak tengok.dah macam chicken pox tempek calamine lotion..selamba badak je depa....
Salah satu benda yang cantik....cuba jawab teka teki ni. ..Iman yang cantik ke benda tu  yang cantik.....hahahahha
Cantik kan pokok tu...itu antara trademark kat Everland. Orang kata kalau time musim bunga lagi santek....macam macam bunga and macam macam kaler....

Endahkan saje aksi over Iman ni.....apa dia Ingat dia sorang je kiut..mak dia pun tau.....hahaha

Ni salah satu aktiviti kat sana...yang ni walau dah beli tiket masa masuk tadi still kena bayar yang ni....Won4000. Ni maknya tak naik sebab kesian kat donkey tu...kuar taik ijau lak nanti....
Ni eskrim korea.....

Salah satu pertunjukkan. Penyanyinya rambut kuning...mata sepet...seriously bajet mat salleh!!!!!

Salah satu kedai makan yang kiut....yang tak kiut makanannya je....

Ni salah satu theme park dalam Everland. Dalam ni ada snow buster tempat luncur salji.




Iman baru abis meluncur.....tinggi babe..
Iman siap 2 x meluncur...tempat dewasa...


Ni kanak kanak punya snow buster...apa kelasz main kat sini flat je.... Iman cakap....berlagak sungguhkan budak gomuk anak akak tu????

cer korang tengok roller coaster dia tinggi ya amat...katanya antara tertinggi di dunia...konpem mati kalau jatuh...mengucap dulu sebelum naik ye...



yang ni ala ala cable car cuma tak bertutup...akak nengok couple bercinta ramai naik ni...akak paksa asben akak naik...dia gayat....macam macam ayat quran sambil tutup mata akak dengar dia baca....hahaha best gak buli laki sekali sekala...
uolls tahu cerita stairways to heavenkan? Nilah bendalah yang hero kejar heroin dalam citer tu....akak x naik dik...nak panjat kuda tu x sampai....lebih muatan....hahhahahha


Nasib baik benda ni berpusing time akak naik...
Ni sebenarnya untuk budak size tadika...tapi akak nak naik gak...pas tu terjerit jerit...semua budak kindy tu tengok akak semacam sebab diaorang relax je....agaknya dalam hati kata (crazy ahjumma (aunty)) hahhahahha!



                                       Bangunan ini sangat kiut miut....rasa macam godillock

                 ni satu lagi mainan yang selisih 44 malaikat akak tak akan naik....hahahhahha



Dalam ni heater...

Ni permainan dalam running man...seriously gayat


budak budak korea....comel gilos...pipi merah macam apam...mau nak kidnap sorang jadi anak angkat....ada sorang tu siap usha iman...bagus nak! Tercapai hasrat mama bermenantukan jejaka Korea....sebarkanlah Islam di sana.... (statement tak leh blah kan.....hahahhahha)






 Biniku Gangster....

Kalau uolls nak pergi makesure pergi website Everland Resort kat komputer dulu sebab tiket untuk pelancong ada diskaun....banyak wei.....

Cara caranya:

a) Pergi ke www.everland.com
b) Klik kat "Everland Guide"
c) Klik kat "Tickets and Coupons"
d) Nanti kat bawah ada kuar camni
Discount Coupon
e) Print berapa keping berdasarkan berapa orang nak pergi
f) sampai sana tunjuk passport and kupon ni....

(lebih kurang RM108 dewasa dan RM83 kanak kanak....)

Conclusion:

Bajet lebih kurang separuh hari lebih di Everland (hari kedua):

a) Tiket Everland = Won 115,00
b) Jajan = Won 6000
c) Tambang bas: Won 12,000
--------------------------------
Jumlah = Won 133,000
lebih kurang RM415.00

See.....asalnya akak bajet RM500 sehari.....


Wednesday, February 12, 2014

Travel to Seoul 1st day part 2.

Hahahhahhahahha sambung balik post kita. Biasalah bila dah balik malaysia perasaan M tu jadi besar..tak faham??? M tu malaslah sayang oiiii...memandangkan permintaan peminat peminat di luar sana amatlah tinggi....akak gagahkan jugak....chewah!

Pusing punya pusing sampai jugak kami kat Limestay Budget Hotel. Ok cantik dan bersih walaupun hanya rumah kedai yang diubahsuai. Ada dapur untuk sesiapa nak masak or minum air.

Masuk je kebilik...perasaan jakun datang balik. Lantai panas suam suam kuku...hahhahahahha op koz terkinja kinja sebab Malaysia kan tak hado benda tu...

Yang Iman beria bergambar ni jalan ke arah bilik akak. Tempat ni nice and cozy..tak tahulah ahkak ni terlampau taksub ke hapa ke tapi one thing for sure, everything in Korea is cute..except makanan dia.."oh my tekak"..nanti ahkak story..

We all arrived ke hotel lebih kurang jam 6 petang..oh ye Korea lebih sejam daripada kita Pukul 6 kita baru bergasak nak keluar opis, Korea gelap dah. Meaning to say maghrib derang lebih kurang 6.30 petang. Sila google camne nak tahu waktu solat kat Seoul. Kome guna telefon canggihkan..so sila Install juga arah kiblat henpon tu...jangan asyik nak FB jer...hahahahha macam mak tirikan????

Lepas mandi, solat + jakun (asik asik nak bercakap je sebab mulut ala berasap asap), En Suami akak ajak pi jenjalan sekejap kat depan hotel. Singgahlah kejap kat satu coffee cafe ni. Oh ye kat Seoul depa gila coffee. Bersepah kedai kopi...setakat Starbuck, San francisco apa kerlasz!!!


Jangan hengat kopi kat Korea murah ye....no no no...secawan lebih kurang Won 5000 -8000...cer cer darab 3 ....dapatlah jumlah duit kita. Nak dekat RM15 ke RM20 gaklah...yg medium size taw..Tapi sebab nak try jugak kami order 2 kopi satu hot chocolate and sweet potato....hambek ko! Semua Won 26,400.00...mau dekat RM70 -RM80...bajet pi Korea RM3000 je...Mau runtuh Jambatan Tamparuli dibueknya...so kami 3 beranak dengan azam yang jitu balik ke hotel dan makan nasi segera dengan assam pedas Pak Brahim je!

Oh ya satu perkara lagi...toksahlah risau body uolls akan kurus kering sebab tak cukup makan bila pi sana.. sampai nak hantar beras 10kg cap jasmine naik kapal layar sebulan sebelum uolls pergi Korea. FYI, kat sana bersepah instant cooked rice (tengok gambaq bawah ni..jangan malas!!!). Harga lebih kurang Won 1300 je (RM3.90). Masukkan dalam microwave ( x yah letak air lagi-jangan buat malu akak). Bukak sikit penutupnya dan panaskan seminit dua....taadaaaa! Dah dapat sepinggan nasi. Beli kat 7E or any other shop mart. jangan risau kebanyakkan Guest House ada microwave...kalau hotel x de ye...

Conclusion: BAJET DAN EXPENSES HARI PERTAMA

a) minum kopi dan lain lain = Won 26,400
b) tambang bas = Won 30,000 (10,000 seorang)
c) T Money = Won 40,000 (10,000 seorang + deposit/ 3 kad)
d) Barang runcit (nasi dan air)= Won 8300
JUMLAH

=

Won 104,400
lebih kurang RM321.00


Sunday, February 9, 2014

Travel ciput ke seoul 2014 - 1st Day Part 1

Saat ditunggu telah tiba...dup dap dup dap rasa macam kena pinang pulak. Punyalah pulun tak tidur malam sebelumnya sebab takut terlepas flight.

Mula mula we all bercadang nak tempah Tune Hotel sebab nak elak tidur sampai tak sedar nak ke airport. Tapi bila fikir seratus kali tak jadi sebab seriau memikiorkan pengalaman tido di Tune Hotel masa nak ke Hong Kong haritu. Bayar RM185 semalam..bila tengok biliknya MasyaAllah macam bilik penjara sempit gila. Bilik air je sama besar dengan size badan akak. Sembahyang atas katil. Camne tu? Omaigot! Patutlah abang Tony Fernandez kayo sampai boleh beli team bola omputeh!  Serik akak serikkkkk!!!

Alhamdulillah cik iman totet kita ni sanggup jadi jam loceng. Punyalah excited sampai tak nak tidur. Setiap setengah jam tanya "mama sekarang pukul berapa?" Emaknya sampai migrainelah asik asik kena kejut..maka pukul 4 pagi dah bangun bersiap. Flight pukul 8 pagi.  So kenalah ada kat airport pukul 6 pagi.. campur tolak bahagi kalau boleh terpacak kat lcct tu pukul 5-6 pagi sangatlah bagus. Abaikan nak pakai kain songket ke, contact lense hijau ke sebab takde orang nak tengok muka cantik kita kat lcct tu..bangla ramai myanmmar pun ramai. Abang indon pun ada!

Sampai je kami pun lalui proses biasa, tunggu kaunter Air Asia bukak nak check in. Boarding pass boleh buat 2 cara iaitu satu kat kaunter Air Asia, seawal 14 hari sebelum tarikh berlepas (depa charge RM2 sehala/Kalau tiket pergi balik RM4). Senang cerita we all pergi buat boarding pass 14 hari sebelum tarikh tiket balik - untuk both return tickets. Akak cadangkan uolls ke kaunter Air Asia di lapangan terbang lama Subang. Tak ramai orang. Any matter arises pertaining Air Asia pi situ je senang memandangkan kalau kita call derang sampai berasap telefon tu pun belum tentu  diangkat!

Satu lagi cara print dari komputer ataupun self web check in kat airport. We all ni kan takut kut kut komputer meletup sebab tersalah print boarding pass, so terpaksalah memilih untuk ke kaunter Air Asia untuk mendapatkan boarding pass. Gelak jangan tak gelak! Sebenarnya, Its a matter of confidence je.

Sampai je ke lcct kami memilih park kereta kat zon c. RM33++ je sehari. Ada jugak yang RM16 sehari depan Tune Hotel tetapi kami malas nak jalan jauh..manalah tahu balik nanti akak beli barang sekapal, pengsan nak menapak. Therefore, untuk family yang bersize comel macam kami ni, jalan jauh tak ada dalam kamus ye. Zon C ni memang sebelah lcct je so senang. Ada signboard. Jinjang jinjangkan leher tu InsyaAllah nampak. Lebih kurang 200 meter je sebelum pintu besar lcct.

Alhamdulillah kali ni flight tak delay. Air Asia X ni agak besar. Satu row ada 9 kerusi. Kerusi pun agak lembut, tak fragile macam flight depa yang kecik. Wowoweee! Pramugara and Pramugari semua Korean hokey!! Akak sukaaa..jamu mata..

Kami 3 beranak order makanan dalam flight. Mmm akak order kimci chicken. Nak feeling Korealah kan..hamek kau!! tak sodap. Telan jelah, takut lapar pulak nanti kat sana. Tapi taklah risau sangat sebab akak dah bawak food dari Malaysia banyaknya macam boleh bukak kedai runcit kat sana. Mesti untungkan..tambah tambah lagi kalau akak jual maggi assam laksa...hahahha (syok sendiri)

Sampai je kat Incheon Airport masih tak rasa sejuk sangat sebab ada heater. So uolls tak payah nak hand carry awal awal sweater tu. Relaxxxx dulu. Akak pi Korea ni tak roaming hand phone pun sebab angin dengan maxis nak deposit RM300...mahallah. lari bajet. Tapi dun worry, Korea airport ni wi fi free..guna je whatsapp ke fb ke..malahan seluruh Korea ada wifi free ataupun berbayar. Main service provider namanya "Olleh"..kat hp nanti automatic akan keluar cara cara nak beli prepaid wifi...boleh guna kad kredit/debit.

Berpandukan arah diberi oleh hotel yang kami akan menginap, sampai je kami kena cari limousine bas kat depan airport yang bernombor 6002 menuju ke Dongmyo/Sinseoldong. Sebelum naik bus beli T Money dulu sebab kat Seoul naik train ka, bus ka, taxi ka semua guna tu. Nak bagi cash pun boleh tapi leceh sikit. T Money ni macam Touch & Go tapi kita tak guna meluas macam depa.akak and family beli 3 kad. Satu kad kami top up 10,000 won + deposit (3 ribu won (wajib)). 10,000 won lebih kurang RM30. Sepanjang 5 hari di korea kami cuma top up sekali je iaitu jumlah semua 20,000 won. Itupun berlebih dan dapat refund. Boleh beli di 7 eleven ataupun mana mana kedai runcit di sana. Mesin refund dan upload pun banyak kat subway/airport. Dun worry...

Maka kami naik bus dengan konpidennya walhal takde sorang pun penumpang dalam tu reti cakap omputeh. Tapi satu yang bagusnya pasal Korean ni diaorang akan berusaha nak tolong kita jugak walaupun dah macam ayam dan itik bila berbual. Ada seorang uncle ni nak turun sama station dengan kami tunjuk bahasa isyarat suruh ikut dia saje. Alhamdulillah sampai jugak ke station Dongmyo.

Turun sahaja dari bas ada masalah lain pulak. Nak mencari guesthouse "limestay", tempat kami akan tinggal untuk 3 hari. Pusing punya pusing ikut map diberi akhirnya jumpa jugak kat ceruk mana ntah...one thing good about Korea, jalannya selamat walaupun gelap and ada orang mabuk kat situ. Dia orang tak peduli pun orang lain. Tak de pandangan pandangan "view to kill" kat akak yang berhijab ni. Diaorang buat hal sendiri je..."ada aku kesah"...gamaknya.

Oh ya, sebelum nak keluar airport ni kami dah prepare dengan long john and baju sejuk semua sebab suhu haritu -6 celcius. Keluar airport kami perak + jakun sebab cakap berasap asap...hahahha. Oh ya bagi yang tak tahu long john tu apa dia ala ala baju yang kita pakai lapisan pertama yang tak serap suhu sejuk. Lepas pakai long john baru pakai baju/sweater yang lain. Bagus sangat sebab kami satu family yang makan belacan ni relax je kat sana walaupun suhunya dah standard duduk dalam esbox. Long john ni kalau kat malaysia boleh beli kat uniqlo or universal traveller or kedai jual baju sejuk. Mahal sikitlah dalam RM200 ++. Tapi kalau beli kat Korea murahlah. Tu pun kalau uolls boleh tahan sejuk sementara nak cari kedai yang jual kat sana.

Okey...teruskan membaca part 2 esok lusa..akak akan cerita pulak pasal guesthouse pertama yang kami duduk...

Travel ciput ke Korea Feb 2014

Sebenarnya tiket ke Korea kali ni kami beli sejurus sahaja famili akak balik bercuti dari Hong Kong. Dah ketagih bercuti obersea pulak. Hong Kong tak best sebab kami pergi time musim panas. So setelah  berdiskusi dgn En. Suami, kali ni nak rasa pulak macamana bercuti masa winter..maklumlah teringin nak rasa sejuknya macamana.  Kalau bernasib baik dapat rasa salji..nak pergi ke negara omputeh rasanya harga tiket je dah boleh buat renovation rumah. So fikir punya fikir Korea is the best place. Lagipun kami sefamily memang hantu k pop. Anak dara akak minat group EXO, maknya pulak toksah ceritalah...perasan jadi Yoona walhal dah boleh jadi maknya, En. Somi pulak, kalau tenguk sbs dan kbs kat astro tu muka macam faham je walhal entah apa apa depa cakap.

Dengan menutup mata kami pun membooked tiket untuk ke Seoul pada 11 Jan 2014 - 15 Jan 2014. Tiket harga RM4316. Mahal kan? Sebabnya tiket dibooked hanya pada bulan Julai, beberapa bulan je nak ke Jan 2014. Seperti biasa, Air Asia kan kena 50 tahun booked sebelum pergi barulah konpem uolls dapat harga tiket serendah RM10 pergi balik.

Sebulan dari tarikh nak pergi En. Suami akak buat hal pulak apabila dia dengan muka hensemnya inform akak yang cuti dia tak diluluskan sebab ada auditor nak terjah opis dia masa time travel. Apalagi berasaplah telinga akak mendengornya..jirus air belum tentu padam. Nak tak nak daripada burn tiket a.k.a rugi RM4316 maka terpaksalah kami meminta air asia menukar tarikh penerbangan kami ke bulan Feb 2014.

Uolls rasa Air Asia tu bayek hati ke nak kasi tukar sesaje?? Kena bayar extra charges ye...3 orang kalau nak tukar date kena bayar charge RM840. RM840 je...So uolls fahamkan kalau akak bertukar menjadi mak tiri, menjerit jerit tak tentu hala kat kaunter air asia haritu?? Series jadi pompuan gila haritu...Hahhaha.

Saturday, May 4, 2013

Mineral Makeup - Bare Minerals dan Ronasutra

Halooo..... post terbaru akak sebelum election. Akak sekarang semenjak dah kertu ni nak go for natural products... maybe kita selalu dengar orang selalu sebut mineral makeup. Tapi apa yang dimaksudkan dengan mineral makeup?

Secara saintifiknya... (walaupun subjek sain dulu akak x berapa nak pandai), mineral mekap ni adalah bahan bahan untuk membuat mekap itu adalah daripada bahan bahan asli mineral... (jangan nak tanya lebih lebih pasal mineral yo sebab selain mekap den hanya tau air mineral spritzer)...bahan bahan mineral ni maybe dalam bentuk keras macam batu yang ada dalam perut bumi. So apabila bahan mineral ni dikeluarkan ianya dihancurkan seperti serbuk dan diproses menjadi mekap...dalam ertikata lain mekap mineral ni sangat baik untk kulit sebab ianya tak banyak mengandungi chemical macam mekap yang biasa biasa ni.

Dulu akak macam tak ambil port pasal mineral makeup ni sebab akak rasa tah apa apa...dahlah kebanyakkannya dalam bentuk serbuk...bila nak guna berterabur merata rata...buat semak meja solek je..

Tapi semenjak akak try Ronasutra persepsi akak berubah terhadap mekap mineral ni. Semenjak guna mekap mineral ni banyak perubahan berlaku kat muka akak. Sekadar berbedak berbanding dahulu guna foundation berkilo. Muka dah tak berminyak walau guna sampai ke petang... tekstur kulit juga semakin licin. Parut berkurangan dan pori pori semakin kecil. Yang paling best kalau terlupa cuci terbawa tidur pun jerawat tak naik....

Tadi akak sempat ke Sephora KlCC dan memborong mekap mineral " Bare Minerals". Masih dengan konsep yang sama iaitu datang dalam bentuk serbuk cuma yang ni dia matte (x berminyak) dan ada SPF 15 (pelindung matahari). Harga boleh tahan jugaklah tapi untuk bakal mak andam terlampau macam akak ni tu semua tolak ke tepi. Nanti bila akak dah guna seminggu akak tulis review lagi ok....

Oh ya, mineral powder ni nak sapu kena guna span muka ( kering) ataupun berus muka yang ada kat gambar bawah ni.....

Nuffnang Ads