Sunday, February 9, 2014

Travel ciput ke Korea Feb 2014

Sebenarnya tiket ke Korea kali ni kami beli sejurus sahaja famili akak balik bercuti dari Hong Kong. Dah ketagih bercuti obersea pulak. Hong Kong tak best sebab kami pergi time musim panas. So setelah  berdiskusi dgn En. Suami, kali ni nak rasa pulak macamana bercuti masa winter..maklumlah teringin nak rasa sejuknya macamana.  Kalau bernasib baik dapat rasa salji..nak pergi ke negara omputeh rasanya harga tiket je dah boleh buat renovation rumah. So fikir punya fikir Korea is the best place. Lagipun kami sefamily memang hantu k pop. Anak dara akak minat group EXO, maknya pulak toksah ceritalah...perasan jadi Yoona walhal dah boleh jadi maknya, En. Somi pulak, kalau tenguk sbs dan kbs kat astro tu muka macam faham je walhal entah apa apa depa cakap.

Dengan menutup mata kami pun membooked tiket untuk ke Seoul pada 11 Jan 2014 - 15 Jan 2014. Tiket harga RM4316. Mahal kan? Sebabnya tiket dibooked hanya pada bulan Julai, beberapa bulan je nak ke Jan 2014. Seperti biasa, Air Asia kan kena 50 tahun booked sebelum pergi barulah konpem uolls dapat harga tiket serendah RM10 pergi balik.

Sebulan dari tarikh nak pergi En. Suami akak buat hal pulak apabila dia dengan muka hensemnya inform akak yang cuti dia tak diluluskan sebab ada auditor nak terjah opis dia masa time travel. Apalagi berasaplah telinga akak mendengornya..jirus air belum tentu padam. Nak tak nak daripada burn tiket a.k.a rugi RM4316 maka terpaksalah kami meminta air asia menukar tarikh penerbangan kami ke bulan Feb 2014.

Uolls rasa Air Asia tu bayek hati ke nak kasi tukar sesaje?? Kena bayar extra charges ye...3 orang kalau nak tukar date kena bayar charge RM840. RM840 je...So uolls fahamkan kalau akak bertukar menjadi mak tiri, menjerit jerit tak tentu hala kat kaunter air asia haritu?? Series jadi pompuan gila haritu...Hahhaha.

No comments:

Post a Comment

Nuffnang Ads