Wednesday, February 12, 2014

Travel to Seoul 1st day part 2.

Hahahhahhahahha sambung balik post kita. Biasalah bila dah balik malaysia perasaan M tu jadi besar..tak faham??? M tu malaslah sayang oiiii...memandangkan permintaan peminat peminat di luar sana amatlah tinggi....akak gagahkan jugak....chewah!

Pusing punya pusing sampai jugak kami kat Limestay Budget Hotel. Ok cantik dan bersih walaupun hanya rumah kedai yang diubahsuai. Ada dapur untuk sesiapa nak masak or minum air.

Masuk je kebilik...perasaan jakun datang balik. Lantai panas suam suam kuku...hahhahahahha op koz terkinja kinja sebab Malaysia kan tak hado benda tu...

Yang Iman beria bergambar ni jalan ke arah bilik akak. Tempat ni nice and cozy..tak tahulah ahkak ni terlampau taksub ke hapa ke tapi one thing for sure, everything in Korea is cute..except makanan dia.."oh my tekak"..nanti ahkak story..

We all arrived ke hotel lebih kurang jam 6 petang..oh ye Korea lebih sejam daripada kita Pukul 6 kita baru bergasak nak keluar opis, Korea gelap dah. Meaning to say maghrib derang lebih kurang 6.30 petang. Sila google camne nak tahu waktu solat kat Seoul. Kome guna telefon canggihkan..so sila Install juga arah kiblat henpon tu...jangan asyik nak FB jer...hahahahha macam mak tirikan????

Lepas mandi, solat + jakun (asik asik nak bercakap je sebab mulut ala berasap asap), En Suami akak ajak pi jenjalan sekejap kat depan hotel. Singgahlah kejap kat satu coffee cafe ni. Oh ye kat Seoul depa gila coffee. Bersepah kedai kopi...setakat Starbuck, San francisco apa kerlasz!!!


Jangan hengat kopi kat Korea murah ye....no no no...secawan lebih kurang Won 5000 -8000...cer cer darab 3 ....dapatlah jumlah duit kita. Nak dekat RM15 ke RM20 gaklah...yg medium size taw..Tapi sebab nak try jugak kami order 2 kopi satu hot chocolate and sweet potato....hambek ko! Semua Won 26,400.00...mau dekat RM70 -RM80...bajet pi Korea RM3000 je...Mau runtuh Jambatan Tamparuli dibueknya...so kami 3 beranak dengan azam yang jitu balik ke hotel dan makan nasi segera dengan assam pedas Pak Brahim je!

Oh ya satu perkara lagi...toksahlah risau body uolls akan kurus kering sebab tak cukup makan bila pi sana.. sampai nak hantar beras 10kg cap jasmine naik kapal layar sebulan sebelum uolls pergi Korea. FYI, kat sana bersepah instant cooked rice (tengok gambaq bawah ni..jangan malas!!!). Harga lebih kurang Won 1300 je (RM3.90). Masukkan dalam microwave ( x yah letak air lagi-jangan buat malu akak). Bukak sikit penutupnya dan panaskan seminit dua....taadaaaa! Dah dapat sepinggan nasi. Beli kat 7E or any other shop mart. jangan risau kebanyakkan Guest House ada microwave...kalau hotel x de ye...

Conclusion: BAJET DAN EXPENSES HARI PERTAMA

a) minum kopi dan lain lain = Won 26,400
b) tambang bas = Won 30,000 (10,000 seorang)
c) T Money = Won 40,000 (10,000 seorang + deposit/ 3 kad)
d) Barang runcit (nasi dan air)= Won 8300
JUMLAH

=

Won 104,400
lebih kurang RM321.00


No comments:

Post a Comment

Nuffnang Ads