Sunday, February 9, 2014

Travel ciput ke seoul 2014 - 1st Day Part 1

Saat ditunggu telah tiba...dup dap dup dap rasa macam kena pinang pulak. Punyalah pulun tak tidur malam sebelumnya sebab takut terlepas flight.

Mula mula we all bercadang nak tempah Tune Hotel sebab nak elak tidur sampai tak sedar nak ke airport. Tapi bila fikir seratus kali tak jadi sebab seriau memikiorkan pengalaman tido di Tune Hotel masa nak ke Hong Kong haritu. Bayar RM185 semalam..bila tengok biliknya MasyaAllah macam bilik penjara sempit gila. Bilik air je sama besar dengan size badan akak. Sembahyang atas katil. Camne tu? Omaigot! Patutlah abang Tony Fernandez kayo sampai boleh beli team bola omputeh!  Serik akak serikkkkk!!!

Alhamdulillah cik iman totet kita ni sanggup jadi jam loceng. Punyalah excited sampai tak nak tidur. Setiap setengah jam tanya "mama sekarang pukul berapa?" Emaknya sampai migrainelah asik asik kena kejut..maka pukul 4 pagi dah bangun bersiap. Flight pukul 8 pagi.  So kenalah ada kat airport pukul 6 pagi.. campur tolak bahagi kalau boleh terpacak kat lcct tu pukul 5-6 pagi sangatlah bagus. Abaikan nak pakai kain songket ke, contact lense hijau ke sebab takde orang nak tengok muka cantik kita kat lcct tu..bangla ramai myanmmar pun ramai. Abang indon pun ada!

Sampai je kami pun lalui proses biasa, tunggu kaunter Air Asia bukak nak check in. Boarding pass boleh buat 2 cara iaitu satu kat kaunter Air Asia, seawal 14 hari sebelum tarikh berlepas (depa charge RM2 sehala/Kalau tiket pergi balik RM4). Senang cerita we all pergi buat boarding pass 14 hari sebelum tarikh tiket balik - untuk both return tickets. Akak cadangkan uolls ke kaunter Air Asia di lapangan terbang lama Subang. Tak ramai orang. Any matter arises pertaining Air Asia pi situ je senang memandangkan kalau kita call derang sampai berasap telefon tu pun belum tentu  diangkat!

Satu lagi cara print dari komputer ataupun self web check in kat airport. We all ni kan takut kut kut komputer meletup sebab tersalah print boarding pass, so terpaksalah memilih untuk ke kaunter Air Asia untuk mendapatkan boarding pass. Gelak jangan tak gelak! Sebenarnya, Its a matter of confidence je.

Sampai je ke lcct kami memilih park kereta kat zon c. RM33++ je sehari. Ada jugak yang RM16 sehari depan Tune Hotel tetapi kami malas nak jalan jauh..manalah tahu balik nanti akak beli barang sekapal, pengsan nak menapak. Therefore, untuk family yang bersize comel macam kami ni, jalan jauh tak ada dalam kamus ye. Zon C ni memang sebelah lcct je so senang. Ada signboard. Jinjang jinjangkan leher tu InsyaAllah nampak. Lebih kurang 200 meter je sebelum pintu besar lcct.

Alhamdulillah kali ni flight tak delay. Air Asia X ni agak besar. Satu row ada 9 kerusi. Kerusi pun agak lembut, tak fragile macam flight depa yang kecik. Wowoweee! Pramugara and Pramugari semua Korean hokey!! Akak sukaaa..jamu mata..

Kami 3 beranak order makanan dalam flight. Mmm akak order kimci chicken. Nak feeling Korealah kan..hamek kau!! tak sodap. Telan jelah, takut lapar pulak nanti kat sana. Tapi taklah risau sangat sebab akak dah bawak food dari Malaysia banyaknya macam boleh bukak kedai runcit kat sana. Mesti untungkan..tambah tambah lagi kalau akak jual maggi assam laksa...hahahha (syok sendiri)

Sampai je kat Incheon Airport masih tak rasa sejuk sangat sebab ada heater. So uolls tak payah nak hand carry awal awal sweater tu. Relaxxxx dulu. Akak pi Korea ni tak roaming hand phone pun sebab angin dengan maxis nak deposit RM300...mahallah. lari bajet. Tapi dun worry, Korea airport ni wi fi free..guna je whatsapp ke fb ke..malahan seluruh Korea ada wifi free ataupun berbayar. Main service provider namanya "Olleh"..kat hp nanti automatic akan keluar cara cara nak beli prepaid wifi...boleh guna kad kredit/debit.

Berpandukan arah diberi oleh hotel yang kami akan menginap, sampai je kami kena cari limousine bas kat depan airport yang bernombor 6002 menuju ke Dongmyo/Sinseoldong. Sebelum naik bus beli T Money dulu sebab kat Seoul naik train ka, bus ka, taxi ka semua guna tu. Nak bagi cash pun boleh tapi leceh sikit. T Money ni macam Touch & Go tapi kita tak guna meluas macam depa.akak and family beli 3 kad. Satu kad kami top up 10,000 won + deposit (3 ribu won (wajib)). 10,000 won lebih kurang RM30. Sepanjang 5 hari di korea kami cuma top up sekali je iaitu jumlah semua 20,000 won. Itupun berlebih dan dapat refund. Boleh beli di 7 eleven ataupun mana mana kedai runcit di sana. Mesin refund dan upload pun banyak kat subway/airport. Dun worry...

Maka kami naik bus dengan konpidennya walhal takde sorang pun penumpang dalam tu reti cakap omputeh. Tapi satu yang bagusnya pasal Korean ni diaorang akan berusaha nak tolong kita jugak walaupun dah macam ayam dan itik bila berbual. Ada seorang uncle ni nak turun sama station dengan kami tunjuk bahasa isyarat suruh ikut dia saje. Alhamdulillah sampai jugak ke station Dongmyo.

Turun sahaja dari bas ada masalah lain pulak. Nak mencari guesthouse "limestay", tempat kami akan tinggal untuk 3 hari. Pusing punya pusing ikut map diberi akhirnya jumpa jugak kat ceruk mana ntah...one thing good about Korea, jalannya selamat walaupun gelap and ada orang mabuk kat situ. Dia orang tak peduli pun orang lain. Tak de pandangan pandangan "view to kill" kat akak yang berhijab ni. Diaorang buat hal sendiri je..."ada aku kesah"...gamaknya.

Oh ya, sebelum nak keluar airport ni kami dah prepare dengan long john and baju sejuk semua sebab suhu haritu -6 celcius. Keluar airport kami perak + jakun sebab cakap berasap asap...hahahha. Oh ya bagi yang tak tahu long john tu apa dia ala ala baju yang kita pakai lapisan pertama yang tak serap suhu sejuk. Lepas pakai long john baru pakai baju/sweater yang lain. Bagus sangat sebab kami satu family yang makan belacan ni relax je kat sana walaupun suhunya dah standard duduk dalam esbox. Long john ni kalau kat malaysia boleh beli kat uniqlo or universal traveller or kedai jual baju sejuk. Mahal sikitlah dalam RM200 ++. Tapi kalau beli kat Korea murahlah. Tu pun kalau uolls boleh tahan sejuk sementara nak cari kedai yang jual kat sana.

Okey...teruskan membaca part 2 esok lusa..akak akan cerita pulak pasal guesthouse pertama yang kami duduk...

No comments:

Post a Comment

Nuffnang Ads