Sunday, November 7, 2010

SKIN FOOD

Aku ni suka membaca majalah majalah berkenaan fesyen. Contohnya macam majalah EH, IN TREND, WOMEN'S WEEKLY, COSMOPOLITAN etc, etc......Dalam satu part tu one of the magazines telah categorized mask oleh SKIN FOOD sebagai salah satu mask sheet yang terbaik. Memandangkan aku selalu lalu depan outlet SKIN FOOD kat The Curve and One Utama, so aku decided to trylah. First time aku masuk ke kedai tu rasa very the chinese.....pelayan dia sangat the korean mukanya. I ngeri okey.....tapi sebenarnya amoi cantik tu baik je. Aku je perasan lebih.

First thing aku attack ialah bahagian mask dialah. Memandangkan aku wanita matang, aku pun carilah mask untuk anti kedut. Aku baca dalam magazine mask dia yang sangat bagus adalah "Gold Caviar Mask Sheet" yang mana fungsinya adalah seperti berikut:

"Russian caviar and gold properties make your skin lustrous and give an elastic feel to it. This nourishing mask sheet with superb moistness also contains coenzyme Q10 to provide an anti-aging effect"

Wow, selepas memakainya di muka, terasa best sangat. Muka rasa lembab and terasa muda. Beberapa hari selepasnya kulit rasa macam lembab and bersinar. Puas hati sangat. Harganya pun tak mahal dalam RM8.90 (kalau tak silap). So bolehlah beli 2 packs and pakai 2 x jugak dalam seminggu.


Rating: 4 Bintang

Selain daripada mask sheet di atas, aku jugak beli "Eggplant Eyeliner Auto Pencil Waterproof". Harga kalau tak silap dalam RM33 hinggit....Ok, sangat puas hati sebab sangat waterproof. Sebelum ni aku guna AVON, ELIANTO, SILKY GIRL semuanya sememeh walaupun kononnya waterproof.

So sekarang frensss, cubalah produk SKIN FOOD sebab aku rasa ianya sangat berbaloi dan harganya biasa biasa saje (tak mahal, tak murah). Diri aku sendiri rasa macam dah addicted dengan produk buatan Korea ni....Manalah tahu aku ada iras iras "WONDERGIRLS" lepas guna produk ni.

No comments:

Post a Comment

Nuffnang Ads