Monday, February 24, 2014

Jom makan mee sup daging Vietnam di Restoran Pho Hoa

Salammmmmm! hari ni akak nak cerita pasal makan makan pulak.....asyik cerita pasal travel je...apa kata kita cerita pasal makanan pulak. Sesuai dengan intro akak iaitu "Lets Eat, Love, Travel and Pray". Kat sini akak review based on my own selera....so kalau tak sedap tu mintak mahaplah.....

Sebenarnya akak tak pernah ke Vietnam so tak dapatlah beri komen samada makanan kat sini sama dengan yang kat sana...tapi kalau yang kat sini pun dah sedap......apatah lagi kalau makan yang dimasak terus di Vietnam.

Moh akak nak cerita macamana percintaan akak dengan mee daging Pho ni bermula...Satu hari  yang indah akak dengan Iman  berlenggang kangkung berjalan jalan kat The Curve. Tiba tiba perut berkeroncong pulak..Tekak pulak tak boleh masuk western food...maklumlah...jawa...hahahhahhaha.

Punyalah teringin nak makan sup sebijik macam orang mengandung.....pusing punya pusing jumpalah kedai ni...agak terceruk sikit ke belakang..kalau uolls tahu lokasi Teh Tarik Place mesti akan nampak kedai ni sebab ianya bersebelahan saja..



Hiasan dalaman kedai.....sangat menarik


PHO dalam bahasa Vietnam bermaksud mee sup daging. Mula mula skeptikal gak nak rasa...maklumlah akak kan perasan high class....kalau mee daging USA ke, mee daging UK ke mesti akak serbu....perasan Diva tak hengat kan???

Tapi sebab food  Vietnam pun sound ala ala international, maka tergeraklah hati nak mencubanya....ada jugak kawan kawan yang dah ke Vietnam bercerita tentang keenakkan Pho...

Bila masuk je mee sup ni ke dalam mulut....MasyaAllah!!! Lazat sangat...serious bukan saja mak mertua, boipren lama lalu depan mata pun konpem tak nampak!!!

Kita ada pilihan untuk memilih  bahagian manakah yang hendak dimasak bersama sup:

a) Beginner iaitu sup dan daging semata. 
b) Regular iaitu campuran daging dan urat
c) Adventurer iaitu babat, urat dan daging

Pilihan akak semestinya...."Adventurer"

OMG!  Kesedapannya tak dapat digambarkan dengan kata kata...kesemua daging dan elemen tambahan dimasak empuk sekali diikuti dengan rasa sup yang amat lazat..mungkin disebabkan oleh pati daging yang bercampur bersama kuah sup tersebut...

Supnya simple je... hanya bawang dan daun sup diletakkan sebagai perasa tambahan...tak ada rasa rempah yang menyengat ketika makan...

Harga untuk Adeventurer adalah kurang dari RM25 untuk semangkuk mee .....(besaq periuk dek non, banyak pulak daging ....akak share 2 orang dengan Iman)

Bersama sama mee sup tersebut disediakan juga sambal, taugeh dan daun pudina sebagai penyedap makanan...
Akak doesn't like taugeh tapi sangat sukakan daun pudina....bila campuq sekali dengan sambal tu dalam sup......Sumpah! sedappppppp......


Time makan kenalah ada ayaq kan???? apa kelas kopi cap dacing......hehehhee kita minum pulak kopi Vietnam......patutlah akak tak boleh nak kuruskan?? Maklumlah selera gajah....

Harga kopi ni lebih kurang RM6.++ segelas

Pencuci mulut pulak akak order Vietnamese Rice Cake...Harga pun dalam RM6 lebih je....dalam ada daging kisar.....yang ni pun........sedapnya tak boleh storylah, memang lazat sampai tak tahu nak kata apa.....

Bagi Muslim, jangan risau...ada tanda Halal dekat kedai ni...

Uolls dont play play tau.....dekat U.S.A kedai Pho Hoa ni sangat famous dan banyak cawangan. Akak memang ketagih dengan makanan kat kedai ni.....cuba hangpa pi try sekali.....especially for soup lovers....Harga pun sedang sedang sahaja.....Selamat Mencuba!!!





1 comment:

  1. Mcm sedap je.. dah prnh mkn kat HCM, mmg sedap kena pulak ada daun pudina dan sambal tu kan. Nak kena try ni lepas raya.

    ReplyDelete

Nuffnang Ads